Monday, September 30, 2013

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 24 Zulkaedah 1434 / 30 September 2013

24 Zulkaedah 1434 / 30 September 2013  
PCA adalah keperluan Negara kita kerana ianya menjamin keselamatan orang Awam, kepada mereka yg tidak mahukan PCA ini pasti ada sebabnya, apakah mereka ini mahukan Negara kita Huru hara, atau pun mereka mempunyai rancangan untuk menghuru harakan Negara, Jika tidak membuat apa apa kesalahan maka apa perlu takut. 

Saya bersama seluruh Kepimpinan Wira Perkasa menyokong penuh dengan mengembalikan undang undang yang sama seperti ISA / PCA untuk kesejahteraan Rakyat Malaysia 

Sekian Terima Kasih 

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Tuesday, September 24, 2013

Jangan Sambung... Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
19 Zulkaedah 1434 / 25th Sept 2013

Mohd Naim Daruwish, CEO SSM, yang akan ditamatkan kontrak pada November ini, Beliau sebelum ini telah didepan dengan tuntutan & desakan oleh PERKASA untuk bertindak keatas SUARAM atau Suara Inisiatif Sdn Bhd pada awal tahun 2013 Namun sehingga terkini, tiada maklumbalas terhadap desakan tersebut.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia membantah penyambungan kontrak CEO yang tiada krebiliti.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa M'sia

Saturday, September 14, 2013

Zaid Ibrahim harus bertaubat

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
9 Zulkaedah 1434 / 15hb Sept 2013

Walaupun Perkasa dilihat tidak mewakili suara majoriti orang orang Melayu di Malaysia, tetapi harus diingat undi ahli ahli Perkasa  yang jumlahnya hampir 400 ribu orang diseluruh Negara juga harus dikira semasa Pilihanraya Umun dijalankan. Pekasa mempunyai ahli disetiap pelusuk negara tak kira Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Perjuangan Perkasa selama ini bukan perjuangan yang meminta atau menagih tetapi Perkasa hanya mempertahankan hak hak orang Melayu dan Pribumi ditanah Melayu (Malaysia). Jangan hanya pandai melebelkan Perkasa sebagai NGO yang rasis dan chuvanis!

Perkasa tidak pernah menuntut hak melampau melebihi apa yang termaktub didalam perlembagaan tapi Perkasa mempertahankan apa yang termaktub dimana jauh berbeza daripada NGO NGO bangsa lain yang menuntut melebihi apa yang telah termaktub! Apa yang dikatakan sebagai rasis? Sila faham apa maksud rasis dan cara mempraktikan rasis secara terperinci sebelum melabel Perkasa sebagai rasis!
Dalam perjuangan Perkasa kami sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam apa jua situasi bermula dari tertubuhnya pada tarikh 12hb September 2009 sehingga kehari ini. Adakah kerana terlalu menonjol didalam media cetak mahupun media elektronik dalam menyuarakan pendapat (membantah mahupun menyokong) itu dianggap sebagai tindakan yang melampau dalam mencari publisiti. Perkasa tidak berkompromi didalam isu agama Islam dan dalam masa yang sama tehadap hak hak orang Melayu dan Pribumi yang mutlak. Kita Melayu selalu bertolak ansur tetapi jangan sampai kita ditolak beransur ansur.

Meskipun Perkasa tidak mewakili majoriti suara  orang Melayu seperti yang disuarakan oleh Bekas Ahli Parlimen Termerloh  yang mana beliau juga menasihatkan agar Perkasa mengamalkan kesederhanaan dalam membantah mahupun menyokong apa jua isu. Perkasa bukan NGO yang hanya gah pada nama tetapi tunduk dengan apa sahaja yang perintah. Yang benar harus disokong, yang salah wajib dibantah! Maaf! Jangan sesekali menyamakan Perkasa seperti UMNO! Perkasa punya pendirian dalam mempertahankan Islam dan hak hak orang Melayu.
Dan Perkasa tidak perlu nasihat mahupun pandangan daripada orang orang tidak pernah bersama sama kami. Bahaya apa yang dibawa oleh Perkasa? Membalas balik kenyataan Datuk Zahid Ibrahim mengenai pandangan beliau terhadap Perkasa , yang mana mengambarkan Perkasa satu pertubuhan kaum cauvinis yang maha bahaya! Harus diingat Perkasa itu hanya mempertahankan agama dan hak hak bangsa Melayu? Pernah ahli ahli Perkasa ditangkap membunuh bangsa lain? Pernah ahli Perkasa ditangkap membakar rumah ibadat agama lain? Perkasa bukan semurah itu dalam mencipta provokasi. Kontroversi yang digambarkan hanyalah mainan media bagi menghangatkan sesuatu isu. Kami menghormati Perlembagaan Negara dan seterusnya kami mahu semua rakyat tidak mengenal usia bangsa dan status juga melakukan perkara yang sama. Bila kaum lain menuntut hak hak mereka yang tidak sepatutnya dan mempertahankan kaum mereka tidak dianggap rasis, tetapi bila Perkasa  mempertahankan hak hak orang Melayu dan Pribumi, kami dinggap sebagai RASIS! Siapa yang akan pertahankan hak hak Melayu dan Pribumi kalau bukan kaum itu sendiri. Janganlah kerterlaluan dalam menasihati. Jangan digadai maruah bangsa demi anak cucu kita. 

Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap Zaid Ibrahim harus bertaubat,

“Rasa takut (segan) kepada manusia jangan sampai mencegah seorang apabila mengetahui sesuatu yang hak untuk menegakkannya. (HR Ahmad)”

Wednesday, September 11, 2013

KALIMAH ALLAH, AIR MATA DI PUTRAJAYA

Asalamuaalaikum,

Bersyukur kehadrat ALLAH SWT, dapat memberi kekuatan keimanan pada kita semua. Pada 10hb Sepetmber 2013, Pendengaran di Mahkamah Rayuan Putrajaya tentang isu Kalimah ALLAH yang dituntut oleh pihak kristian. Selepas subuh sebanyak 20 buah bas yang datang daripada Kedah telah samapai di Istana Kehakiman Putrajaya. Pada waktu ini kita sudah melihat betapa komitnya orang-orang Kedah sehingga sanggup datang dari jauh untuk menyatakan sokongan moral kepada peguam-peguam yang akan mempertahankan Kalimah ALLAH.

Pada jam 8.15 pagi kelihatan pula 3 buah bas daripada Pulau Pinang dan diikuti oleh 2 buah bas daripada Seremban. Pada waktu ini saya sudah melihat orang ramai sudah mula membanjiri kawasan Istana Kehakiman. Alhamdulillah nampak secara jelas umat Islam sudah mula bersemangat akan betapa pentingnya Kalimah ALLAH ini dipertahankan.






Seketika orang mula ramai ada beberapa pendakwah dan pemimpin-pemimpin memberi ucapan penerangan dan penjelasan betapa pentingnya perbicaraan yang sedang berlangsung ini. Sejurus dengan itu saya dapat melihat di raut wajah mereka ini kerisauan dan kesedihan kerana dapat membayangkan jika Mahkamah membenarkan perkataan ALLAH boleh diguna pakai oleh pihak kristian. Bacaan Yassin dimulakan, memohon perlindungan kepada ALLAH, ada yang berzikir dan ada yang mengalirkan air mata berkemungkin mengenang nasib anak cucu nanti. Laungan Takbir mengiringi peguam-peguam yang akan berhujah mempertahankan Kalimah ALLAH kedengaran begitu bergemuruh sekali seketika peguam peguam melangkah masuk ke dalam mahkamah.





Semasa Hakim mendengar hujah-hujah keadaan diluar masih lagi kelihatan ramai orang-orang membaca Yassin dan berzikir. Saya amat terharu apabila melihat orang-orang tua yang sanggup berada disini bersama sama kami serta memberi semangat kepada kami orang orang muda.




Kali ini tidak pula kelihatan pastor pastor kristian berada di sekitar Mahkamah, tidak seperti sebelum ini, akan tetapi kali ini peguam-peguam pemerhati daripada Sabah berada didalam kamar Mahkamah.

Setelah menunggu sehingga jam 1.00 tengahari mahkamah berehat sementara akan bersambung disebelah petang. Alhamdulillah kali ini makanan pagi dan tengahari ada disediakan oleh pihak YADIM. Sementara itu juga sempat saya bersama rakan-rakan ke kantin mahkamah. Semasa itu saya mendengar ramai yang memeberi pandangan. Apa yang saya lihat wajah-wajah kerisauan terutama ibu-ibu yang bertanyakan apakah nasib Agama kita jika Mahkamah membenarkan Kalimah ALLAH boleh diguna pakai olah pihak Kristian? Saya tidak mampu untuk menjawab pertanyaan itu.....





Selepas berhenti rehat Mahkamah bersambung serta mendengar hujah-hujah oleh peguam-peguam yang mewakili pihak Kristian pula. Saya bersama rakan-rakan tidak dapat masuk ke kamar mahkamah pada kali ini kerana ianya penuhsesak dan pemerhati terpaksa menunggu giliran, akhirnya saya bersama-sama rakan terpaksa menunggu keputusan di luar mahkamah. Dalam masa itu saya melihat orang-orang tua khususnya sudah mula mencari tempat untuk berehat, berkemungkinan terlalu letih kerana telah berada di kawasan mahkamah seawal selepas solat subuh lagi.




Semasa kami ke Surau mahkamah kelihatan agak sesak kerana ada kumpulan yang menunaikan solat Hajat, dan kumpulan-kumpulan kecil membaca Yassin di surau berkenaan. Selesai solat Zohor saya bersama rakan-rakan terus ke luar mahkamah melihat keadaan, Alhamdulillah masih ramai yang terus menunggu keputusan.






Pada jam lebih kurang 4.30 petang peguam-peguam mula muncul dikhalayak ramai, perasaan berdebar debar sudah mula dirasai, kelihatan orang-orang tua mula terpinga pinga seperti mahu mengetahui apa yang sedang berlaku. Peguam-peguam memaklumkan bahawa Mahkamah belum membuat keputusan dan akan membuat keputusan bertulis seawal bulan Oktober ini. 

Saya juga menyeru kepada seluruh umat Islam marilah kita berdoa supaya kemenagan berpihak kepada kita. Kerana keputusan ini adalah penentu kepada survaival / Akidah umat Islam di Malaysia.

Takbir....... 

ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris