Sunday, May 31, 2015

Ini anatara pemimpin paling bodoh abad ini

Kenyataan bodoh oleh Bekas Timbalan Menteri Melayu.

Semalam keluar satu kenyataan media yang sangat bodoh dilakukan oleh seorang Bekas Timbalan Menteri Melayu. Menidakkan hak Melayu dan Bumiputera dalam RMK 11 adalah satu perkara yang tidak rasional bagi kami WIRA PERKASA MALYSIA. 

Siapa dia yang mahu bersuara untuk menidakkan hak Melayu dan Bumiputra? Selepas menjadi timbalan menteri kini dia berani bersuara untuk memangkah orang-orang Melayu yang dulu mengangkat sehingga menjadi Timbalan Menteri. Dasar kacang lupakan kulit, mudah benar lupa diri. Kalau bukan orang Melayu yang angkat dia dulu siapa dia sekarang?
Cuba menjadi pembela bangsa asing dan sebenarnya dia membangsatkan diri dihadapan orang Melayu! Contoh orang Melayu yang lupa dri dan bodoh amat teserlah. 

Apa agenda dia dalam manjadi pejuang bangsa asing? Benar kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa. Inilah buktinya! Jika kita nak jadi pemimpin tak pelu mempopularkan diri dengan mengeluarkan kenyataan bodoh seperti ini. Cukup sekadar kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Contoh paling dekat adalah Tun Mahathir, nama beliau berjaya mempertahankan jawatan selama 22 tahun kerana beliau memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan sehingga kini beliau masih diingati. 

Nak jadi pemimpin kena bijak, bukan memperbodohkan diri dan bangsa sendiri. Malu jadi Melayu seperti ini. Memperlihatkan sikap bodoh dan mehu memperjuangkan hak rakyat Malaysia. Sepatutnya dia tak layak menjadi timbalan menteri pun, dan eloklah dia kini tak lagi pegang jawatan kerana kita tidak perlukan orang seperti ini dalam kerajaan. 

Cukup lah yang ada sekarang pun yang suka buat kenyataan seperti dia. Nak jadi pejuang tapi membodohkan diri sendiri. Ingat kita Melayu bangsa yang dihormati dunia. Melayu telah diiktiraf di peringkat dunia. Apa lagi Melayu mahu…?

Irwan Fahmi Ideris 
Ketua Wira Perkasa Malaysia 

Monday, May 18, 2015

Ditipu Hanya Sekali

Keputusan PRU 13 yang lepas membuktikan hasil kerja buat kerajaan yang tidak dapat menarik undi kaum Cina setelah semuanya digadai. antaranya adalah:-

1. Membenarkan pencetakan dalan Negara dan mengimpot bible daripada Indonesia (Dalamnya mempunyai Kalimah Allah) dan mengedarkan di Seluruh Malaysia. Yang mana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 11(4)

2) BR1M

3) Memberi jutaan ringgit kepada sekolah cina sedangkan banyak sekolah Tahfiz yang tidak dibantu.

Sebanyak 87% kaum ini keluar mengundi dan ianya sejarah yang terbanyak keluar mengundi tetapi kerajaan hanya mendapat 3% ke 5% undi sahaja dan sehingga kini Hj Najib masih lagi membuat perkara yang sama sedangkan segala kerja buat nya tidak membuahkan hasil.

PRU13 yang lepas orang-orang melayu tiada pilihan terpaksa memilih Barisan Nasional. Kerajaan harus ingat kerana UNDI MELAYU mereka berkuasa. Kita lihat Hj Najib masih lagi sombong dan angkuh menjawab persoalan rakyat dengan sindiran. Harus diingat dengan Kuasa Melayu Hj Najib berkuasa pada hari ini.

Orang-orang Melayu merasakan tertipu dengan kerajaan yang masih meminta sedekah (Undi) kepada yang tak sudi, dan meminggirkan yang memberi kuasa pada mereka tempoh hari. Kita tunggu pilihanraya yang akan datang. Jatuh bangun ditangan rakyat.

DITIPU HANYA SEKALI...


Irwan Fahmi Ideris

Friday, May 8, 2015

Tabung Haji atau pun Tabung 1MDB ???

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia

19 Rejab 1436/1437

Saya amat merasa dukacita dan kesal dengan tindakan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez yang membenarkan Tabung Haji terlibat dalam urusan pembelian tanah 1MDB.

Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? Dimana letak keperihatinan dan tanggungjawab Pengerusi dan Pegawai Eksekutif Operasi Tabung Haji? Apa kepentingan Tabung Haji membeli tanah tersebut? Tabung haji adalah badan kewangan yang memegang amanah rakyat yang menyimpan wang bagi urusan mengerjakan Haji di Mekah. Jadi apa kaitan tanah 1MDB dengan Tabung Haji? 

Perkara ini telah mengundang kritikan dan kemarahan rakyat kepada Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez apabila beliau menafikan dakwaan bloger didalam laman sosial beliau. Setelah isu ini semakin hangat diperkatakan akhirnya beliau menjelaskan bahawa Tabung Haji telah membeli satu lot tanah 1MDB. Tindakan seperti ini tidak harus berlaku. Seperti yang dijangka semasa perlantikan beliau didalam Tabung Haji sebagai Pengerusi memang wajar diragui. Apa jasa beliau hingga mendapat tempat tertinggi dalam Tabung Haji? Perlantikan beliau begitu mudah dibuat tanpa melihat dengan jelas sumbangan beliau terhadap negara. Jelas kini tindakan beliau membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak layak menjadi Pengerusi Tabung Haji. 

Selepas KWSP kini Tabung Haji jadi sasaran kepada 1MDB. Mengapa badan badan ini menjadi sasaran. Ekonomi negara kita kini tidak kukuh. Tabung Haji perlu diuruskan dengan telus dan amanah. Jangan kerana perkara seperti ini berlaku rakyat tidak akan percaya lagi kepada Tabung Haji. Saya menggesa supaya perkara ini harus disiasat secara menyeluruh kerana ia telah menimbulkan rasa tidak senang hati kepada semua penyimpan di Tabung Haji.

Wang rakyat harus ditadbir dengan telus. Tanpa ketelusan dan ketirisan yang berlaku akan menyebabkan kemarahan rakyat dan pasti Tabung Haji tidak dipercayai oleh rakyat lagi. Ingat, amanah untuk mentadbir dan menguruskan wang negara bukan perkara yang enteng dan mudah. Jangan cuba merosakkan nama Tabung Haji demi kepentingan mereka sendiri. Kami Wira Perkasa Malaysia menggesa supaya pihak SPRM dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Tabung Haji agar permasalahan ini dapat dirungkai. Kepercayaan dan amanah bukan dapat dibeli dengan wang ringgit, justeru jagalah amanah dan sentiasa jujur dalam kita membuat apa sahaja tindakan dan keputusan.

Sekian

IRWAN FAHMI IDERIS
Ketua Wira Perkasa Malaysia