Friday, November 29, 2013

Ketidakwajaran kenaikan taraf elektrik sebanyak 20% pada 2014

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
26 Muharam 1435 / 29 Nov 2012 

Sebagai sebuah kerajaan yang diwawarkan dalam mengutamakan rakyat dalam segala aspek, isu kenaikan elektrik yang bakal dinaikan sehingga 20 peratus pada awal 2014 adalah tidak wajar jika ianya dilihat dari pelbagai segi walaupun jaminan ianya tidak akan membebankan pada masyarakat yang berpendapatan rendah.Kadar yang sediaada sudahpun cukup untuk menjadi beban kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dan kita cuba bayangkan bilamana kenaikan itu dilaksanakan.
Alasan kerajaan seperti memberi penekanan terhadap masalah pembaziran tenaga elektrik serta merasionalkan subsidi. Jika kita teliti alasan alasan tersebut ianya bukanlah cara yang betul dalam mendidik rakyat bagi mengelakan pembaziran dan menghadkan subsidi. Realitinya adalah keuntungan yang diutamakan oleh pihak syarikat utiliti tersebut. Saban tahun kita baca, dengar dan lihat keuntungan diperolehi oleh syarikat utiliti tersebut.
Maka dengan itu, sebagai salah satu keperluan asas yang diguna pakai oleh setiap lapisan rakyat dinegara ini adalah tidak wajar dan relevanya kenaikan itu dinaikan sehingga 20 peratus. Wira Perkasa Malaysia melihat isu ini sebagai sesuatu yang tidak patut daj tidak perlu dilaksanakan dalam mana rakyat mahu sesuatu yang boleh membantu mereka bukan yang membebankan.
Menteri yang bertangungjawab harus melihatnya dari setiap sudut bukan hanya menerima input dari penasihat penasihat yang tidak pernah mengetahui kesusuhan rakyat dibawah secara realitinya. Jika dikira congak diatas kerta memang ianya dilihat sesuatu yang tidak membebankan tapi pada hakikatnya rakyat yang menanggung.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Thursday, November 28, 2013

TNB Bebankan Rakyat

Asalamuaalaikum,

Dalam keadaan sekarang ini TNB tidak perlu menaikan kadar eletrik, kerana ianya membebankan rakyat. Kerajaan juga perlu peka dengan kesusahan yang ditanggung Rakyat, Kerajaan juga sepatutnya meringankan beban rakyat bukan menyusahkan. Kita semua sedia maklum sedangkan keuntungan TNB ini berbilion Ringgit, malangnya Kerajaan seperti merestui kenaikan ini. Kerajaan seharusnya kene bertindak secara bijak, kenaikan ini ianya membebankan rakyat. Eletrik ini adalah keperluan bagi semua Rakyat. Kebelakangan ini kenaikan keperluan harian meningkat, pendapatan seisi rumah masih lagi pada takuk yang sama. Apakah mereka ini buta atau KURANG CERDIK sehingga menaikkan keperluan-keperluan asas. 


Kepimpinan Wira Perkasa M'sia tidak menyokong / membangkang sekeras kerasnya kenaikan bil Eletrik keranan ianya membebankan Rakyat 

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Thursday, November 14, 2013

DYMM Sultan Selangor Bertitiah

Asalamuaalaikum


DYMM Sultan Selangor telah bertitah supaya Pihak Kristian menghentikan penggunaan Kalimah ALLAH. Ianya boleh mendatangkan kekeliruan serta memesongkan Akidah umat Islam kususnya. Parti-parti politik harus ingat Negara kita ini mengamalkan Demokrasi Berpelembagaan, dan isu-isu yang berkenaan dengan Islam adalah dibawah bidang kuasa Yg di pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

 Bukan pandai-pandai bg lulus untuk keguanaan orang lain. Inilah sebab antara keputusan-keputusan bertentangan dengan Agama ditakbir urus oleh Raja-Raja Melayu, Jika ianya ditakbir urus oleh orang-orang Politik berkemungkinan ianya boleh terjual seperti apa yang berlaku sekarang ini sehingga ALLAH diheret ke Mahkamah.

Wasalam

Friday, November 1, 2013

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 27 Zulhijjah 1434 / 1hb November 2013

Tanya Ketua Pemuda Gerakan,siapa mula serang Perkasa kalau tidak Presiden baru Gerakan..dlm ucapan di  AGM Gerakan..menyalahkan Perkasa,bila Gerakan kalah pru..gerakan kalah pru12 d penang,perkasa belum di tubuhkan..kalau nak berperang,sila,ckp anytime..perkasa bukan parti politik dan tak bertanding dlm pru..tungu election,bila Gerakan bertanding,tengok nanti.
Tindakan Ketua Pemuda Gerakan  memberi amaran supaya Perkasa tidak bermain api adalah sesuatu yg Perkasa pandang serius.Perkasa hanya mengutarakan perkara yang benar dan bukan direka2 utk mengeruhkan keadaan. Ternyata kebenarannya bahawa Gerakan sudah tidak relevan dlm arena politik malaysia bilamana peranan parti itu dilihat hanya sekadar mencukupkan kouta dlm pilihanraya. Lihat sahaja P.Pinang yg telah jatuh ketangan pembangkang walaupun semua maklum bahawa P.Pinang adalah kubu kuat bagi Gerakan buat sekian lama. Disitu boleh dilihat kesinambungan Gerakan telah Telah terkubur bilamana gagal mempertahankan P.Pinang malah gagal juga untuk merampas kembali Pulau Mutiara itu. Umum mengetahui bahawa Gerakan didominasi oleh bukan2 Melayu dan mana mungkin org Melayu memegang tampok pimpinan tertinggi didlm parti itu. Siapa yg lebih rasis disini. Dengan secara terang terangan menyalahkan Perkasa atas kekalahan mereka  pada PRU2 yg lepas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh  Perkasa kerana secara logiknya tuduhan itu tidak munasabah. Mengapa harus menyalahkan pihak lain? Gerakan seharusnya mencari mekenisme yang relevan serta logik dalam mencari alasan.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia