Sunday, January 26, 2014

Inilah akibat drp Kepimpinan Negara yang lemah II

Islam serang daripada pelbagai sudut,  Ini berita yang terbaru daripada Pulau Pinang,  tertera di beberapa kawasan di bahagian Pulau,  terdapat bena bena yang menyatakan JESUS ANAK ALLAH.  Ini sudah pasti mencabar orang orang islam. Apakah motif sebenar disebalik bena bena tersebut.
Sedangkan undang undang Negara ini ada dalam perlembagaan Negara Fasal 11 (4) tidak boleh agama lain mengajar kepercayaan mereka terhadap orang orang yang beragama Islam. Apakah agama kristian tidak mengajar umatnya menghormati agama lain?  Betapa biadapnya agama ini. Kami umat islam diajar menghormati agama orang lain.
Sedangkan dalam mahkamah rayuan telah menyatakan bahawa Allah adalah khusus kepada umat Islam. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga telah menyatakan pendirian bahawa Allah adalah khusus untuk umat islam dan baginda bertitiah atas Ketua Agama dan Ketua Negara.
Kita dapat melihat kepimpinan Negara amat lemah sehinggakan tidak dapat mempertahankan kalimah ini lalu menjualnya kepada Agama lain pada April 2011. Secara terang Perdana Menteri tidak tahu apakah tugasnya selaku Perdana Menteri. Sepatutnya segala tentang hal ehwal Agama hendaklah dirujuk kepada Majlis Raja raja selaku ketua Agama. Bukan Perdana Menteri yang membuat keputusan soal Agama. Ini mendukacitakan umat Islam yang mempunyai Perdana Menteri yang tidak bijak menangani permasalahan Negara.
Bukan sahaja ini boleh mengundang ketidak stabilan Negara dan ianya boleh mengundang huru hara. Sebelum ini mantan Perdana Menteri dan IGP ada menyatakan baik jika ISA dikembalikan. Inilah antara hasil apabila kerajaan memansuhkan ISA. Umat Islam semakin bimbang dengan isu kalimah Allah ini berlarutan. Rakyat semakin jelak melihat pemimpin yang tidak tegas dalam tindakan dan membelakangi undang undang. Rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang tegas.
Apakah kesilapan rakyat mengundi mereka mereka ini dan di amanahkan untuk menjadi kerajaan? Ataupun pemimpin sudah lupa pada AKU JANJI sebelum ini atau hanya sekadar pandai berjanji? Sudah sudahlah rakyat sudah mula benci pada kerajaan yang sedia ada kerana tidak cekap dalam mengurus takbir Negara. Ingatlah jika kami ditipu hanya sekali sahaja.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Melayu Pulau Pinang terus di Tindas

Isu perobohan kedai/gerai milik orang orang Melayu di Teluk Bahang Pulai Pinang pada 22hb Januari 2014, Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya berterima kasih kepada Ketua Wira Pulau Pinang Saudara Rizuad dan rakan rakan Wira Perkasa yang lain yang mana telah sedaya upaya menyelamatkan pegawainya daripada terus dikasari dan dipukul dan dalam masa yang sama dapat menenangkan situasi hura hara yang belaku.

Walaubagaimanpun usaha beliau dan rakan rakan telah dimanupulasi oleh sesetengah pihak yang mengambarkan beliau adalah salah seorang individu mengasari dan memukul pegawai tersebut. Akibat daripada manupulasi tersebut pihak polis telah menahan beliau untuk siasatan lanjut. Untuk pengetahuan umum Saudara Rizuad telah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan kerana beliau menghormati undang undang.
Satu kawat cam telah dijalankan bagi membantu siasatan  pada 23hb Januari 2014 yang mana yang dikasari dan  beberapa orang pegawai pegawai lain yang terlibat didalam operasi tersebut telah mengakui bahawasanya beberapa ahli ahli Perkasa termasuklah Saudara Rizuad telah membantu untuk tidak dikasari oleh pemilik kedai yang mahu dirobohkan dan penduduk kampung. 

Berikutan daripada kenyataan pegawai2 tersebut Saudara Rizuad dan rakan rakan Perkasa lain telah dibebaskan. Jelas sekali disini  ada pihak yang sengaja memutar belit isu ini bagi memburukan imej Perkasa.
Disini Wira Perkasa Malaysia mahu mengingatkan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengamalkan Double Standard  dalam melaksanakn undang undang terhadap peniaga peniaga Melayu di negeri itu. Sudah berapa banyak kedai/premis/gerai dirobohkan semenjak Lim guan eng memegang jawatan ketua menteri? Terlalu banyak..Padahal kedai/premis/gerai peniaga peniaga  cina yang secara terang terang menggangu lalulintas dan menimbulkan kesesakan jalan raya dibeberapa lokasi dan tidak mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan. Mengapa dan kenapa kedai/premis/gerai yang sering menjadi mangsa kepada perlaksanaan undang undang doubles standard ini.

Jika perkara ini berlarutan tanpa keadilan yang seadil adilnya, kemungkinan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku di Pulau Mutiara suatu hari nanti. Wira Perkasa akan terus menerus akan membantu peniaga peniaga Melayu di Pulau Pinang dalam mempertahankan hak hak mereka daripada terus menerus dicabul oleh perlaksanaan undang undang double standard ini. Secara tidak langsung ini memperlihat betapa RASIS nya Ketua Menteri P.Pinang terhadap orang Melayu dibawah pemerintahannya. Jangan dicabar semangat orang Melayu sesu guhnya orang Melayu pantang dicabar!

Ambil iktibar atas apa yang sudah berlaku bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Sekali lagi Wira Perkasa Malaysia sentiasa menyokong perjuangan dan apa jua tindakan yang  sudah atau akan dilaksanankan oleh Ketua Wira Perkasa P.Pinang kerana apa yang  beliau lakukan sentiasa selari dengan tujuaan dan matlamat perjuangan Perkasa tanpa membelakangi  undang undang negara yang sedia ada dan kami yakin insiden ini tidak mematahkan semangat juang beliau untuk terus memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu di Pulau Mutiara itu.

Saturday, January 25, 2014

Sudah Sudahlah

Asalamuaalaikum WBT

Sudah seperti saya ramalkan, Perdana Menetri masih gagal mempertahankam hak-hak Melayu mengikut Perlembagaan Negara dan undang-undang yang ditetapkan. Ini amat mendukacitakan, sebagai rakyat di Negara ini, Perdana Menteri akur dengan permintaan kamu minoritiri dan mengabaikan hak hak kaum Majoriti. Isu kalimah ALLAH ini sepatutnya ianya ditangani oleh majlis Raja Raja Melayu dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama. Mengapa isu Agama Perdana Menteri membuat keputusan dan membuat polisi tampa merujuk kepada majlis Raja Raja? Ini lah akibat darpada leka ataupun mendengan penasihat penasihat yang tak berapa sihat. Sebelum Pilihanraya Perdana Menteri mendengar penasihat penasihat dan hasilnya amat mendukacitakan. Kali ini nampak sama, masih lagi mendenganr penasihat penasihat yang mahu menghancurkan Negara. Apakah Perdana Menteri masih lagi buta?

Sekalu Perdana Memteri keamana Negara adalah asas utama dan juga tunjang bagi sebuah Negara yang Merdeka, Sepatutnya trajedi 13 Mei 1969 menjadi kayu ukur kepada perpaduan kaum. Terlalu banyak isu isu yang tidak dapat di tangani dengan bijaksana, malah nampaknya menambah masalah dan kesensaraan Rakyat. Kita dapat lihat negara negara lain kerajaan mereka tumbang akabat kenaikan barangan keperluan asas dan mungkin ini juga akan berlaku disini jika ianya tak dapat ditangani. Kakitangan kerajaan mempunyai penguatkuasa yang mana mereka ini dibayar untuk berkerja untuk membuat penguasaan kepada penjual yang menaikkan harga.

Kesensaraan Rakyat seperti di abaikan, penyesaiyan bukannya jemaah menteri turun ke kedai kedai, pasar tani, dan sebagainya ianya tidak akan menyesaikan masalah. Ini semua berpunca daripada kegagalan mengawal harga barang. Lapuran daripada TNB menyatakan keuntungan berbilion dalan suku tahun pertama 2014 dan dalam masa yang sama menyatakan kepada Rakyat nahaya kos kos kenaikan perlu ditanggung oleh Rakyat, manakala apabila keuntungan Rakyat tidak merasa nikmatnya. Dalam keuntungan yang berbilion apa salahnya keuntungan itu dikurangkan dan dikembalikan kepada Rakyat.

Nampak kesensaraan Rakyat meningkat dan kebencian Rakyat kepada pemimpin sudah mula nampak dan ianya jelas. Kerana Rakyat meresakan Perdana Menteri tidak cekap dalam mangurus takbir Negara. Terlalu banyak yang ditanggung oleh Rakyat manakala ada setengah setengah pemimpin mengeluarkan kenyataan kenyataan yang seumpama menyindir Rakyat dengan jawapan jawapan yang doleh dikatakan KURANG CERDIK.

Penyaesaian terbaik adalah Negara memerlukan seorang Perdana Menteri yang matang dan mampu mambuat keputusan yang baik untuk semua terutama mempertahank kalimah ALLAH, yang terang ianya milik orang orang Islam. Islam tidak mengajar kebencian tetapi mengamalkan sifat sifat makmudah.

ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!!

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Wednesday, January 22, 2014

Bangsa ini



MELAYU

Melayu yang mana suatu ketika dulu bangsa ini dihormati. 
Bangsa ini yang tinggi budi perkertinya, 
Bangsa ini setiasa mengenang budi, 
Bangsa ini manis budi bahasanya, 
Bangsa ini tinggi semagat kejiranannya dan yang paling utama 
Bangsa ini kuat pegangan Agamanya.

Malangnya,kebelakang ini, Bangsa ini, nilai-nilainya murni kian pudar, 
Bangsa ini telah berpecah belah, 
Bangsa ini juga semakin jauh untuk bersatu disebabkan perbezaan pendapat/pegangan. 
Bangsa ini mula goyah pegangan Agamanya, sehingga ada Bangsa ini yang sanggup menjadi petualang mengadai Agamanya sendiri. 
Bangsa ini sudah mula menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, api didalam sekam.
Sekarang ini Bangsa ini sanggup menggadaikan peninggalan Tok Neneknya. 
Apakah mampu lagi bangsa ini bertahan, atau ianya akan hanya meninggalkan nama dan kenagan.

WALLAH'HUALAM...

Wasalam.

Irwan Fahmi Ideris

Monday, January 20, 2014

Setelah Agama, Agong pula di Hina

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
18 Rabiul Awal 1434 / 20hb Januari 2014.


Semakin hari semakin biadap. Kenyataan seorang peguam yang mempertikai titah Yang Di-Pertuan Agong dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 berhubung isu kalimah Allah. Siapa beliau untuk mempertikai titah dan keputusan tersebut?

Jika belum cukup mendalami adap dan tatasusila dalam mempertikai 2 perkara tesebut, lebih baik beliau berdiam diri dan belajar akan adap dan tatasusila dahulu. Walaupun beliau arif dan pakar dalam Perlembagaan tetapi beliau cukup arif dalam hal ehwal Islam sepenuhnya. Apa keperluan beliau untuk mencampur hal-hal agama Islam di Malaysia?

Jika beliau tidak selesa dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut beliau memilih negara lain untuk beliau bebas mengamalkan apa jua agama dalam apa jua bentuk sekalipun. Jika mahu terus tinggal di Malaysia, beliau harus akur dengan apa jua keputusan yang diputuskan.
Melabelkan Malaysia sebagai negara sekular dan bukan negara Islam, satu lagi kenyataan biadap terhadap Perlembagaan Persekutuan yang mana telah termaktub bahawa agama rasmi Malaysia adalah ugama Islam.
Dari mata kasar kenyatan yang mempertikaikan titah Yang Di-Pertuan Agong dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Kita semua akan maklum dengan sejarah Negara Tembok Besar yang mana rakyat mereka sendiri tidak suka akan sistem beraja diamalkan lalu dihapuskan sistem tersebut, apakah mungkin mereka mahu mempraktikan sistem sedemikian di Tanah Melayu ini?

Ingat ini Tanah Melayu yang berdaulat dan agama rasminya ialah Islam! Atau ada motif lain disebalik kenyataan tersebut yang sengaja mahu menunjukkan kepada mata dunia bahawa Malaysia tidak memberi peluang dan ruang secukupnya bagi mengamalkan agama agama lain selain dari Islam dan dalam masa yang sama seolah olah kaum selain Melayu dianiaya oleh Melayu / Islam.

Berdasarkan Kajian Inventori Tempat Ibadat Bukan Islam yang di jalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2008, jumlah rumah ibadat yang dikenalpasti samada berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 4,244 buah. Ia terdiri daripada Tokong Cina/Buddha/Watt Siam sebanyak 2,117 buah, Gereja 524 buah, Kuil Hindu 1,466 buah, Gurdwara Sikh 78 buah dan lain-lain tempat keagamaan selain Islam 59 buah. 

Peruntukan bagi rumah-rumah ibadat bukan Islam di salurkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Unit tersebut, bagi tempuh 2000 hingga 2010, sejumlah RM30juta (RM28,960,928.00) telah diperuntukkan bagi menaiktaraf dan membina 1,360 buah rumah ibadat bukan Islam.

Cukup sekadar sebagai maklumat buat pihak yang tertentu dan tidak perlu dihuraikan panjang lebar statistik tersebut. Diharap pihak berwajib tidak berkompromi didalam isu ini, secara terang terangan kenyataan pakar perlembagaan tersebut boleh mencetuskan kekeliruan diantara agama mahupun kaum, dimana natijah dari kekeliruan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan.
Jangan sampai memberi peluang kepada umat Melayu/Islam melaksanakan undang undangnya sendiri bilamana ugama dan bangsanya dihina secara terang terangan.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Saturday, January 18, 2014

TIADA LAGI KEISTIMEWAAN MELAYU / BUMIPUTERA DI TANAH MELAYU.


Semenjak kebelakangan ini, menjadi kaum Melayu/Bumiputera bukan lagi menjadi satu keistimewaan diTanah Melayu itu sendiri. Sedikit demi sedikit keistimewaan tersebut dihakis lalu hilanglah ia secara beransur ansur. Kerajaan yang sedia ada seolah olah terlalu menjaga pihak yang disebelah sana daripada menjaga hati bangsanya sendiri, padahal telah banyak pengajaran yang mereka telah berikan secara langsung nahupun secara tidak langsung.

Rentetan daripada beberapa isu yang terang terangan menghina agama Islam dan bangsa Melayu umumnya dibiarkan sepi. Tindakan yang terlalu lembut dan hukuman yang diambil dianggap sebagai tidak setimpal. Merujuk kepada isu seorang individu yang secara terang terangan menghina lagu Negaraku dan beberapa isu isu kontroversi lain, tidak dikenakan apa apa tindakan, malah diberi keistimewaan untuk terus berkarya dalam apa saja bentuk medium.

Individu yang menjadi kepala dalam gerakan bersih yang secara terang terangan menghina perlembagaan Negara, rasanya beratus laporan polis telah dibuat terhadap beliau akan tetapi beliau masih bebas diluar sana juga masih bebas menyuarakan  pendapat dan mengkritik kerajaan tanpa ada sebarang sekatan.

Kisah pasangan lucah yang mencetuskan kontroversi " ucapan selamat berbuka dengan hidangan khinzir" yang mana, secara terang terangan menghina agama Islam, apa hukuman yang mereka terima? Adakah setimpal dengan penghinaan yang mereka lakukan. Dengan ucapan "Maaf" segala galanya dapat diselesaikan atau hukuman akan dikurangkan.

Paling terbaru bilamana dengan angkuhnya seorang paderi kristian mahu menegakkan hak supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh puak kristian, walaupun umum tahu bahawa keputusan Mahkamah telah memutiskan kalimah Allah tidak boleh digunapakai oleh pihak kristian.

Beratus laporan polis telah dibuat diseluruh Malaysia, tetapi tindakan yang diambil? Ambil keterangan sahaja, tidak perlu reman.
Bilamana kaum Melayu/Bumiputera dengan beberapa isu isu kecil tetapi isu tersebut sengaja diperbesarkan,tindakan segera diambil bagi memperlihatkan kerajaan amat efisyen dan memandang serius isu tersebut untuk mengelakan isu tersebut menjadi lebih rumit(kononnya).

Isu terbaru,  seorang individu Melayu yang mendakwa beliau adalah pewaris takhta Sultan Melaka, dengan hanya beberapa laporan polis yang telah dibuat, individu tersebut telah ditahan dan direman untuk siasatan. Mengapa tindakan yang sedemikian tidak diambil keatas paderi  yang terang terang menghina Islam dan dalam masa yang sama menghina keputusan Mahkamah. Apakah status beliau sebagai seoarang paderi memberikan imuniti terhadap apa apa tindakan undang undang? Atau ada alasan lain? Ini seolah olah berlaku double standard dalam beberapa pelaksanaan undang undang yang mana menimbulkan rada ketidak puas hati kepada kaum Melayu/Bumiputera.

Kerajaan perlu peka bukan pekak!
Jangan kerana Melayu/Bumiputera yang selalu bertolak ansur ini beransur ansur pula Melayu /Bumiputera ini menolak kerajaan yang sedia ada. Adakah ini yang sepatutnya Melayu/Bumiputera terima selepas 56 tahun Malaysia merdeka? Keadaan seolah olah menjadi lebih buruk selepas tahun demi tahun bilamana Melayu /Bumiputera yang bercakapa dan memperjuangkan tentang hak hak mereka yang termaktub didalam perlembagaan(bukan minta lebih pun) dilabel sebagai Rasis tetapi bilamana pihak disebelah sana dengan terang terangan mempertikai (bukan setakat pertikai tetapi mahu lebih daripada  apa yang mereka sudah dapat) dikatakan menuntut hak yang sepatutnya  ditatang bagai minyak yang penuh. Dalam apa jua keadaan sekalipun kerajaan yang sedia ada harus berubah atau akan diubah, masih punya waktu lagi untuk berubah dan perbetulkan keadaan (ingat..waktu tidak pernah menunggu kita, kita yang perlu mengejarnya).

Ini semua berlaku dengan adanya kepimpinan Negara yang amat lemah, Pemimpin yang kita beri amanah tidak lagi menjaga amanahnya. Manakah letaknya jiwa pemimpin melayu yang mana mengabaikan bangsanya dan menatang bangsa yang lain. Sudah benar pendirian kita pada Ogos yang lalu. Masa berjalan dan tidak akan berulang kembali.

Jangan sampai terlambat tatkkla masa itu sudah tiba, merempatlah Melayu/Bumiputera itu ditanah airnya sendiri.

Irwan Fahmi Ideris.
Ketua Wira Perkasa Malaysia,
16 Rabiul Awal1435 / 18hb Januari 2014

Friday, January 10, 2014

Kembalikan ISA Demi Keselamatan Rakyat

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
8 Rabiulawal 1535 / 10hb Januari 2014

Kembalikan ISA/EO atau roh seumpanya.

Wira Perkasa dari awal lagi tidak pernah bersetuju dengan penghapusan ISA/EO. Sejak ISA dimansuhkan, beberapa kes jenayah yang berprofil tinggi berlaku dan beberapa pihak mula mengambil kesempatan atas pemansuhan tersebut. Kesan jelas akibat dari pemansuhan akta tersebut: kritikan dan mempersenda secara terbuka terhadap agama Islam(terutama tentang isu kalimah Allah), percubaan penafian terhadap hak hak orang Melayu, menentang dan memperlekehkan institusi Raja Raja Melayu dan pelabagai isu lagi.
Apa yang terjadi ini telah menjadi ancaman terhadap keamanan yang telah kita kecapi sebelum ini. Kita harus bersama sama menjaga keharmonian negara dan jangan menunding jari atas kesalahan orang lain. Inilah risiko apabila hendak mentransfomasikan semua sehingga suara rakyat yang sumbang seperti pemabangkang juga kerajaan tunduk kalah.
Janganlah lagi terikut akan suara mereka yang hanya mengundang perkara negatif sehingga keharmonian negara terancam. Seharusnya kerajaan pemerintah sekarang mengembalikan ISA /EO atau roh seumpanya untuk mengekalkan dan memelihara kesejahteraan Malaysia yang harmoni. Wira Perkasa menyokong sepenuhnya kenyataan Tun Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mahu ISA/EO atau roh sepertinya dikembalikan.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Monday, January 6, 2014

Marina Mahathir harus kembali jalan yang diredai ALLAH SWT.

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
5hb Rabiulawal 1435 / 7hb Jan 2014

Sudah sampai masanya Marina Mahathir menilai aqidah dan peganganya dalam Islam. Penampilannya, kecendurungannya dan beberapa tindakan beliau diikuti dengan prinsipnya yang mana nilai-nilai serta ciri-ciri seorang Muslim sudah tiada lagi didalam diri beliau. Lantang membela nasib hak asasi koloni yang mengamalkan seks bebas (lgbt) yang mana perkara tersebut dilaknati oleh ALLAH taala.

Tegar dan tegas membela mereka yang sonsang yang membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa beliau tidak lagi berpegang pada prinsip sebenar seorang Muslim atau mana mana agama dan hidupnya berlandaskan apa yang nyata iatu berdasarkan logik sahaja.

Apa yang lebih menyukarkan ialah watak ini tidak akan menerima apa apa jua jua yang berlandaskan agama malah telah diketahui umum menentang beberapa hukum agama sepertu yang kita lihat didalam doktrin doktrin sister in islam (sis).Terang terangan membela ambiga dan mencabar mereka yang menghentam laknaktullah ini berdepan dengannya. Apa yang cuba beliau buktikan?  Yang terbaru, beliau bersama sama beberapa individu lain memberikan sokongan moral pada pihak kristian secara terang terangan dalam masa yang menemplak Jabatan Agama Islam Selangor, tanpa memikirkan sensitiviti  umat Islam di Tanah Melayu ini.

Kembalilah kepangkal jalan dan betulkan prinsip dan pengangan agama sebelum terlambat kerana sudah keterlaluan melihat apa yang digengamnya. Kita menasihati beilau supaya kembali ke jalan yang diredhai ALLAH, bukan dengan menghina dan mencela sesama muslim. Hormatilah agama itu sendiri jika beliau seorang muslim dan hormatilah perlembagaan negara yang sedia ada jika beliau seorang rakyat Malaysia.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Marina Mahathir harus bertaubat

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. 
4hb Rabiul Awal 1435 / 6hb Januari 2014.

Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?

Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang daripada yang berkait rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister in Islam(SIS).Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS. 

Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian. Yang mana pengarang penerbitan the herald, lawrence Andrew dengan angkuh membuat kenyataan menegaskan orang kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. Kenyataan tersebut ternyata telah memperlekehkan titah KDYMM Sultan Selangor serta keputusan Mahkamah.

Sebagai seorang Muslim dan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam. Dimana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan pengunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Wira Perkasa Malaysia dengan sekeras kerasnya mengutuk tindakan Marina Mahathir itu.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

4hb Rabiul Awal 1435 / 6hb Januari 2014.