Posts

Showing posts from March, 2013

KENAYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA. 25hb March 2013.

25hb March 2013. Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia membidas kenyataan seorang ahli politik Gerakan Baljit Singh yang mengatakan "Bahawa pemimpin pemimpin BN yang menyertai Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang bersama sama Perkasa di Padang Esplanade pada 24hb Mac 2013 yang lalu mengiktiraf dan mengakui bahawa Perkasa adalah sebagai kuasa yang disegani dan meminjam kredibiliti pertubuhan tersebut". Tidak cukup dengan itu beliau juga melabelkan Perkasa sebagai supremacist Melayu dan rasis dan dalam masa yang sama menyatakan bahawa Perkasa dibenci oleh bangsa bangsa lain seperti yang ditulis oleh Athi Shankar dalam portal Free Malaysia Today bertarikh 25hb Mac 2013. Sebagai sayap kepada Perkasa, kami merasakan kenyataan beliau adalah sesuatu yang tidak patut keluar daripada seorang ahli politik yang bijak dalam memberi kenyataan dimana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai isu sensitif dalam ambang pilihanraya negara.Harus diingat pe

1hb March 2013 KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA

Image
1hb March 2013. Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia Seluruh kepimpinan Wira Perkasa Malaysia mengucapkan salam takziah untuk keluarga anggota keselamatan yg terkorban demi mempertahankan tanahair tercinta. Mereka ini gugur disebabkan mempertahankan Kedaulatan Negara, demi Negara nyawa mereka taruhkan. Naib Presiden PKR Tian Chua telah mengeluarkan satu kenyataaan yang tidak bertanggungjawab dengan menyatakan bahawa insiden di Lahad Datu adalah konspirasi umno. Kenyataan tidak bertanggungjawab itu pastinya mengguris perasaan keluarga anggota polis yang terkorban? Apakah disebabkan yang terkorban ini Melayu?  Kenyataan beliau jelas menunjukkan beliau tidak prihatin akan nasib anggota polis yang terkorban. Apakah kematian anggota polis satu sandiwara bagi Tian Chua???Tian Chua telah menghina anggota polis yang terkorban demi mempertahankan negara!!! Reaksi beliau boleh mengelirukan situasi yg sebenarnya dlam masa yg sama ianya boleh mengeruhkan keadaan yg sedia ada dimana kerajaan t