Friday, September 26, 2014

Kekalkan Akta Hasutan 1948

Wira Perkasa M'sia mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948. Apakah sebab untuk kerajaan mahu menghapuskan undang undang yang menjamin keselamatan negara. Kesilapan kerajaan menghapuskan ISA adalah contoh yang sepatutnya dicontohi. Selepas undang undang ISA sudah tiada lagi boleh dikatakan sudah ramai yang mula berani mengeluarkan kenyataan2 dan perbuatan2 yang yang menggangu gugat Negara contohnya apabila sudah ramai berani membelakangi undang undang dan juga sudah ada gerakan yang mahukan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Pernah seorang pemimpin daripada Sabah di ISA kan kerana cubaan mengeluarkan Sabah daripada Malaysia.

Ini pula giliran Akta Hasutan 1948 yang akan dihapuskan. Wira Perkasa tidak memahami apakah tujuan sebenar dan matlamat sebenar yang melihatkan kerajaan mahu menghapuskan akta Hasutan 1948 yang masih lagi relaven.
 
Wira Perkasa Malaysia menentang tindakan kerajaan yang mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Kerajaan harus sedar, kerajaan yang ada kini adalah daripada hasil rakyat majoriti yang memberi kuasa kepada kerajaan supaya memerintah Negara. Ini adalah suara Rakyat yang rata rata menolak menghapuskan Akta Hasutan ini, jika kerajaan masih mahu menghapuskan akta Hasutan 1948 ini, maka Pilihanraya kita pastikan kerajaan ini tidak memerintah lagi kerana tidak menjalankan TANGGUNGJAWAB DAN TIADK AMANAH.

Sekian

Terima Kasih

Irwan Fahmi Ideris
 

Wednesday, September 24, 2014

Apakah ini cubaan Menghapuskan kuasa Raja Rama Melayu?

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia

30 Zulkaedah 1435 / 25hb September 2014

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menyelar kenyataan Gooi Hsiao Leung MP Alor Star mengesa MB Selangor Azmin Ali "Reformasi Perlembagaan"  Gooi mencadangkan agar undang undang tubuh negeri Selangor mentakrifkan peranan Raja Berperlembagaan untuk mengelakkan kekeliruan ini satu hasutan dan juga mempertikaikan kuasa Raja Raja Melayu.

Ini menunjukkan bahawa Gooi cuba mengurangkan kuasa Sultan, sedangkan kepincangan yang berlaku di Selangor itu semuanya berpunca daripada mereka sendiri.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan bahawasanya ini juga cubaan menghapuskan kuasa Melayu. Apakah mereka ini sudah lupa sosial kontrak yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek mereka. Hormati apa yang telah dipersetujui dahulu. Bukan mengeluarkan kenyataan biadap seperti ini.

Ini juga satu penghinaan terhadap orang orang Melayu. Kuasa Sultan mempunyai kuasa penuh untuk melantik sesiapa daripada parti yang mendapat majoriti suara dewan.

MP Alor Star ini juga tidak mempunyai adap dan tidak hormat kepada Raja2 Melayu. Tindakan jahat ini secara tiak langsung menghasut rakyat supaya membenci kepada insitisusi Raja Raja Melayu. Adakah tindakan Gooi ini mahu menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu? Ataupun cubaan merepublik negara ini? Wira Perkasa juga menggesa supaya tindakan perlu diambil kerana secara terang ini adalah perbuatan menghasut.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan MP ini tak layak mengeluarkan kenyataan biadap. Kamu kena ingat bahawasanya Negara ini mempunyai undang undang. Jangan mengeluarkan kenyataan yang menghasut dan tidak bertanggungjawab. Hormati Raja Raja Melayu. Jangan kurang ajar.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Thursday, September 18, 2014

KEKALKAN AKTA HASUTAN 1948.

Asalamuaalikum

Akta Hasutan 1948 adalah satu akta yang masih lagi relaven kerana ianya antara undang-undang yang mempertahankan kuasa Raja-Raja Melayu dan kepentingan hak-hak orang-orang Melayu khusunya. Akta ini adalah undang-undang yang melindungi atau mencegah orang-orang  yang tidak bertanggungjawab menghasut rakyat dan ianya penting kerana menjamin keamanan yang kita kecapi selama ini.

Walaupun akta ini dikatakan lapok tetapi ianya masih berkesan dalam mendidik rakyat supaya tidak mendatangkan huru hara kepada negara.

Bangsa-bangsa lain mungkin sudah lupa bahawasanya Tok nenek mereka sudah setuju dengan Sosial Kontrak yang mana mengiktiraf Melayu sebagai tuan kepada negara ini, agama Islam sebagai Agama Persekutuan ( Sebagai Agama Rasmi Negara ini), mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka bersetuju dengan Sosial Kontrak ini baru mereka ini boleh menjadi warganegara. Akan tetapi jika mereka tidak setuju dengan sosial kontrak ini mereka mempunyai dua pilihan. Pilihan yang pertama sama ada kembali ke negara asal mereka ataupun berhijrah ke tempat tempat yang mana British berkuasa (pada masa itu).

Malang pada hari ini kebanyakan mereka mereka ini tidak menghormati sosial kontrak yang mana mereka telah dipersetujui dahulu. Mereka sudah mula mahukan kesamarataan dan banyak budaya budaya luar diterapkan seperti Human Right, LGBT dan sebagainya.

Di sini kita lihat betapa pentingnya akta hasutan ini melindungi keharmonian dan juga ianya menjaga keamanan. Setiap undang-undang adalah sebenarnya untuk mengajar kita tentang batasan batasan yang perlu di ikuti.

Sebelum ini kita dapat melihat apabila ISA dimansuhkan betapa banyaknya keberanian yang tak sepatutnya berlaku. Kesilapan kerajaan memansuhkan ISA sehingga keadaan Negara tidak stabil. Keselamatan negara adalah yang utama dan tidak boleh dipertikaikan.

Pihak Polis tidak dapat bertindak untuk mempertahankan keharmonian negara jika akta ini dihapuskan. Contohnya apabila ISA dihapuskan. Sebelum ini ramai juga dikalangan bekas bekas IGP, anggota keselamatan  dan juga bekas bekas Hakim termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed menentang penghapusan Akta Hasutan 1948 dan ISA, serta ramai dikalangan mereka mahu ISA dikembalikan.

Kita juga perlu mempertahankan Akta Hasutan 1948 ini kerana ianya antara tunjang bagi keharmonian sebuah Negara. Kepada mereka yang mahu menghapuskan mungkin mempunyai agenda tersendiri.

Kita juga mendesak kerajaan supaya tidak menghapuskan akta hasutan 1948. Supaya tidak tunduk kepada desakan desakan luar yang mahu menghapuskan akta hasutan ini. Jika kerajaan menghapuskan akta hasutan ini maka PRU 14 kerajaan bakal menerima habuan. Kita tidak lagi boleh bergantung harap pada kerajaan yang sedia ada lagi.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

Saturday, September 6, 2014

Gerkan, tak Gerak tak Makan

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
12 Zulkaedah 1435 / 7hb September 2014

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menggesa pemuda Gerakan lebih baik diam daripada banyak bercakap sedangkan parti kamu telah gagal menyakinkan bangsa kamu sendiri, buktinya daripada PRU 12 dan 13 Parti kamu ditolak oleh orang orang Pulau Pinang sehingga jatuhnya ke tangan DAP dan sehingga kini,  sedangkan setiap ahli Perkasa adalah pengundi,  jangan kamu Pemuda Gerakan yang gagal yang mahu menasihati kami,  sedangkan bangsa Melayu yang banyak mengundi parti parti komponen Barisan Nasional,

Lebih baik kamu buat kerja kembalikan kepercayaan bangsa kamu sendiri dulu. Gerakan jangan nak jadi duri dalam daging. Nada parti kamu tak ubah seperti DAP senada.

Kepimpinan Wira merasakan Gerakan antara beban kepada Ketuanan Melayu. Hormati kontrak sosial yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek kamu dahulu. Hormat perlembagaan Negara yang ada. Buat kerja bukan banyak cakap...

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia