Sunday, July 28, 2013

Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra bertarikh 17 Jun 1969


Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu. 

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari

Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)"

Terima kasih

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Tun Dr Mahathir Mohammad 2001

Kontrak sosial

Apa itu KONTRAK SOSIAL MALAYSIA? Mari kita baca dan FAHAMI.

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.
9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.
35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini.

Saturday, July 27, 2013

Ucapan kontroversi Tun Dr Mahathir yang diucap Dalam Sesi Tertutup pada 26 Julai 2013 lalu.

Fokus kepada pembangunan kaum2 yang mengundi BN ya DSN...jgn kisah sgt dgn mereka2 tu...tanpa undi mereka pun UMNO/BN masih berkuasa....

1 - “Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.

2 - “Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.

3 - “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

4 - “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”

5 - “Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

6 - “Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu.

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam”

7 - Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasakan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

8 - Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

9 - “Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. “orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

10 - “Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib”

11 - “BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya”

12 - “Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi”

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.

Wednesday, July 17, 2013

A Solutions for Batter Future, Malaysia

Apakah dengan menukar sistem perundangan dapat membuat sesebuah Negara menjadi lebih baik? Selama DS Najib menjadi PM kebanyakan keputusan beliau merugikan Umat Islam & Melayu Jalan terbaik untuk umat Islam & Melayu adalah DS Najib melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri, kerana inilah satu2nya jalan menyelamatkan survaival agama bangsa, Damage has been done, to repair it is impossible,  solution is Hj Najib must step down

Monday, July 15, 2013

MELAYU", nukilan Dato' Usman Awang (1929-2001)

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana


Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah


Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak.



Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua'alaf bertakrif Melayu

(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya


Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya


Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

tanah sebidang mudah terjual



Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti


Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.



Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali


Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut



Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Segala yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan


Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu


Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.



Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA
6 Ramadan 1434 / 15hb Julai 2013

Siapa Joseph Marino untuk bersuara dan mencabar perlembagaan di Malaysia?
Tindakan Joseph Marino selaku Duta Vatican ke Malaysia yang bertindak menyokong penuh langkah Gereja Katolik di Malaysia mengunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang kurang sopan serta kurang bijak dalam menyokong sesuatu tindakan yang mana isu tersebut dibincangkan dan telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 82 bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus dan eksklusif bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu sebagai umat Islam kita wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut makan ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Wira Perkasa sebagai sayap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dengan ini mengutuk sekeras kerasnya tindakan beliau menyokong penuh langkah Gereja Katolik di Malaysia untuk mengunakan kalimah Allah dan memohon tindakan keras dapat diambil oleh kerajaan selain dari mengusir beliau keluar daripada Malaysia. Siapa Joseph Marino untuk bersuara dan mencabar perlembagaan di Malaysia? Umat Islam Malaysia perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Dalam keadaan dimana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Negara, umat Islam perlu bersatu tidak mengira ideologi politik masing masing dengan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah Islam itu sendiri. Senario ini boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam itu sendiri sekiranya umat Islam sendiri tidak peka dan perhatian serta tindakan yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama dinegara ini.

Sewajarnya duta ini keluar daripada Negara ini, kerana Negara ini adalah Negara Islam

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Wednesday, July 3, 2013

Perkasa Bukan Perkakas UMNO

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam A Tanasekharan diberi amaran keras oleh speaker Pulau Pinang Law Choo Kiang kerana mengaitkan kumpulan pendesak Melayu PERKASA dengan Umno.

Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan PERKASA untuk mengadakan demonstrasi antikerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum, lapor Bernama.

"Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata pada persidangan dewan di George Town semalam.

Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menuntut wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut.

"Umno adalah Umno, PERKASA adalah PERKASA. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara.

"Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid, seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Penampilan pertama PERKASA lepas PRU

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali membuat penampilan pertamanya kepada media selepas tewas dalam pilihan raya umum lalu, dengan menyatakan kekecewaannya terhadap sikap BN yang tidak menghargai mereka. [Laporan penuh]

Ibrahim (kiri) berkata, Perdana Menteri sedia bertemu dan mendengar pandangan ageresi seperti Dong Zhong, pastor Kristian dan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), tetapi tidak PERKASA.

"Saudara tengok, ada tak PERKASA jumpa PM," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Beliau menegaskan NGO itu tetap bebas dan tidak menjadi perkakas mana-mana pihak dan akan sentiasa berani menegur demi kepentingan Melayu di negara ini.

Ditanya tentang rancangannya setelah tidak lagi menjadi anggota Parlimen, Ibrahim secara berjenaka berkata merancang untuk membawa teksi atau bekerja di stesen pam minyak.

(Sumber MalaysiaKini)

Tuesday, July 2, 2013

UMNO Parti perjuangan Melayu?

Apakah UMNO masih memperjuangkan hak-hak Melayu? Suatu persoalan yang masih bermain di minda masyarakat. Kita dapat melihat sebelum PRU 13 tempoh hari kita dapat melihat kerajaan telah banyak memberi keutamaan kepada masyarakat Cina. Telah banyak peruntukan dan pembangunan diberikan kepada kaum ini. Tetapi kebijaksanaan kaum ini menyebakkan mereka ini mendapat kebanyakan habuan daripada kerajaan. Malang kepada bangsa Melayu kerana berpecah disebabkan kepartian. Kaum cina ini menjadi penentu kepada kerajaan. Tetapi berlaku sebaliknya kebanyakan kaum majoriti di Negara ini memberi peluang kepada kerajaan mentakbir sekali lagi. Segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan gagal.

Menjadi lebih malang selepas PRU 13, nampak kerajaan masih lagi meminta pada yang tak sudi, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sepatutnya kerajaan yang baru mendapat mandat dari pada rakyat menjaga yang memberi mandat, tetapi kerajaan masih lagi berharap supaya kaum cina kembali.

Kita lihat apabila berbicara tentang kaum cina, MCA & DAP  senada, Kerana apa? Apabila berbicara tentang bangsa mereka, mereka bersatu. Tahniah dan syabas kepada Ketua Menteri Melaka yang membuat keputusan drastik menutup Jongker Walk (percubaan 4 minggu) di sebabkan lalu lintas jem, yang peliknya Menteri Dato Sri Nazri Aziz membela peniaga-peniaga Jonker Walk sambil mengabaikan peniaga-peniaga Melayu yang mana kerajaan Pulau Pinang merampas serta tidak membenarkan lagi peniaga-peniaga Melayu berniaga.

Secara terang nampaknya makin pandai Melayu itu tetapi semakin kurang cerdik daripada Pemikiran. Apakah ini kerajaan melahirkan pelajar-pelajar yang kurang bijak?

Wira Perkasa melihat ini makin lama makin kurang hak-hak Melayu, sedangkan kepimpinan tertinggi Negara kebanyakannya berbangsa Melayu, menjadi persoalan dimanakah hak-hak Melayu? Apakah hanya tinggal kepada kuasa sahaja, sedangkan kekayaan Negara menjadi milik orang lain?

Kerajaan sepatutnya melihat yang mana patut di dahulukan. Dahulu kita paham kerana kerajaam yg dipilih adalah kerajaan berbilang kaum, tetapi jelas kerajaan yang ada pada hari ini datangnya daripada undi melayu serta membolehkan UMNO membentuk kerajaan. Dimanakah cerdik pandai? Apakah semua pemimpin melayu buta? Atau sengajakan membutakan diri

Ada sebuah hadis drp HR. Al-Dailami berbunyi

"Apabila ALLAH mengkehendaki kebaikan bagi suatu kaum, maka dijadikan pemimpin-pemimpin mereka daripada orang-orang yang bijaksana dan menjadikan ulamak-ulamak mereka mengnangani hukum dan keadilan. Juga ALLAH jadikan harta benda ditangan orang-orang yang dermawan...Namun, Jika ALLAH mengkehendaki keburukan suatu kaum, maka Dia jadikan pemimpin-pemimpin mereka daripada yang berakhlak rendah, Dijadikan orang - orang yang dungu yang menangani hukum dan keadilan dan harta benda kepada orang yang bakhil / kedekut."

Nampak berpadanan dengan hadis di atas jika kita fikirkan sejenak. InsyaALLAH kepimpinan Wira Perkasa akan sentiasa menjadi mempertahankan apa-apa pekara yang menyentuh Islam, Bangsa dan hak-hak Melayu... insyALLAH

Mari kita bersama memohon doa kehadrat ALLAH SWT supaya melindungi kita semua. Kepada ahli-ahli UMNO kususnya tukar pemimpin- pemimpin yang meletakkan kepentingan peribadi dihadapan. Bertindak jika sayangkan agama bangsa...

WALLAHUALAM. ....

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris
KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA

Apakah benar berita ini?

Benarkah tanah seluas 6 ekar di berikan kepada Dr Subra? Khabarnya tanah tersebut terletak di belakang rumah Pengakap, kawasan bersebelahan dengan Pangsapuri flat Ashby Road Di Ipoh, Perak. Apakah akan tergadai tanah melayu seperti tanah kurniaan kepada UMNO Ipoh Barat? yang tanah tersebut telah dijual kepada cina-cina? Rakyat memberi kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin Melayu memerintah tetapi malangnya mereka ini tidak menjalankan AMANAH yang telah di berikan. Jika benar mengapakah masih lagi tidak menjaga kepentingan Melayu yang secara terang memberi pemimpin-pemimpin Melayu berkuasa. terjemahan adalah PRU ke 13 yang lepas, secara terang yang dijaga tidak memberi undi kepada pemimpin-pemimpin BN.

Jika perkara ini benar berlaku, malang sungguh bangsa ku yang memberi kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin sebegini yang merobek hak-hak bangsa sendiri

Kepimpinan Wira Perkasa memandang serius tentang perkara ini, jika ianya benar pasti bertanggungjawab atau kita terjemahkan pada PRU 14?

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia