Posts

Showing posts from February, 2011

Melayu Bangkit !!!!! di Pasir Salak.

Image
Asalamualikum....

Buat julung-julung kalinya perhimpunan Melayu yang dianjurkan oleh Perkasa & Ahli Parlimen Pasir Salak,bertempat di Pasir Salak mendapat sambutan yang luar biasa. Puluhan ribu Melayu dari Pasir Salak & seluruh Perak hadir.

Ucaptama adalah Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yg menyampaikan amanat kepada orang-orang Melayu kususnya. Ini juga memperlighatkan Melayu semakin sedar akan pentingnya mengekalkan 'Kuasa' untuk membolehkan bangsa itu sendiri tidak merintih di bumi sendiri. Di sini menyatakan bahawa pentingnya penyatuan bangsa supaya bersatu, kita lihat sekarang ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sudah berani mempertikaikan Agama Islam. Kita lihat laungan Azan sudah berani mereka pertikaikan, kalimah ALLAH sudah mula mahu digunakan oleh Kristian dan sebagainya.

Apa yang kita lihat disini dapat menyatakan bahawasanya Melayu mampu untuk bersatu. Sejarah banyak mengajar kita supaya lebih berhati-hati. Kita lihat apa sudah jadi dengan Sin…

Konvoi Kereta Hindraf Hanya Untuk Provokasi Murahan

Image
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan kumpulan Hindraf yang mengadakan konvoi kereta bagi mendesak kerajaan mengharamkan novel Interlok selain menyifatkan perhimpunan itu sebagai cara untuk membuat provokasi murahan. Naib Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi memberitahu tindakan kumpulan semalam jelas menunjukkan Hindraf sengaja menimbulkan ketegangan diantara masyarakat kaum India dengan kerajaan sedangkan beberapa bahagian di dalam novel tersebut telah dipinda. Jelas beliau, Hindraf bukan sahaja dilihat telah membuat provokasi yang menyentuh sentimen perkauman malah kumpulan berkenaan juga dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina kerajaan ketika menjalankan konvoi berkereta itu semalam. “Dengan mengeluarkan kata-kata kesat bukanlah satu-satunya cara untuk menekan kerajaan sebaliknya perkara itu hanya akan memburukkan keadaan. Tindakan kumpulan ini jelas menunjukkan mereka langsung tidak menghormati kerajaan yang telah membuat keputusan …

TANDA-TANDA WALI ALLAH

1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt. 
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: 
"Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka." 
Dari Said ra, ia berkata: 
"Ketika Rasulullah saw ditanya: "Siapa wali-wali Allah?" Maka beliau bersabda: "Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah." 

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya. 
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: 
10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu'aim dalam Hilya jilid I hal. 6 
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya' dan Abu Nu'aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).

Al-Fatihah

Adun Kerdau BN Dalam Parliman Kuala Krau Pahang Datok Zaharudin Abu Kassim Telah meninggal dunia ekoran penyakit jantung
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 MEI 1969

Image
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Par…