Sunday, November 22, 2015

Negara bakal dijajah kembali

Apakah negara kita membagun dengan adanya bantuan daripada Negara luar? Tidak ada TPP, negara kita sudah pun diketegerikan antara yang sedang membangun. 

Adakah Sejarah akan berulang?
Malaysia secara tidak langsung  akan menerima 'US Advisor' setaraf dengan 'British Advisor' atau Residen British pada masa campur tangan Inggeris sehingga Tanah Melayu terjajah secara fisikal.

Adakah negara kembali dijajah dengan ode baru? Neo-colonisation atau adakah TPPA sekadar merentasi era globalisasi ? dan akan terhakiskah kedaulatan Raja-raja Melayu dalam suatu masa tertentu ?

Semasa ekonomi dunia gawat, negara kita mengambil beberapa tindakan drastik membuat keputusan bijak dengan tidak meminjam pinjaman daripada IMF, tidak memperdagangkan Ringgit. 

Dasar pandang ke timur pun mula diperkenalkan ini kerana Jepun sebagai contoh antara negara yang cepat (recovery) apa bila sesuatu berlaku daripada serangan Bom perang dunia ke dua dan pada 2008 Tsnunami. Kita lihat negara ini begitu cepat bagun daripada kejatuhan. 

Apabila Negara kita bila sudah membangun dan nampak ada potensi maka adalah pelbagai Agreement, arrangements dan kesempatan yang di ambil oleh kuasa- kuasa besar. Kerajaan kini membuat keputusan yang merugikan kita. Dalam keadaan kini bumiputra masih lagi terkapai-kapai bersaing sesama didalam negara, banyangkan jika ekonomi kita pula dibuka untuk negara-negara kuasa besar. 

Saya sudah merasakan sudah kita perlu menentang suatu yang merugikan kita dan negara. Kita Merdeka dengan tidak berlakunya pertumpahan darah dan adakah negara kita bakal dijajah kembali dengan tiada pertumpahan darah?

#SudahCukupSegalanyaDiGadai
#TolakTPP

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris

Thursday, November 5, 2015

Nyatakan ketetapan, adakah tindakan diambil sebab 90% adalah dikalangan orang Melayu?

Yb Datuk S Subramaniam, saya minta Kementerian Kesihatan hentikan serbuan di kedai2 vape seluruh Malaysia. nyatakan dahulu pendirian tetap KKM. Jangan berpolitik tentang isu ini. Hari ni haram vape, esok rampas nikotin, seterusnya kenakan cukai dan rampas semua barang2an vapor. Apa semua ni? 

Punca pendapatan 90% anak muda Melayu di dalam industri vape. Jangan ganggu. Datuk kena ingat parlimen 140 Segamat MAJORITI orang Melayu. Orang-orang Melayu yang angkat Datuk sehingga menjadi Menteri. Jangan pulak nak berpaling tadah sekarang ni. Kalau nak rampas tolong rampas semua penjualan rokok yang ada nikotin. Rokok lebih jauh lebih merbahaya daripada Vape, Jangan pilih kasih dalam isu ini.

Sekian, 
Irwah Fahmi Ideris

Haramkan juga peniaga-peniaga kedai rokok, mereka juga menjual nicotine

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
23 Muharam 1437H | 5 November 2015   

Wira Perkasa Malaysia hari ini ingin mempersoalkan tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk S. Subramaniam yang ingin membanteras penjualan cecair nikotin tanpa lesen yang digunakan untuk e-rokok. Merujuk kenyataannya melalui portal Malaysiakini, jika didapati tidak mempunyai lesen untuk menjual, pihaknya akan merampas e-rokok yang mengandungi cecair nikotin.

Perkara ini sebenarnya telah dibangkitkan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 2013. Namun hingga kini masih tidak mempunyai ketetapan  dari segi perlaksanaan penguatkuasaan mengikut Akta Racun 1952. Soalnya mengapa sekarang? Setelah beberapa tahun penjualan nikotin didalam e-rokok, baru sekarang mereka mahu mengambil tindakan. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Selepas penjualan e-rokok meningkat dan memberi hasil yang lumayan kepada peniaga barulah mereka mencari pelbagai kaedah untuk membanteras penjualan e-rokok. Penjualan rokok tembakau tidak disyaratkan dengan lesen yang ditetapkan. Sesiapa juga boleh menjual rokok tembakau ini. Jelas ia memang tidak dibekalkan lesen khas bagi penjualan rokok tembakau dipasaran.  Nampaknya mereka masih tetap mengganggu pihak yang membantu dalam kempen berhenti merokok yang dianjurkan oleh mereka.

Sekiranya penjualan nikotin dibuat tanpa lesen sekalipun untuk e-rokok, apakah kesan yang teruk akan berlaku pada pengguna e-rokok ini? Saya difahamkan penggunaan nikotin dalam kandungan e-rokok adalah terkawal. Tidak boleh digunakan sebarangan tanpa garis panduan ditetapkan. Pembekal e-rokok pun bukan mudah untuk mendapatkan nikotin di pasaran. Setakat ini kita belum pernah mendengar kes yang melibatkan penggunaan nikotin yang tidak terkawal. Jadi apa masalah yang dihadapi sebenarnya? Apa pula kata mereka tentang penjualan nikotin didalam rokok tembakau?

Saya juga ingin menyangkal kenyataan yang dibuat oleh YBhg Dr. Lokman Hakim b Sulaiman yang menyatakan e-rokok dan vape adalah benda yang berbeza. E-rokok dan vape sebenarnya adalah benda  yang sama. Kemunculan generasi awal selepas kemodenan rokok tembakau adalah e-rokok. Selepas e-rokok diperkenalkan sekitar tahun 2009, maka bermulalah kemunculan generasi e-rokok seterusnya hingga kini. Selepas 5 generasi barulah e-rokok diperkenalkan dengan gelaran vape. Komponen dan proses terhadap kedua-dua benda ini adalah sama. Pengunaan cecair nikotin terhadap e-rokok dan vape sebenarnya boleh dikawal peratusannya hingga bebas nikotin. Jadi tidak timbul isu beza e-rokok dan vape dan bahaya nikotin dalam e-rokok dan vape.

Saya menggesa kepada Kementerian Kesihatan agar mengeluarkan garis panduan yang lengkap bagi pembekal dan pengguna e-rokok. Jika perlu gunakan peruntukan undang-undang yang melibatkan akta yang sedia ada mohon ia diperjelaskan kepada semua pihak agar tidak timbul lagi kekeliruan. Jika dibandingkan bahaya antara rokok tembakau dan e-rokok saya melihat lebih bahaya kesan rokok tembakau kepada masyarakat umum dan sekiranya e-rokok memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat mohon jelaskan dengan fakta yang jelas dan tepat seperti yang dibuat kepada rokok tembakau. Kalau nak mencegah , seharusnya mereka telah lama bertindak, bukan sekarang. Kalau nak lakukan juga tolong lakukan perkara yang sama terhadap rokok tembakau. Barulah adil dan saksama.

Wira Perkasa Malaysia amat berharap Kementerian Kesihatan buat kajian secara menyeluruh tentang kesan e-rokok kepada masyarakat umum. Perjelaskan garis panduan yang tepat dan lengkap bagi pembekal dan pengguna e-rokok ini. Jangan mudah menghukum sesuatu perkara tanpa fakta yang kukuh.

Sekian
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia