Wednesday, April 30, 2014

Memo Bantahan Terhadap HLBB

MEMORANDUM BANTAHAN

Wira Perkasa Malaysia dengan ini ingin menyampaikan Memorandum Bantahan terhadap Hong Leong Bank Berhad. Memorandum ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan pekerja-pekerja berbangsa Melayu yang masih bekerja dan yang telah diberhentikan oleh HLBB.

Perkasa telah didatangi oleh beberapa pekerja dan bekas pekerja HLBB yang mana mereka mengadu telah berlaku beberapa insiden dan tindakan yang dilihat sebagai menindas mereka. Perkasa amat mengambil berat keatas perkara tersebut. Pengaduan mereka, yang kebanyakkannya, kalau tidak semua, yang terdiri dari ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan atau NUBE, adalah disertakan bukti dan kronologi yang kelihatan jelas kepada Wira Perkasa sebagai tulen dan benar-benar memberikan persepsi bahawa HLBB telah bertindak dengan tidak professional, malah mungkin kearah bersikap rasis.

Memorandum ini juga mengutuk sekeras-kerasnya, jika benar ianya berlaku, insiden yang berlaku di Johor Baharu. Kami diberitahu, berlakunya penindasan daripada segi pemilihan pertukaran tempat kerja terhadap kakitangan berbangsa Melayu. Dakwaan mereka yang terlibat menyebut bahawa pemilihan tersebut tidak dilakukan dengan adil dan professional. Terdapat juga aduan bahawa Pengurusan Cawangan HLBB di Johor yang memilih perkataan berbaur perkauman apabila menegur kakitangan bawahan.

Dakwaan berkenaan cara HLBB mengurus kakitangan Melayu ini mula kami terima dari NUBE beberapa bulan yang lepas yang mana ianya menyebut tentang bagaimana sejumlah 24 kakitangan berbangsa Melayu telah diberhentikan oleh HLBB. Bukti yang menyokong dakwaan tersebut telah diserahkan oleh NUBE untuk perhatian Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa Malaysia. Ekoran aduan tersebut kami telah meniliti laporan-laporan tersebut dan kami dapati dakwaan ahli-ahli NUBE yang berbangsa Melayu ini sekali lagi kelihatan ditindas oleh HLBB. Perkasa berpendapat bahawa mereka yang terlibat telah diurus dengan tahap profesionalisma yang boleh dipersoal. Justeru, Wira Perkasa mendesak HLBB mempertimbangkan semula kedudukan jawatan mereka yang terlibat.

Bersama Memorandum ini kami sertakan dokumen-dokumen yang diserahkan oleh pihak NUBE sebagai sokongan dakwaan tersebut.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Friday, April 25, 2014

Gerakan Jangan Pertikaikan Undang Undang Islam

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
25 Jamadil Akhir 1435 / 25 April 2014

Kenyataan Parti Gerakan ingin membawa isu Hudud yang hendak dibentang oleh Pas di Parlimen ke mahkmah adalah satu tindakan  yang tidak sensitif yang boleh mendatangkan kemarahan penduduk majoriti negara ini iaitu umat Islam.

Gerakan sepatut tidak boleh nafikan hak Pas untuk membawa apa-apa usul ke Parlimen. Terpuanglah kepada Ahli Dewan Rakyat membahaskannya dan samada mahu meluluskan atau tidak kuasa di tangan Ahli Dewan Rakyat menentukannya. 

Soal urusan umat Islam sepatutnya bukan Islam jangan masuk campur. Ini hak umat Islam untuk melaksanakan kewajipan kami.

Jika Parti Gerakan meneruskan juga untuk memfaikannya ke mahkamah, kami Wira Perkasa Malaysia akan bertindak memfailkan permohonan mengenepikan permohonan Gerakan itu di mahkamah yang sama.

Perkasa melihat banyak  pihak dari kalangan bukan Islam dalam negara ini semakin melampau kerana satu persatu urusan umat Islam diusik. Perkasa juga boleh membuat tuntutan di mahkamah bagi mendapatkan perintah mahkamah menghalang kerajaan dari terus membiayaai sekolah-sekolah Bahasa ibunda kaum-kaum tertentu kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Negara 151 & 152. 

Perlembagaan Negara menyebut kaum-kaum lain boleh belajar mengguna bahasa ibunda masing tetapi atas biayaan sendiri. Ini bermakna adalah salah kerajaan membiayai sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Kerajaan hanya perlu biayai sekolah-sekolah Kebangsaan sahaja.

Bagaimana pun Perkasa tidak mahu mengambil tindakan begitu kerana Perkasa sangat memikirkan sensitiviti kaum-kaum lain.

Perkasa nasihatkan Gerakan lebih baik tunggu dan lihat apa dia undang-undang Hudud yang mahu dibentangkan itu di Parlimen terlebih dahulu. Perkasa juga tertunggu-tunggu bentuk undang-undang Hudud yang Pas mahu bentangkan.

Perkasa menyokong penuh usaha Pas untuk membentangkan Hudud di Parlimen. Bagi Perkasa sudah sampai masanya umat Islam mengguna pakai undang-undang Islam yang sebenar. Undang-undang Islam adalah adil. Adil kepada penganut lain juga. Jika penganut agama lain memahami Hudud yang sebenar, pastinya mereka akan dapati Hudud itu adalah satu undang-undang yang seadil-adilnya. 

Wasalam
 
Irwan Fahmi Ideris.
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

Monday, April 21, 2014

Genap 40 Tahun....UITM

Asalamuaalaikum, Hari ini tarikh 22hb April 2014.Tarikh yg tidak akan saya lupa sepanjang hayat saya.

22hb April 1974, iaitu kira2 40tahun yg lalu, sewaktu saya menjadi Presiden Kesatuan Siswa ITM(KSITM), saya memimpin satu perarakkan demonstrasi berjalan kaki dari kampus ITM shah alam menuju ke Parlimen Kuala Lumpur untuk menuntut taraf Universiti bagi ITM.

Lebih 6 ribu siswa siswi ITM terlibat, iaitu hampir 100% bersatu, bermula jam 8 mlm dalam, dua barisan berjalan kaki dan bila tiba di Batu 3, Shah Alam, pihak FRU telah bertindak dengan menembak gas pemedeh mata. Keadaan menjadi huru hara dan kelam kabut.

Ringkasnya, lebih 1500 orang siswa di tangkap, sekitar 600 orang di masuk ke hospital, ada yg patah tangan, kaki dan berbagai luka parah. Sekitar 600 orang sampai juga ke Parlimen. Siswa ITM jurusan kejuruteraan mengambil aleh keretapi menuju ke KL dan banyak tiang lampu tumbang sepanjang lebuhraya persekutuan.

Suasana macam perang. Pd 23hb April 1974, ke esokkan hari saya mengambil aleh pentadbiran kampus ITM di Shah Alam dan kampus Jln Othman di PJ.

Dua minggu berkurung dlm kampus dan di kepong oleh polis dan FRU. Akhirnya atas arahan Tun Razsk sebagai PM pd waktu itu, mengarah polis membawa ibu bapa EXCO KSITM ke kampus ITM jln othman untuk memujuk kami berdurai dan menyerah diri.

Rundingan telah dijalankan yg membawa kpd pertemuan saya dan exco ksitm dengan Tun Razak dan beberapa menteri kabinet di Jabatan Perdana Menteri. Persetujuan telah di capai, Tun Razak memberi surat tulisan tangan kpd saya, bersetuju untuk mengiktiraf sebahagian dari Diploma ITM di iktiraf setaraf ijazah am. Sebelum ini, Diploma ITM hanya setaraf dgn STPM. Lanjutan atas persetujuan tersebut, ITM di tutup sebulan dan semua siswa siswi di mestikan pulang ke kampung masing2. Kami barisan exco ksitm dan Dewan Majlis ITM tidak pulang dan beroperasi di Bangunan MAYC atas ihsan secara senyap oleh Tan Sri Sanusi Junid, Presiden MAYC ketika itu

Inilah sejarah perjuangan demi anak Melayu dgn slogan Bumiputra Bertindak. Saya tidak pernah berputus asa dan meneruskan perjuangan menuntut ITM di naikkan taraf Universiti, baik dalam Parlimen,di Perhimpunan Agung UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan dimana saja saya ada peluang bercakap.

Bersyukur pada Allah swt, di Perhimpunan Siswazah ITM di Stadium Melawati pd tahun 1999,Tun Dr Mahathir Mohamad, PM pd waktu itu,Dato Najib Menteri Pelajaran yg hadir bersama,15ribu graduan ITM dimana saya menjadi penganjur dan pengurusi, berkumandang suara Tun M selaku PM mengistiharkan ITM bertukar taraf menjadi sebuah Universiti untuk anak bangsa.

DEMIKIANLAH SEBUAH PERJUANGAN DALAM LIPATAN SEJARAH. Kpd rakan2 seperjusngan yg telah kembsli kerahmatullah, didoa semuga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.amin.Malam ini di mesjid uitm shah alam,ada majlis tahlil dan bacaan yasin.Ada yg sudi hadir di jemput. Majlis bermula jam 6.30ptg.Terima Kasih sudi membaca.

Dato Ibrahim Ali
Presiden Perkasa Malaysia

Friday, April 11, 2014

Apakah keuntungan kepada Negara memeberi Pass Residents kepada Pengkhianat?. Kenyataan Wira Perkasa Malaysia. 11 Jamadil Akhir 1435 / 11hb April 2014


Kepimpinan Wira memandang serius  berkenaan isu kira-kira 1000 orang yang didakwa "tiada bernegara" dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom.

Kita difahamkan hanya 3 orang daripada 1000 yang diberi Pas Residen. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan adalah tidak wajar diberi apa-apa kemudahan walaupun Pass  kerana Terbukti mereka ini telah adalah pengkhianat kepada Negara.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia berharap Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan kembali kelulusan yang telah diberikan (Pass Residents) kepada 3 orang pengkhianat Negara

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
11 Jamadil Akhir 1435 / 11hb April 2014.

Kepimpinan Wira memandang serius  berkenaan isu kira-kira 1000 orang yang didakwa "tiada bernegara" dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom.

Kita difahamkan hanya 3 orang daripada 1000 yang diberi Pas Residen. Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan adalah tidak wajar diberi apa-apa kemudahan walaupun Pass  kerana Terbukti mereka ini telah adalah pengkhianat kepada Negara.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia berharap Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan kembali kelulusan yang telah diberikan (Pass Residents) kepada 3 orang pengkhianat Negara dan apakah keuntungan kepada Negara apabila menerima kembali pengkhianat pengkhianat ini?

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia