Thursday, January 31, 2013

Antara sebab Ambiga layak digelar Dajal

14 TUNTUTAN IFC

1-Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.

2-Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

3-Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4-Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.

5-Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6-Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7- Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10-Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

13- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Mereka menuntut IFC ditubuhkan kononnya untuk kesamarataan antara agama. Ada yang menyebutnya Majlis perundangan Agama dan pelbagai lagi . Hal ini berlaku telah lama tetapi hendaklah kita ketahui mengapa IFC sebenarnya tidaklah memperjuangkan hak-hak agama. IFC (Interfaith Commission) yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang mampu untuk merubah ajaran agama Islam .

Dari pemerhatian kita,dapatlah kita simpulkan bahawa mereka yang ingin menubuhkan IFC tidak lebih hanyalah menunjukkan kelemahan dan kepincangan dalam kepercayaan mereka terhadap agama mereka sendiri.Jika mereka percaya pada agama-agama mereka, mengapa mereka perlu Suruhanjaya menentukan ajaran agama orang lain? Ini menampakkan tiada kekuatan didalam agama mereka itu sendiri dalam menghadapi perubahan dari zaman ke zaman atau mungkinkah agama itu sendiri belum lengkap sehingga memerlukan Suruhanjaya ditubuhkan untuk melindungi agama-agama tersebut ? Dan ini adalah peringatan kepada orang-orang kafir.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat cara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat cara aku beribadat.Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku” Quran 109:1 – 109-6

Thursday, January 24, 2013

TIADA TINDAKAN TERHADAP

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
25hb Jan 2013

Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia memandang kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memulakan isu penggunaan kalimah ALLAH ini, secara terang pemimpin-pemimpin DAP yang memulakan isu ini serta tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kristian yang memberi bible ini kepada pelajar-pelajar Melayu di jelutung, Pulau Pinang tempoh hari. Kenyataan Dato Ibrahim Ali sudah diputarbelitkan Dato Ibrahim Ali ada menyatakan akan membakar bible versi Melayu & Jawi yang mengandungi perkataan ALLAH. Bukan akan membakar bible yang sedia ada.
Tindakan yang sepatutnya di ambil kepada Lim Guan Eng kerana membangkitkan isu ini, tetapi a tiada tindakan yang diambil terhadap mereka-mereka ini. Kenyataan Dato Ibrahim Ali ini menunjukkan kemarahan umat Islam serta mempertahankan ugama persekutuan. Penghinaan demi penghinaan terhadap Agama Islam.
Rentetan peristiwa peristiwa penghinaan yang berlaku terhadap Agama Islam di Malaysia yang menjadi titik mula hingga Islam dihina secara terang terangan secara berterusan dan bila cuba ditentang akan diputar belitkan fakta faktanya sehingga yang memperjuangkanya dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri yang buta hati.
TIADA TINDAKAN TERHADAP PADERI YANGG MENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD SAW.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan seorang paderi mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhamad dan Islam ketika berceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak(Petikan dari akhbar Berita Harian yg bertarikh 28-9-2010, tetapi masih tiada apa-apa tindakan diambil setelah pelbagai laporan telah dibuat oleh beberapa pihak di mana kes tersebut berlalu hampir 2 tahun dan ini adalah titik permulaan penghinaan terhadap Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di mana ia dipandang remeh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab sehingga perkara tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

TIADA TINDAKAN TERHADAP LIM GUAN ENG DAN PASTOR-PASTOR YG MAHUKAN NEGARA INI DIJADIKAN NEGARA KRISTIAN.

Isu pertemuan paderi dari seluruh negara yang dihadiri oleh Lim Guan Eng dan Jefry Ooi yang  dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan diambil sehingga kehari ini.

TIADA TINDAKAN TERHADAP 4 ORANG REMAJA YANG MEMBALING CAT MERAH DAN BOTOL ARAK  DI  SURAU TAMAN PULAI IMPIAN, SIKAMAT, SEREMBAN.

Walaupun kita sebagai umat Islam menerima permohonan maaf tersebut tetapi perbuatan jenayah telah berlaku dan seharusnya hukuman yang setimpal menurut undang undang dijatuhkan kepada mereka. Perbuatan biadap seperti itu perlu di hukum seberat beratnya kerana implikasi perbuatan tersebut amat merbahaya. Ia boleh mencetuskan perasaan marah dan benci yang melampau kepada umat Islam bukan sahaja di kawasan terbabit namun di seluruh negara. Alasan perbuatan tersebut dilakukan kerana marah ditegur kerana bermain mercun langsung tidak dapat diterima.

TIADA TINDAKAN KEPADA ORANG YANG MENYURUH MEMPERLAHANKAN AZAN.

Isu ini menimbulkan kontroversi ekoran daripada aduan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan.  Seakan-akan ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama persekutuan di Malaysia.

TIADA TINDAKAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN SEDANGKAN DALAM ARTIKEL 11(4) ADA MENYATAKAN TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MENYEBAR AGAMA –AGAMA YANG LAIN TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERAGAMA ISLAM.

Isu ini juga seperti isu isu yang sebelum ini. Tiada apa apa tindakan diambil terhadap individu individu yang terbabit dalam perkara tersebut yang mana perkara tersebut terang-terangan melanggar peruntukan di dalam “Article 11 (4) – State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam”. 
Para penganut agama lain di Malaysia perlu dididik tentang pentingnya mereka menerima ketinggian kedudukan Islam khususnya di sudut Perlembagaan Negara (Artikel 3). Hanya Islam sahaja yang menjadi agama negara dan tidak agama lain. Maka sudah tentu, para penganut agama lain perlu menghormati kedudukan ini. Islam sentiasa menjamin kebebasan penganut agama lain untuk beramal dengan agama mereka.

TIADA TINDAKAN TERHADAP BEBERAPA BUAH MASJID YANG DILETAKKAN KEPALA KHINZIR.

Tidak cukup dengan isu lontar cat merah dan botol arak di surau dan sekali lagi kita umat Islam dikejutkan dengan perbuatan meletakan kepala khinzir dibeberapa buah masjid di Selangor dan Johor. Juga tiada sebarang tindakan atau tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa walaupun pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangkap dalang disebalik perbuatan tersebut. Ada pihak yang ingin melihat keharmonian Negara tergugat dan melakukan berbagai provokasi supaya rakyat berbilang kaum dan agama di Negara ini yang hidup aman dan damai terguris.

TIADA TINDAKAN TANGKAPAN TERHADAP 3 ORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN YANG MENGEDAR BIBLE KEPADA PELAJAR MELAYU ISLAM DI JELUTONG PENANG
Apakah sebenarnya dan maknanya dengan memberikan bible tersebut kepada pelajar Melayu walaupun bible tersebut tidak mengandungi Kalimah Allah jika ada saya yakin ianya hanya mahu menyesatkan anak-anak Melayu Islam. Bayangkan jika ada Kalimah Allah di dalamnya pasti anak Melayu akan menjadi keliru bila mana nama Allah tercatit di dalam bible sedangkan penggunaannya telah dilarang untuk agama lain selain agama Islam. Secara terang terangan memang wujud gerakan untuk menyebarkan agama kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Sedangkan kita umat Islam tidak pernah berbuat demikian walaupun kita boleh berbuat demikian kerana Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia. Kita masih boleh bertolenrasi jika tiada perkara yang boleh menganggu gugat Islam di Malaysia.
Dari semua yang disebutkan diatas dan beberapa isu lagi yang berkait dengan peghinaan terhadap Agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia adalah titik mula bagi penghinaan yang akan berterusan jika tiada sebarang tindakan yang agresif diambil bagi membendung konflik tesebut dan kadang kala isu isu tersebut akan diputarbelitkan oleh pihak pihak yang tertentu mahupun individu yang berkepentingan dalam ingin menjadi juara dalam isu tersebut. Kami Wira Perkasa Malaysia tetap akan bertegas dan akan menyokong tindakan Presiden Perkasa yang mana tindakan beliau adalah bertujuaan mempertahankan akidah dan memelihara Umat dan Ugama Islam. Kita tidak gentar akan suara suara pengkhianat pengkhianat ugama yang cuba memesongkan akidah umat Islam. Saya sesungguhnya percaya bahawa, keamanan dan kedamaian yang kita kecapi hari ini, datangnya melalui usaha kita dengan izin Allah dan bukannya secara kebetulan. In Sha Allah.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Wednesday, January 9, 2013

Majlis Gereja Berdegil Mahu guna Kalimah Allah

10 hb Januari 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia

Kenyataan Majlis Gereja yang berdegil dan membelakangkan titah baginda Sultan Selangor yang sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawasanya kalimah Allah hanya untuk orang-orang Islam sahaja. Ini perlihatkan sememangnya mereka ini wmempunyai muslihat dan tidak menghormati Raja-raja Melayu selaku ketua Agama.

Wira Perkasa Malaysia mengecam dan merasakan pihak gereja sengaja mahu mendatangkan huru hara di kalangan Agama. Sejurus itu Wira Perkasa Malaysia menganggap ini suatu pengkhianatan, penghinaan dan mengaibkan kepada umat islam. Pihak Gereja begitu kurang hajar serta tidak tahu menghormati agama Persekutuan. Apakah tujuan pihak gereja ini? Mereka ini seringkali mengambil kesempatan mengkristiankan umat islam. Apakah mereka ini tak reti / bodoh membaca perlembagaan Negara. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku Agama dihina, aku Raja kita diperlakukan seperti tidak mempunyai maruah.

Sememangnya dalam perlembagaan negara fasal 11 ada menyatakan kebebasan bersuara tetapi harus di ingat dalam perlembagaan negara fasal 11(4) ada menyatakan "Undang² Negeri dan mengenai Wilayah² Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang² persekutuan BOLEH MENGAWAL ATAU MENYEKAT pengembangan dan iktikat atau kepercayaan ugama antara orang² yang MENGANUTI UGAMA ISLAM.

Ini sudah dipersetujui daripada semua pihak. Kemungkinan tok nenek orang-orang Kristian ini terlupa memberi tahu bahawasanya persetujuan telah dibuat sejak dahulu lagi. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menyarankan supaya umat Islam khususnya bersatu demi Agama kita yang sudah dipersendakan. Sudah cukup kita bersabar dengan sikap orang-orang kafir yang mahu mengkafirkan umat Islam. berkemungkinan Wira Perkasa Malaysia akan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk menyesaikan isu ini.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

Wednesday, January 2, 2013

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM IALAH KHILAFAH


 
 Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan syari'at Islam dan mengembang dakwah Islam ke segenap penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah. Imamah dan Khilafah mempunyai makna yang sama. Bahkan banyak hadis sahih yang menunjukkan bahawa dua kata ini memiliki konotasi yang sama. Tidak ada satu nash syara' pun yang menunjukkan adanya konotasi yang berbeza, baik di dalam Al-Kitab mahupun As-Sunnah. Mendirikan Khilafah adalah fardhu bagi setiap Muslim di seluruh dunia. Melaksanakan penegakannya adalah tidak ubah seperti melaksanakan kefardhuan yang lain, yang telah difardhukan oleh Allah SWT bagi kaum Muslimin. Tuntutannya bersifat jazm (pasti), di mana tidak ada lagi pilihan atau penundaan dalam rangka menegakkannya. Mengabaikan pelaksanaannya merupakan kemaksiatan yang paling besar, di mana Allah SWT akan mengazab pelakunya dengan azab yang amat pedih.
    
Dalil tentang wajibnya melantik Khalifah bagi seluruh kaum Muslimin dinyatakan dengan jelas di dalam nas. Dalil dari As-Sunnah antaranya adalah sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Nafi' yang  berkata, 

“Umar pernah berkata kepadaku: 'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Siapa sahaja yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa dengan Allah di hari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa sahaja yang mati sedangkan di lehernya tidak ada bai'at, maka matinya adalah mati jahiliyah”. 


Nabi SAW telah menmfardhukan kepada seluruh kaum Muslimin agar di atas leher mereka terdapat bai'at. Beliau menyifatkan orang yang meninggal sementara di atas lehernya tidak terdapat bai'at, ia mati dalam keadaan mati jahiliyyah (berdosa besar). Dan bai'at itu hanya diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Hanya dengan adanya seorang Khalifah, maka di atas leher kaum Muslimin akan ada baiat baik mereka membai'atnya secara langsung ataupun tidak. Kerana itu, hadis di atas merupakan dalil atas wajibnya mengangkat seorang Khalifah. 

Hisyam Bin Urwah meriwayatkan dari Abi Salih dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

"Setelahku akan ada para pemimpin di antara kalian. Maka ada yang baik kemudian berlalu dengan kebaikannya. Begitu pula ada yang jahat kemudian berlalu dengan kejahatannya. Maka dengari dan taatilah (perintah dan larangan) mereka, bila sesuai dengan kebenaran. Bila mereka berbuat baik, maka itu menjadi hak kalian (untuk mendapatkan kebaikannya). Dan apabila mereka berbuat jahat, maka itu adalah hak dan sekaligus kewajiban kalian (untuk mengingatkannya)." 


Imam Muslim meriwayatkan dari Al A'raj dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda, 

"Sesungguhnya imam itu adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung." 

Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abi Hazim yang berkata, 

"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun, pernah aku mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda: 'Dahulu, Bani Israel dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para Nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, digantikan dengan Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (tetapi) nanti akan ada ramai Khalifah'. Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka." 

Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

"Siapa sahaja yang membenci sesuatu dari amirnya (Khalifah) hendaklah ia tetap bersabar. Sebab, siapa sahaja yang keluar (memberontak) dari penguasa sejengkal sahaja kemudian mati dalam keadaan demikian, maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah."


Hadis-hadis di atas antara lain merupakan ikhbar (pemberitahuan) dari Rasulullah SAW bahawa akan ada para penguasa yang memerintah kaum Muslimin dan bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai. Sabda Rasulullah SAW bahawa "seorang imam itu laksana perisai" menunjukkan pemberitahuan tentang adanya makna yang membawa fungsi tertentu dari keberadaan seorang imam dan ini merupakan suatu thalab (tuntutan). Ini kerana setiap pemberitahuan yang berasal dari Allah SWT dan RasulNya, apabila ia mengandungi celaan (adz-dzam) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk meninggalkan (thalabu at- tarki) atau merupakan larangan (nahyi) dan apabila ia mengandungi pujian (al-madhu) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan (thalab al-fi'li). Dan apabila pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara', atau jika ditinggalkan mengakibatkan terabainya hukum syara', maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bererti bersifat tegas (thalab jazim) yakni bermaksud wajib melaksanakannya. 
    
Dalam hadis-hadis ini juga disebutkan bahawa yang memimpin dan mengatur kaum Muslimin adalah para Khalifah dan bukan yang lainnya. Ini menunjukkan tuntutan untuk mendirikan Khilafah. Salah satu hadis tersebut ada yang menjelaskan keharaman kaum Muslimin keluar (memberontak) dari penguasa. Semuanya ini menegaskan bahawa kegiatan mendirikan pemerintahan bagi kaum Muslimin statusnya adalah wajib. Selain itu, Rasulullah SAW telah memerintahkan kaum Muslimin untuk mentaati para Khalifah dan memerangi orang yang ingin merebut kekuasaan mereka. Perintah Rasul ini adalah perintah untuk mengangkat seorang Khalifah dan memelihara keKhilafahannya dengan cara memerangi orang-orang yang ingin merebutnya. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, 

"Siapa sahaja yang telah membai'at seorang imam (Khalifah), lalu ia memberikan huluran tangan dan buah hatinya, hendaknya ia mentaatinya jika ia mampu. Apabila ada orang lain yang hendak merebutnya, maka penggallah leher orang itu."

Jadi, perintah mentaati imam (Khalifah) bererti pula perintah mewujudkan sistem keKhilafahannya. Sedangkan perintah memerangi orang yang merebutnya merupakan indikasi (qarinah) yang menegaskan secara pasti akan kewajipan melestarikan adanya pemimpin yang tunggal (Khalifah) di tengah-tengah kaum Muslimin. 

Adapun dalil ijma' sahabat menunjukkan bahawa para sahabat telah bersepakat mengenai kewajipan mengangkat seorang pengganti Rasulullah SAW setelah baginda wafat. Mereka juga sepakat untuk mengangkat seorang Khalifah sepeninggalan Abu Bakar, Umar Bin Khattab dan Uthman Bin Affan. Ijma' sahabat yang menekankan peri pentingnya pengangkatan Khalifah, nampak jelas dalam kejadian di mana mereka menunda kewajiban mengebumikan jenazah Rasulullah SAW dan mendahulukan urusan pengangkatan seorang Khalifah, pengganti Nabi. Padahal, menguburkan mayat secepatnya adalah suatu tuntutan dan diharamkan atas kaum Muslimin menunda pengebumian tanpa sebab. Namun, sebahagian sahabat ternyata lebih mendahulukan urusan untuk mengangkat Khalifah berbanding pengebumian jenazah Rasulullah SAW. Sebahagian sahabat yang lain, yang tidak ikut dalam urusan mengangkat Khalifah ternyata tidak membantah penundaan urusan pengebumian jenazah Nabi SAW sampai dua malam, padahal mereka mampu mengingkari hal itu dan mengebumikan jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya kesepakatan (ijma’) mereka untuk segera melaksanakan kewajiban mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah Nabi sendiri. Hal itu tidak akan terjadi, kecuali jika status hukum mengangkat seorang Khalifah lebih wajib dari pada menguburkan jenazah.

Demikian pula bahawa seluruh sahabat selama hidup mereka telah sepakat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapa yang lebih layak untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah SAW mahupun ketika pergantian masing-masing Khalifah yang empat. Oleh kerana itu, ijma' sahabat merupakan dalil yang tegas dan kuat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah. 

Selain itu, menegakkan agama dan melaksanakan hukum syara' dalam semua aspek kehidupan dunia mahupun akhirat adalah kewajiban yang dibebankan atas seluruh kaum Muslimin, berdasarkan dalil yang qath'i tsubut (pasti sumber pengambilannya) dan qath'i dalalah (pasti penunjukan maknanya). Kewajiban tersebut tidak mungkin boleh dilaksanakan dengan sempurna kecuali dengan adanya seorang penguasa yang menerapkan Islam. Kaedah syara' menyatakan, 

"Apabila suatu kewajiban tidak terlaksana kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu hukumnya adalah wajib." 

Ditinjau dari kaedah ini, mengangkat seorang Khalifah hukumnya adalah wajib kerana Khalifahlah orang yang berkuasa melaksanakan hukum syara’ dalam seluruh aspek kehidupan. 
    
Disamping itu, Allah SWT memerintah kepada Rasulullah SAW agar menerapkan hukum di tengah-tengah kaum Muslimin dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Perintah Allah kepada Rasul tersebut berbentuk tegas (thalaban jaziman). Allah SWT berfirman yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, 

"Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu”
 [al-Maidah (5):48]. 

Dalam ayat lain, 

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu" [al-Maidah (5):49].

Seruan/perintah untuk Rasulullah SAW juga merupakan seruan/perintah untuk umatnya, selama tidak ada dalil yang mentakhsis (mengkhususkan)nya. Dalam hal ini, tidak terdapat satu dalil pun yang mentakhsis perkara ini, maka dalil tersebut juga merupakan seruan/perintah kepada kaum Muslimin agar menegakkan pemerintahan mengikut apa yang diturunkan oleh Allah.

Allah SWT memfardhukan kepada kaum Muslimin untuk mentaati ulil amri atau para penguasa. Hal itu membuktikan bahawa ‘kewujudan’ ulil amri itu adalah wajib bagi kaum Muslimin. Allah SWT berfirman, 

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu" [an-Nisa’(4):59]. 

Allah tentunya tidak memerintahkan untuk kita taat kepada ‘orang’ yang tidak ada. Ini membuktikan bahawa ‘mewujudkan’ waliyul amri (penguasa) itu hukumnya adalah wajib, yang  bererti,  ketika Allah memerintahkan ketaatan kepada waliyul amri, Dia juga memerintahkan agar mewujudkannya (jika ia tidak ada). Sedangkan adanya waliyul amri tersebut memiliki konsekuensi tegaknya hukum syara' dan berdiam diri tanpa mewujudkan waliyul amri membawa konsekuensi lenyapnya hukum syara'. Oleh yang demikian, hukum mewujudkan ulil amri (Khalifah) adalah wajib. Oleh kerana meninggalkannya membawa konsekuensi tidak terwujudnya hukum syara', maka hukum mengabaikannya adalah haram. 

Dalil-dalil di atas semuanya menegaskan kewajipan mewujudkan pemerintahan dan kekuasaan bagi kaum Muslimin, sekaligus menegaskan wajibnya mengangkat seorang Khalifah untuk memegang tampuk pemerintahan dan kekuasaan. Kewajipan mengangkat Khalifah tersebut adalah demi melaksanakan hukum-hukum syara', bukan sekadar mewujudkan pemerintahan dan kekuasaan sahaja. Perhatikanlah sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim melalui 'Auf bin Malik, 

"Sebaik-baik pemimpin kalian ialah mereka yang kalian cintai dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kalian ialah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian". Ditanyakan kepada Rasulullah: 'Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi sahaja mereka?' Beliau menjawab: 'Jangan, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam) di tengah-tengah kalian."

Hadis ini menegaskan akan adanya para pemimpin yang baik dan yang jahat, selain menegaskan keharaman memerangi mereka dengan senjata selama mereka masih menegakkan agama. Ini kerana "menegakkan solat" merupakan kinayah (kiasan) kepada “menegakkan agama dan sistem pemerintahan”. Dengan demikian, jelaslah bahawa kewajiban kaum Muslimin untuk mengangkat seorang Khalifah demi menegakkan hukum Islam dan mengembang dakwah merupakan suatu perkara yang tidak ada lagi syubhat (kesamaran) pada dalil-dalilnya. Di samping itu, hal tersebut termasuk suatu kewajiban yang difardhukan oleh Allah SWT bagi kaum Muslimin, yakni terlaksananya hukum Islam dan terpeliharanya kesatuan kaum Muslimin.

Berdiam diri terhadap kewajiban mengangkat seorang Khalifah merupakan suatu perbuatan maksiat yang paling besar. Ini kerana hal itu bererti berdiam diri terhadap salah satu kewajiban yang amat penting dalam Islam, di mana tegaknya hukum Islam (bahkan eksistensi Islam dalam kancah kehidupan) bertumpu kepadanya. Oleh kerana itu, seluruh kaum Muslimin akan berdosa besar bila berdiam diri terhadap kewajiban mengangkat seorang Khalifah. Namun apabila sebahagian kaum Muslimin melaksanakan kewajiban itu sedangkan sebahagian yang lain tidak melaksanakannya, maka dosa itu akan gugur bagi mereka yang telah berusaha (namun kewajipan itu tetap dibebankan atas mereka sampai berhasil diangkatnya seorang Khalifah). Ini adalah kerana menyibukkan diri untuk melaksanakan suatu kewajiban akan menggugurkan dosa atas ketidakmampuannya melaksanakan kewajiban tersebut. Hal ini kerana mereka telah (dan sedang) berusaha melaksanakan kefardhuan, namun keadaan memaksanya sehingga masih gagal menyempurnakan kefardhuan tersebut. 

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dalam aktiviti menegakkan Khilafah akan terus menanggung dosa sejak tiga hari setelah tidak adanya Khilafah (tiadanya Khilafah bermula sejak 28 Rajab 1342H / 3 Mac 1924). Dosa itu akan tetap dipikulnya hingga ke hari pengangkatan Khilafah yang baru. Ini kerana, Allah SWT telah mewajibkan kepada mereka suatu kewajipan tetapi mereka tidak mengerjakannya, bahkan tidak terlibat dalam usaha-usaha yang menyebabkan terlaksananya kewajipan tersebut. Oleh kerana itu, mereka layak menanggung dosa, layak menerima seksa Allah dan kehinaan baik di dunia mahupun di akhirat. Layaknya mereka menanggung dosa ini adalah suatu hal yang jelas dan pasti sebagaimana seorang Muslim layak menerima seksa kerana meninggalkan kewajipan-kewajipan lain yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Apalagi kewajipan menegakkan Khilafah merupakan punca kepada pelaksanaan kewajipan-kewajipan lain, punca penerapan syari'at Islam secara menyeluruh, bahkan menjadi punca eksistensi tegaknya Islam sehingga panji Allah dapat berkibar di negeri-negeri kaum Muslimin dan seluruh penjuru dunia.

Oleh kerana itu, tidak ada uzur (alasan) apapun bagi seorang Muslim di muka bumi ini untuk berdiam diri terhadap pelaksanaan kewajiban menegakkan agama yang telah difardhukan oleh Allah ini kepada mereka. Kefardhuan ini adalah di dalam bentuk menegakkan Khilafah dalam keadaan muka bumi ini belum ada Khilafah dan dalam keadaan tidak ada orang yang menegakkan hukum Allah dan dalam keadaan tidak ada orang yang menegakkan hukum-hakam agama untuk menyatukan seluruh jamaah kaum Muslimin di bawah panji La Ilaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah. Sesungguhnya di dalam Islam tidak ada rukhshah (keringanan) sedikitpun yang membolehkan seseorang Muslim itu berdiam diri terhadap pelaksanaan kewajiban yang telah difardhukan oleh Allah SWT, sehinggalah kewajiban tersebut tertegak dan demi sesungguhnya, sistem pemerintahan Islam itu adalah sistem Khilafah, bukannya sistem demokrasi, republik, monarki, teokrasi, federasi atau yang lainnya [Nidzamul Hukmi Fil Islam, Taqiyuddin an-Nabhani].