Wednesday, July 27, 2016

Sokong buat rebah

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia

27 Julai 2016 | 22 Syawal 1437H

1. Wira Perkasa Malaysia ingin mempersoalkan tindakan Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia) yang telah membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail bekas peguam negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz bekas gabenor bank negara dan Tan Sri Abu Kasim Mohamed bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mereka ini terlibat dalam konspirasi ingin menjatuhkan Perdana Menteri semalam.

2. Bagaimana Khairul Azwan yang lebih mengetahui hal ini?  Di manakah dia mendapat bukti? Dia mendakwa bahawa dia mengesyaki yang ketiga-tiga bekas kakitangan kerajaan ini mempunyai niat yang jahat terhadap Perdana Menteri. Kalau tiada bukti pihak polis pasti polis tidak melayan tindakan dia untuk membuat laporan polis. Jadi persoalan yang perlu dijawab disini adalah mana dia dapat bukti itu dan apakah ia telah diserahkan kepada pihak polis? 

3. Saya merasakan dia tidak layak untuk bercakap dalam hal ini. Ketiga-tiga individu ini adalah penjawat awam yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan mereka telah menjalankan tugas dengan penuh integriti. Namun mereka disyaki pula terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri. Jika mereka masih lagi berkhidmat bersama kerajaan adakah dia berani tampil kehadapan dan menggesa pihak polis untuk menyaisat hal ini? Jika ya mengapa semasa Pedana Menteri terpalit dengan skandal 1MDB dia tidak bertindak seperti demikian? Sedangkan Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali menggesa untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi isu 1MDB. Saya difahamkan dari portal pro umno mykmu Naib Ketua Pemuda ini pernah cuba menjatuhkan perdana menteri satu ketika dulu.

4. Saya menasihatkan dia agar periksa semula kononnya dakwaan tentang konspirasi ini. Apakah benar atau tidak? Sepatutnya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, dia perlu menyiasat dari awal lagi tentang keseluruhan isu ini. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tak buat kesalahan apa yang perlu mereka takut.

5. Wira Perkasa Malaysia menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan terpeinci berhubung laporan polis oleh Khairul Azwan Harun. Dia seperti dilihat sengaja mengambil kesempatan dan cuba mengalih pandangan semua dalam hal ini. Jika ia tidak benar dia juga harus disabitkan kesalahan dengan sengaja membuat cerita untuk memalukan ketiga-tiga individu yang terbabit. Apa yang penting adalah kepentingan negara. 

Sekian,
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Saturday, July 23, 2016

Kepimpinan Melalui Teladan

Agama adalah landasan dan juga batas-batas kehidupan, ada yang boleh dan ada yang tidak. Saya yakin semua Agama mengajar kebaikan dan menghindarkan keburukan. 

Akan tetapi kebanyakan pemimpin-peminpin pada hari ini tidak lagi takut kepada dosa, mungkin mereka ini tidak yakin dengan kehidupan selepas kematian. Mereka juga lupa bahawasanya apabila kita berbohong sebenarnya kita membohongi diri sendiri dan sama juga dengan zalim, ianya sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mungkin akan mendapat pembalasan di dunia ini juga. 

Sepatutnya pemimpin menjadi contoh "Kepimpinan Melalui Teladan" hari ini ramai yang bertuhankan wang ringgit. Demi wang ringgit sanggup berbuat apa sahaja. Sehingga sanggup menipu, khianat dan pelbagai lagi. Benar wang juga perlu tetapi perolihi lah dengan cara yang halal dan berkat. Janganlah sehingga kita mengambil kesenarang orang lain dan berikan kesusahan kita pada orang lain.

Apakah dengan adanya beberapa insiden yang tidak pernah kita jangka dan terlintas di pikiran kita, seperti kapal terbang MAS, pencerobohan di Lahat Datu dan pelbagai lagi musibah yang melanda beberapa tahun ini adalah pembalasan daripada ALLAH??? Apakah bala-bala ini semua adalah signal daripada ALLAH kepada kita semua??? Kita renung-renungkan.

Percayalah ALLAH SWT akan membalas dengan pelbagai cara, janganlah kita membutakan hati, pekakan telinga dan menutup minda kita sendiri. Tanyalah pada diri kita sendiri kerana semua jawapan ada di dalam diri sendiri. Mana mungkin kita membohongi diri kita sendiri. 

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA-APA YANG PADA DIRI MEREKA"
(Surah Ar-Rad : 11) 

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris 
19 Shawal 1437 / 24hb Julai 2016
2:33am 

Friday, July 22, 2016

"Kes Sivil bukan kes jenayah" Kata Perdana Menteri

Beberapa hari ini negara dikejutkan dengan kenyataan daripada kerajaan Amerika yang menyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia ditipu yang berkaitan dengan 1MDB. Kata Perdana Menteri ianya "Civil case" bukan "Crime case" dan apa pun panggilan ianya tetap bermasalah yang sebelum ini Perdana Menteri sendiri menyatakan ianya tidak bermasalah. 

Kebanyakan Rakyat Malaysia dihimpit daripada kos-kos kehidupan seharian yang makin meningkat. Secara jelas himpitan kehidupan Rakyat tidak diendahkan, tetapi mereka hidup bermewahan. Ini jelas kerajaan yang ada sudah tidak boleh dipercayai dan tidak memegang amanah yg diberikan oleh rakyat pada PRU yang lepas. 

Para memanda-memanda menteri janganlah kamu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh atau pun sengaja menyakiti hati rakyat. Apakah kamu-kamu semua bodoh atau pun sengaja memperbodohkan rakyat?

Isu syarikat 1MDB amat memalukan Negara sehingga negara kita terkenal dengan persepsi rasuah di seluruh dunia dan kita selaku rakyat mahukan PENCURI / PENYAMUN ini dihadapkan ke muka pengadilan dan kembalikan duit kepada rakyat.

Irwan Fahmi Ideris 

Saturday, July 2, 2016

Masuk Islam jika mahu mengenal Islam

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA

02 Julai 2016 | 27 Ramadhan 1437H

1. Merujuk kenyataan dari potal berita Malaysiakini pada 01 Julai 2016, Wira Perkasa Malaysia hari ini ingin mempersoalkan tentang tindakan yang dilakukan oleh Syed Azmi Alhabshi tentang isu berbuka puasa di sebuah gereja.

2. Persoalannya, apakah motif utama yang mereka mahu tunjukkan?  Adakah sekadar mahu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang penyayang masih wujud? Tujuan penganjuran majlis mereka pun tidak ada asas yang kukuh. Apakah rakyat Malaysia yang ada pada pada hari ini sudah tidak mempunyai sifat penyayang? Ini semua perkara yang tidak masuk akal.

3. Saya ingin bertanya kepada dia, apakah dia sedar di Malaysia ini kita mempunyai undang2 dan perlembagaan yang perlu kita patuhi? Adakah dia sedar atau tidak tentang sensitiviti agama dalam masyarakat yang berbilang kaum? Jangan hanya buat perkara semata-mata menurut akal. Ini bukan melibatkan adab dan budaya sahaja tapi melibatkan akidah umat islam. Adakah dia ini ejen yang menyesatkan umat Islam di Malaysia kerana dahulu dia mencetuskan kontroversi dengan kempen cintakan haiwan dengan memegang anjing,  sekarang tentang hal buka puasa di gereja.

4. Ini menunjukkan bahawa tujuan majlis yang mereka adakan ini tidak mempunyai mesej yang jelas. Tindakan mereka tidak lansung mencerminkan keindahan Islam yang sebenar. Majlis ini tidak mempromosikan hubungan baik antara Islam dan Kristian. Cara yang sebaiknya mereka perlu menghormati Agama Islam sebagai Agama Persekutuan. 

5. Saya ingin menekankan bahawa dalam perlembagaan negara, Perkara 11 menyatakan tentang kebebasan beragama iaitu tiap-tiap orang berhak menganuti agamanya. Namun ia tertakluk  dalam (4) iaitu  undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat apa-apa perkembangan iktikad antara orang-orang yang menganuti agama Islam. Seterusnya dalam hal ini dia perlu merujuk Perkara 11(5) iaitu Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak. Jadi fahamkan betul-betul tentang perkara yang saya sebutkan.

6. Selain dari itu adakah dia menitik beratkan tentang hal-hal lain? Diantaranya adalah tentang isu halal dan imej Agama Islam. Isu halal ini bukan hanya tentang sumber makanan, tapi ia adalah menyeluruh. Bermula dari mendapatkan sumber bahan mentah, cara masakan, siapa tukang masak hingga ke proses pembungkusan makanan. Adakah perkara ini diutamakan oleh mereka? Yang paling penting mereka perlu ambil kira adalah tentang imej Agama Islam. Imej bukan sekadar pandangan umum, tetapi cerminan kepada masyarakat. Apakah dia sengaja mahu memburukkan imej Islam? Umum mengetahui majlis berbuka puasa biasanya dilakukan di masjid dan surau. Kebanyakan masjid dan surau telah menyediakan makanan untuk berbuka puasa dengan percuma. Tindakan mereka menunjukkan seolah-olah masjid dan surau tidak menyediakan tempat berbuka puasa di rumah ibadat. 

7. Jika dia benar-benar ingin buat majlis seperti ini bersama masyarakat lain saya mencadangkan dia boleh jemput mereka buka puasa di masjid. Namun mereka perlu patuh dengan peraturan dan tertib ketika berada di dalam kawasan masjid. Disamping itu mereka juga boleh mendekati dan memahami Islam dengan mudah. Jika mereka benar-benar berminat untuk memahami dan mendalami Islam kita menyarankan mereka untuk memeluk agama Islam. Sesungguhya Islam itu mudah. Ia adalah cara kehidupan yang cukup sempurna.

8. Saya amat merasa kesal dengan apa yang terjadi dalam hal ini. Majlis mereka mendapat bantahan pada peringkat awal kerana ada pihak yang membuat laporan polis, namun akhirnya mereka tetap meneruskan majlis ini atas alasan bungkusan makanan telah siap disediakan. Walhal mereka boleh beri kepada golongan miskin dari golongan masyarakat bukan Islam. Jadi apa lagi alasan mereka? 

9. Justeru Wira Perkasa Malaysia menggesa pihak Majlis Agama Negeri khususnya Negeri Selangor memantau dan membanteras perkara ini dari terus berlaku. Apabila hal berkaitan dengan Agama Islam pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia tidak dapat bertindak kerana perkara ini tertakluk dalam enakmen syariah negeri. Saya juga ingin menasihati kepada penyokong mereka yang beragama Islam agar musahabah diri dan jangan mudah mendekati dengan perkara yang mudah mendatangkan fitnah kepada agama dan masyarakat. Hormatilah bulan mulia ini.  Lebih baik mereka berjaga ditengah malam dengan melakukan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan kerana bulan Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi.

Sekian

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia