Saturday, March 28, 2015

Alhamdullillah akhirnya Hudud dilaksanakan

Assalamualaikum WBT

Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh dengan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan.

Hukum hudud yang sekian lama menjadi buah mulut masyarakat kini akhirnya akan dilaksanakan di Kelantan selepas pembentangan rang undang-undang syariah awal telah pun diluluskan di sidang dewan Kelantan. Kita sebagai seorang Islam seharusnya kita harus bersedia dalam apa jua perlaksanaan dan tindakan dalam melaksanakan perintah Allah. Tidak perlu lagi kita berdolak dalih dalam perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Saya ingin mengingatkan bahawa negara ini adalah negara Islam menurut dalam Perlembagaan negara. Perlembagaan Negara ada menyatakan bahawa Agama Islam adalah Persekutuan. Justeru tidak perlu lagi menjadi pertikaian bagi mana-mana pihak tentang perlaksanaan hukum Hudud. 

Mengapa perlu membuat provokasi dan kempen yang mahu mengalihkan pandangan masyarakat Islam khususnya bagi menolak hukum hudud? Kita umat Islam di Malaysia ini tidak pernah menyentuh sentiviti agama lain mengapa pula Agama Islam dihina dan sebagainya. Kami umat Islam disini tidak pernah membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap mana mana pihak yang menganuti agama mereka. Kami juga memohon agama lain agar menghormat dengan pendirian kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. Kerana ianya bersesuaian dengan keadaan disana memandangkan Orang-orang Melayu di Kelantan melebihi 80%.

Saya amat yakin dengan perlaksanaan hukum hudud pasti kita akan melihat kepada perubahan dalam kehidupan seharian. Besar hikmahnya jika kita melaksanakan hukum hudud ini. Kita mengharapkan agar semua rakyat Malaysia menilai semula kebaikan perlaksanaan hukum hudud. Disamping itu pihak yang berkaitan saya mohon agar pendidikan tentang hukum hudud dapat diperluaskan melalui pelbagai saluran. Pendidikan ini penting bagi kefahaman bangsa lain dan juga generasi akan datang. 

Justeru itu sekali lagi saya bersama kepimpinan WIRA PERKASA MALAYSIA menyokong sepenuhnya perlaksanaan hukum hudud ini dan memandang Sultan Kelantan sendiri sekalu Ketua Agama Islam juga menyokong penuh perlaksanaan hukuman ini Diharap masyarakat akan lebih memahami tentang perlaksanaan dan kebaikan hukum hudud. 

Wasalam.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia




Saturday, March 21, 2015

GST: EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI, ANTARA REALITI DAN FANTASI

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
30 Jamadil Akhir 1436 / 21hb Mac 2015

Pelaksanaan GST kini memasuki Fasa Terakhir. Sesi penerangan GST sedang giat diperhebatkan di seluruh pelusuk negara. Namun begitu, berdasarkan satu kajian rambang menunjukkan kesan pelaksanaan GST ke atas pendapatan bulanan seorang rakyat adalah diantara 1.0% hingga 1.2%. Ini bermakna jika pendapatan bulanan seorang rakyat ialah RM3,000.00, maka kesan GST adalah sebanyak RM30.00 sebulan dan RM360.00 setahun setiap seorang.


Oleh yang demikian, KEPIMPINAN WIRA PERKASA menggesa pihak kerajaan untuk menangguhkan sahaja pelaksanaan GST sehingga satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas impak sebenar perlaksanaan GST atas ekonomi seorang rakyat marhean. Walaupun langkah penangguhan ini akan dilihat sebagai membantutkan pertumbahan ekonomi Negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.


Sebagai balasan keatas hasrat kerajaan melaksanakan GST ini, KEPIMPINAN WIRA PERKASA berpendapat, antara langkah terbaik yang patut dilakukan oleh kerajaan adalah dengan memastikan apa sahaja Perkhidmatan dan Barangan keperluan yang mempunyai kaitan rapat dengan rakyat marhean tidak dikenakan GST atau dengan kata lain dikenakan GST 'Zero Rated'.


KEPIMPINAN WIRA PERKASA mengambil contoh antara barangan keperluan dan perkhidmatan yang mempunyai hubungan langsung dengan rakyat adalah seperti penggunaan petrol (kini GST Sifar), elektrik domestik (cuma 300 unit pertama GST Sifar), Perkhidmatan Penggunaan Mesin ATM, Insurans Kereta (kereta diantara harga 80k kebawah wajar GST Sifar), Perkhidmatan Pejabat Pos (pembayaran bil, cukai jalan dan lain-lain), Yuran Perkhidmatan Pangsapuri, PPR (kini GST Sifar–baru diumum), lampin pakai buang anak, tuala wanita, penyenggaraan motosikal, penyengaraan kereta (basis), Perkhidmatan Klinik & Farmasi Swasta (panel klinik) dan lain-lain. (ini cuma contoh sebahagian penggunaan barangan dan perkhidmatan yang berkaitan rapat dengan rakyat marhean).

KEPIMPINAN WIRA PERKASA mencadangkan agar pihak kerajaan membuat kajian menyeluruh yang lebih rapi terhadap kesan langsung GST ke atas seorang rakyat marhean dan membuat pembetulan serta penambaikan berterusan demi kesejahteraan rakyat sepanjang tempoh GST. Peningkatan kos sara hidup bagi setiap seorang rakyat terutamanya dari golongan bawahan dan pertengahan dilihat memberikan kesan dan impak negatif yang dapat menjejaskan kehidupan rakyat terutama dengan pelaksanaan GST kini. 


Sebagai rakyat marhean, KEPIMPINAN WIRA PERKASA merasakan perkara ini amatlah merungsingkan dan tidak menyenangkan. Sungguhpun langkah pelaksanaan GST ini boleh menjana atau memajukan ekonomi Malaysia, namun, ia tidak wajar sampai keperingkat menekan dan membebankan setiap individu rakyat!


Pada masa yang sama segala macam cukai langsung lain yang dikenakan seperti duti setem wajar dihapuskan. Begitu juga dengan "Service Charge" oleh pengusaha perkhidmatan juga harus dihapuskan agar ianya tidak dilihat mengenakan cukai dua kali kepada rakyat marhean dan pengguna perkhidmatan.



ZUKHAIRI BIN MD OSMAN

KETUA PENERANGAN WIRA PERKASA MALAYSIA