Tuesday, August 27, 2013

Akibat daripada Pimpinan yang Lemah

Asalamuaalaikum,

Kita tentu pernah mendengar cerita Natrah & Lina Joy, kedua-duanya berkaitan dengan Agama, Isu Natrah yang mana sehingga mengorbankan nyawa dan mahkamah Belanda mengarahkan Natrah perlu balik kepada Agama asalnya Kristian. Kerana uundang-undang negara itu apabila kanak-kanak yang berusia bawah 16 tahun agamanya ditentukan oleh keluarganya

Isu Lina Joy pula berbeza, Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani merupakan wanita Melayu yang berumur 42 tahun tetapi kini mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).

Isu murtad merupakan subjek yang sensitif bagi orang Melayu yang hampir 100 % menganut agama Islam di Malaysia Kebolehpercayaan kerajaan boleh disalahtafsir jika gagal menangani isu-isu sebegini dan boleh mencetuskan rusuhan sebagaimana Rusuhan Natrah di Singapura tahun 1950 dahulu.

Dua-dua isu ini berbeza Natrah yang kembali ke Agama asalnya Kristian atas arahan mahkamah Belanda, dan Lina Joy yang mahu memadam status Islam dalam Mykad nya, tetapi tetap dibawa ke mahkamah. Ini menunjukkan Islam diserang dari pelbagai sudut.

Sekarang Kalimah ALLAH pula diheret ke mahkamah. Penggunaan Kalimah ALLAH ini boleh memesongkan Akidah Umat Islam. Perkara ini adalah klimax kepada umat Islam dI Malaysia ini. Bayangkan jika kita tidak pertahankan Kaimah ALLAH ini sudah pasti akan lebih banyak umat Islam di Malaysia ini menjadi seperti Lina Joy.

Di sini saya juga melihat petapa pentingnya Kuasa yang menjadi penentu survaival Islam Melayu di Malaysia ini. Kita dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana keputusan-keputusan Hj Najib banyak mmerugikan umat Islam Melayu di Negara ini. Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang. Apakah ini umat Islam mahukan?

Dalam masa yang sama mari bersama-sama saya pada 10hb Sept 2013 kita ke Mahkamah kita Pertanhanan Kailmah ALLAH, daripada digunakan oleh bukan orang-orang bukan Islam...........

ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris

Sunday, August 25, 2013

KERAJAAN PATUT BERHENTI DARIPADA BERAHSIA - Tun Dr Mahathir Mohammad

Asalamuaalaikum

"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri

"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.

"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini. (Tun Dr Mahathir)

Selepas kegagalan dalam menentukan haluan agenda perdagangan dunia dalam perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Amerika Syarikat (AS) sekarang sedang berusaha memperluaskan pengaruh perdagangannya melalui Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Adalah diharapkan kerajaan dapat teliti agenda tersurat AS melalui perjanjian TPPA ini. Ia dirunding antara Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam.

Ia adalah sebahagian usaha korporat gergasi AS yang mendesak kepada agenda memperluas dan mengukuhkan penguasaan mereka dengan mengetepikan hak warga dunia negara Selatan. Apa yang kita bimbangkan Malaysia akan menandatangani rundingan TPPA yang dijangka dimeterai pada Oktober 2013 di Brunei.

Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik yang murah dan mempunyai kandungan dan kesan sama dengan ubat asli tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini. Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung daripada syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat mahal.

Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA dalam Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmaseutikal antarabangsa. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya sejauh manakah industri perkhidmatan kita sedia berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

Apa yang harus diketahui rakyat Malaysia ialah rundingan TPPA ini sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung di dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan persaingan yang akan merugikan ekonomi tempatan.

Seperti FTA, kesan perjanjian TPPA akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat dan meningkatkan kos hidup rakyat keseluruhannya.

Terdapat agenda-agenda dalam pelaburan yang hendak diwujudkan tidak dipersetujui oleh negara seperti Australia dan New Zealand kerana menggugat kedaulatan negara tersebut dalam hak membuat keputusan.

Jika Australia dan New Zealand dua buah negara maju pun menolak isu-isu pelaburan seperti layanan status tempatan maka Malaysia juga harus memikirkan mengenainya.

Sehubungan itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membuat gesaan supaya:

• Rundingan TPPA ditangguh sehingga segala teks dan semua dokumen relevan mengenainya didedahkan kepada penelitian orang awam dan NGO.
• Rundingan berhubungan dengan pelaburan seperti status layanan tempatan yang merugikan itu harus dibuang daripada TPPA. Namun jika kerajaan ingin teruskan dalam bahagian berkaitan pelaburan, perkara-perkara seperti penyelesaian pertikaian antara pelaburan dan negara dikecualikan sebagaimana dilakukan Australia.
• MITI harus memberi penerangan mengenai hal ini.  
Pada asasnya TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA menerima bantahan pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya.

Malah kebanyakan isu dan isu kandungan TPPA adalah perkara-perkara yang diutara dan dirundingkan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs), Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) serta perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO.

Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasilkan untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia mendesak supaya tidak menanada tangani perjanjian tersebut

Waasalam

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

Asalamuaalaikum, 

1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat.

Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik. Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal.
BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan. Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat membantu rakyat? Membantu tetapi rakyat meminta minta. Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara.

Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya.
Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok. Perdana Menteri yang meluluskan peruntuka-peruntukan ini lalu terus melemahkan parti-parti komponen. Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara.
Demi mendapatkan undi sehingga Kalimah ALLAH di benarkan diguna pakai oleh pihak kristian,  Hj Najib selaku Perdana Menteri dan Hisamuddin semasa memegang Menteri Dalam Negeri. Apakah semua cara membolehkan Nj Najib mendapat 2/3?.

Segala usaha mengadai hak-hak melayu untuk mendapatkan undi tidak berjaya, diterjemahkan pada PRU13 yang lepas, Melayu masih memberi undi kepada kerajaan. Bukan sebab kerajaan pimpinan Hj Najib itu terbaik, tetapi disebabkan Melayi tiada pilihan seketika itu. Nampak Hj Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di Negara ini dan mengagong agongkan kaum lain. Penggunaan Kalimah ALLAH adalah klimax. Mana letaknya jiwa sebagai seorang Islam? Sehingga sanggup menggadai kalimah ALLAH.

Sudah cukup segalanya digadai, sudah cukup....... Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap supaya Hj Najib meletakkan jawatan. Pengorbanan ini perlu demi menyelamatkan survaival Islam dan Melayu di bumi sendiri

ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!

IRWAN FAHMI IDERIS
KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA

Saturday, August 24, 2013

Bijak - bijak Hj Najib

Terbukti kesilapan. siapakah yang melantik P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?, dan apabila terbukti melantik seseorang bukan kerana kredibelitinya/kepandaianya/kecekapanya inilah yang berlaku, tetapi saya melihat seperti ada perjanjian MOU diantara P Waythamoorthy bersama Perdana Menteri. Apakah kandungan MOU tersebut? Tetapi tidak hairanlah pekara ini berlaku sedangkan Kalimah ALLAH pn di gadai, inikan pula Negara......

Bijak......Bijak Hj Najib 

Tahniah kepada Dato Sri Zahid Hamidi Sahabat Zahid Hamidi kerana berani mentempelak P Waythamoorthy kerana menggalakkan/ mempertahankan penjenayah yang cuba membunuh Polis Di Raja Malaysia.

Apabila ALLAH mengkehendaki kebaikan bagi suatu kaum maka ALLAH dijadikan Pemimpin-pemimpinya mereka dikalangan orang-orang yang bijaksana dan menjadikan ulamak-ulamak mereka yang menagani hukum dengan adil. Juga ALLAH jadikan harta benda ke tangan orang-orang yang dermawan. Namun jika ALLAH mengkehendaki keburukan bagi suatu kaum Dia jadikan pemimpin-pemimpin mereka daripada orang-orang yang berakhlak rendah. DijadikanNya orang-orang dungu yang mengnagani hukuman dan keadilan dan harta benda di tangan orang-orang yang bakhil 

(HR.Ad-Dailami)

Friday, August 23, 2013

Jangan gentar dedah orang kenamaan campuri siasatan

PUTRAJAYA 23 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak gentar menjalankan tugas dan mendedahkan sekiranya terdapat orang kenamaan tertentu yang mencampuri mana-mana siasatan mereka.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, polis tidak perlu berselindung kepada pihak media sebaliknya mendedahkan nama orang kenamaan yang mencampuri urusan siasatan tersebut.
Sebagai pihak berkuasa yang mendapat sokongan penuh rakyat, tambah beliau, polis perlu adil dan saksama dalam menjalankan tugas tanpa menyembunyikan sebarang maklumat.

" Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan terdapat pihak cuba 'bermain-main' dengan pihak berkuasa.

"Perkara ini perlu diberikan tumpuan dan pihak polis perlu menyiasat secara menyeluruh terhadap mana-mana orang kenamaan yang mempersoalkan serbuan di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang dan menembak mati lima anggota kongsi gelap baru-baru ini," katanya di sini semalam.
Laporan polis yang dibuat pada pukul 5 petang semalam itu turut disertai Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh serta 30 ahli Perkasa.

Menurut Irwan Fahmi, serbuan polis di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang dan menembak mati lima anggota kongsi gelap itu sepatutnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana polis menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat.

"Namun malang apabila terdapat 'tangan-tangan' tertentu mencampuri urusan polis dan mempertikai tindakan yang telah diambil, perkara ini tidak boleh dibiarkan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan," katanya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130824/je_05/Jangan-gentar-dedah-orang-kenamaan-campuri-siasatan#ixzz2cr7a8BGb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, August 22, 2013

Fakta kes Kalimah ' ALLAH '

titular roman catholic archbishop of kuala lumpur
melawan
kementerian dalam negeri ,kerajaan malaysia ,majlis majlis agama islam negeri dan MACMA

oleh : 14 peguam di ketuai dato haji zainul rijal abu bakar presiden persatuan peguam peguam muslim malaysia (PPMM)

- 7hb january 2009 - kementerian dalam negeri (responden ) memberikan permit bersyarat kepada titular roman catholic archbishop of kuala lumpur (pemohon )melarang penggunaan kalimah #Allah# didalam penerbitan herald the weekly catholic

- 16hb Feb 2009 - responden memfailkan permohonan semakan kehakiaman di makahmah tinggi kuala lumpur

permohonan untuk mencelah di mahkamah tinggi kuala lumpur

- julai 2009 - pemohonan untuk mencelah di failkan oleh :-
. majlis agama islam wilayah persekutuan
. majlis agama islam pulau pinang
. majlis agama islam dan adat melayu islam perak
. majlis agama islam negeri kedah
. majlis agama islam dan adat negeri terangganu
. majlis agama islam selangor
. majlis agama islam melaka
. majlis agama islam negeri johor
. malaysia chinese muslim associantion
. majlis gurdawara malaysia

- permohonan untuk mencelah ini adalah untuk melindungi kepetingan orang islam di malaysia serta menjaga kesucian kalimah Allah daripada di salahgunakan

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR
- 31hb disember 2009

- hakim mahkamah tinggi iaitu dato lau bee lan telah memutuskan bahawa:-

- terhadap semakan kehakiman

. membenarkan pemohonan semakan kehakiman respoden dan seterus nya memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah di benarkan didalam penerbitan "herald - the weekly catholic"

- terhadap pemohonan untuk mencelah

. menolak pemohonan kesemua majlis majlis agama islam termasuk malaysia chinese muslim dan majlis gurdawara untuk menjadi pencelah didalam semakan kehakiman tersebut

ALASAN PENGHAKIMAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI KULA LUMPUR

- terhadap permohonan semakan kehakiman

. kementerian didalam negeri ,semasa membuat keputusan bertarkh 7hb january 2009 telah gagal mengambil kira faktor faktor bahawa penggunaan kalimah Allah adalah sebahagian daripada amalan dan kepercayaan komuniti katolik yang berbahasa malaysia

. larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh responden tersebut adalah tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan artikel 3(1) ,11(1) dan (3) perlembagaan persekutuan

. pengunaan kalimah Allah tersebut hanya adalah didalam penerbitan untuk komuniti katolik dan bukan untuk masyrakat islam di malaysia

. tiada bukti bahawa penggunaan kalimah ALLAH tersebut merupakan ancaman kepada keselamatan negara

ALASAN PENGHAKIMAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI KULA LUMPUR

- terhadap permohonan untuk mencelah

. majlis majlis agama islam tidak mempunyai kepentingan langsung untuk di jadikan pencelah kerana semakan kehakiman adalah terhadap keputusan kementerian didalam negeri bertarikh 7hb january 2009 tersebut tidak melibatkan majlis majlis secara langsung semasa keputusan tersebut dibuat

. peranan majlis majlis agam islam hanya untuk membantu dan menasihati Sultan Dan Yang Dipertuan Agong ,perkara perkara yang melibatkan akta penerbitan dan percetakan akhbar 1984 bukan dibawah bidang kuasa majlis majlis islam

RAYAUAN DI MAHKAMAH RAYUAN

- 5hb january 2010 kementerian dalam negeri dan kerajaan malaysia telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi bertarik 31hb disember 2009 tersebut yang membenarkan semakan kehakiman

- majlis majlis agama islam berikut juga memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur yang menolak pemohonan mencelah

- majlis majlis agama yang merayu adalah :-

PENGGANTUNGAAN PERLAKSAAN

- mahkamah tinggi kuala lumpur telah mengantung pelaksanaan keputusan nya sementera kes ini di dengar di mahkamah rayauan

- kesan

- keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur yang membenarkan pengunaan kalimah Allah di dalam penerbitan "herald -the weekly catholic' TIDAK BOLEH DILAKSANAAN KAN

PERINTAH PERSETUJUAN

- pada 25hb mei 2013 respoden iaitu titular roman catholic arcbishop of kuala lumpur dan semua kesemua majlis majlis agama islam yang merayu telah merekod kan perintah persetujauan di mana majlis majlis agama islam di jadi kan pencelah di dalam rayuan kes ini

PEMOHONAN RESPODEN UNTUK MEMBATALKAN RAYUAN PERAYU PERAYU

- pada 18hb julai 2013 respoden telah memfaikan keseluruhan rayuan perayu perayu berdasarkan kepada suratb perdana menteri malaysia Dato `sri najib bin tun abdul razak bertarikh 11hb april 2011 yang di tujukan kepada Bishop Ng
>" 10 POINT SOLUTION TO ADDRESS THE BAHASA MALAYSIA /INDONESIA BIBLE AND OTHER RELATED ISSUES"

ANTARA 10 POINT SOLUTION TO ADDRESS THE BAHASA MALAYSIA /INDONESIA BIBLE AND OTHER RELATED ISSUES

- bible dalam semua bahasa di benarkan untuk di import ke malaysia termasuk di dalam bahasa malaysia /indonesia

- bible tersebut boleh di cetak di semenanjung malaysia sabah dan serawak

- bible di dalam bahasa asli sabah dan serawak seperti Iban ,kadazan, dusun dan lun bawang juga di benarkan untuk di import dan di cetak

- tiada sekatan atau syarat keatas import dan percetakan bible di dalam bahasa di sabah dan serawak

- bible yang di import atau di cetak di dalam bahasa malaysia/indonesia hendaklah mengadungi perkataan "christian Publication " di muka hadapan

HUJAHAN PERAYU PERAYU (KEMENTERIAN DALAM NEGERI &MAJLIS MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI

- surat tersebut tidak menyatakan secara jelas bahawa respoden di benarkan menggunakan kalimah ALLAH di dalam penerbitan "herald - the weekly catholic"

- surat tersebut tidak boleh mengikat keputusan mahkamah selagi mana ia tidak di jadikan undang undang

PEMBICARAAN PERMOHONAN UNTUK MEMBANTAL RAYUAN PERAYU PERAYU

- 22hb Ogos 2013 di tetapkan untuk pembicaraan permohonan respoden tersebut

KESAN DARIPADA KEPUTUSAN MAHKAMAH PADA 22HB OGOS 2013

- sekiranya pemohonan respodenden di benarkan

- perayu perayu akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di mahkamah perseketuan

- sekiranya pemohonan respoden di tolak

- perbicaraan kes induk akan di dengar pada 10hb september 2013fakta nya taklimat kes Kalimah ` Allah `

- perbicaraan kes induk akan di dengar pada 10hb september 2013

Saturday, August 17, 2013

Tahniah Kepada Menteri KDN

Asalamuaalaikum WBT

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Saya mewakili Wira Perkasa Malaysia ingin mengucapkan Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri kerana telah mengambil satu tindakan yang amat wajar kepada seorang warga Singapura yang berusia 45 tahun yang memberikan penggunan Surau untuk kegunaan menjalakan aktiviti keagaam Budha. Apakah lelaki yang berusia 45 tahun ini benar-benar Islam? Saya amat yakin jika pahaman Agama Islam lelaki benar-benar paham ianya tidak akan berlaku sebegini, sedangkan tempat ini adalah tempat suci. Wanita yang dalam keadaan kotor(Haid) pn dilarang oleh Agama kita untuk memasuki Surau-Surau, Masjid-Masjid malahkan Kubur-kubur tidak dibenarkan masuk inikan secara terang orang-orang bukan Islam menggunakan Surau tersebut untuk Agama mereka. Ini juga boleh memsongkan akidah anak-anak kita.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia juga telah lama menantikan kerajaan yang bijak bertindak mengikut undang-undang. Tindakan yang wajar telah diambil oleh Dato Sri Zahid Hamidi dengan membuat keputusan mearik balik status Penduduk Tetap kepada lelaki ini adalh amat wajar. Kami juga berharap jika penghinaa terhadap Agama Islam berlaku lagi terus bertindak. Dahulu sebab kerajaan tidak berani bertindaklah ianya menjadi sebegini. Agama Islam telah dicaci, diherik dan banyak lagi. Amat bertepatan meletakkan Menteri di KDN yang berani bertindak mengikut undang-undang dan bukan seperti sebelum-sebelum ini Amaran demi Amaran sahaja.

Kami memahami SOP (Standard Operation Prosier) pihak Polis yang mana apabila ketiadaan ISA polis tidak ada kuasa menahan tampa bicara. AG juga sepatutnya memaikan peranan yang tegas, tetapi malangnya Tan Sri Ghani Patail nampak cenderung membela daripada mendakwa beberapa kes-kes tidak didakwa contoh Ambiga yang mana mempunyai 6000 lebih lapuran polis terhadapnya. Sebelum ini juga Wira Perkasa Malaysia pernah mendesak Tan Sri Ghani Patail meletakkan jawatan kerana tidak menjalankan Amanah yang diberikan.

Tahniah sekali lagi kepda Menteri Dalam Negeri kerana membuat keputusan yang tepat untuk menagani isu ini. Ini juga boleh dijadikan teladan kepada semua. Menghormati Agama Islam sebagai Agama Persekutuan Negara seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Negara.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Tuesday, August 13, 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013

Sekali lagi negara dikejutkan dengan penyebaran video penggunaan surau disebuah resort diselatan tanah air oleh sekumpulan penganut Budha yang telah mencetuskan kontroversi.Walau apa alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab membenarkan surau digunakan  oleh bukan Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.   Dimana letak kesucian surau tersebut? Jika ianya bebas digunakan oleh pihak bukan Islam.Tindakan pihak   pengurusan tersebut adalah jelas sesuatu yang tidak boleh diterima oleh sekalian umat Islam,dimana perkara ini boleh menimbulkan ketengangan antara kaum.Tolenrasi dalam beragama ada batas batas dan komprominya, jangan hanya memikirkan keuntungan dari segi kewangan,agama dilihat perkara nombor 2. 
Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku pada masa hadapan dan Wira Perkasa Malaysia mendesak tindakan yang  sewjarnya harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu sebegini agar tidak berulang lagi pengajaran pada yang pihak lain agar lebih sensitif dalam isu isu berkaitan dengan agama.
Kebelakangan ini penghinaan terhadap umat islam semakin menjadi-jadi. Pihak berwajib perlu menjalakan siasatan dan jika di dapati bersalah hukum dengan hukuman yang setimpal.