Saturday, October 29, 2016

MAC lebih baik jaga bangsa kamu

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA
30 Oktober 2016 | 29 Muharram 1438H

1. Wira Perkasa Malaysia ingin menasihati Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bimbang pihak berkuasa Islam mencampuri pihak bukan Islam agar lebih baik berdiam dari membuat kenyataan yang lebih mengelirukan orang ramai.

2. Ini berikutan isu burger tidak halal P.Ramly yang dijual dipasaraya secara terbuka di pusat membeli belah di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam hal ini beliau  digesa menasihati peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti masyarakat umum. Bukan bimbang akan peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa agama Islam.

3. Pihak berkuasa agama Islam tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka bertindak atas aduan yang dibuat. Sudah semestinya mereka menyiasat aduan tersebut. Dalam hal ini, premis tersebut disiasat oleh kerana dakwaan pengguna bahawa maklumat tentang penjualan makanan tersebut mengelirukan. Tindakan pihak berkuasa agama Islam memang wajar kerana mereka bertindak menjaga kepentingan masyarakat khususnya orang Islam. Sudah saya ingatkan berkali-kali sebelum ini beliau jangan masuk campur dalam hal ehwal agama Islam. Apakah beliau tidak faham peringatan yang diberi sebelum ini?

4. Penguatkuasa agama Islam bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka harus menerangkan sekiranya ada kekeliruan yang timbul. Dalam hal ini, saya melihat bahawa penguatkuasa hanya menjalankan tugas mereka dan ia tidak melanggar perlembagaan. Jika beliau tidak faham tentang peranan dan tugas penguatkuasa agama Islam beliau boleh rujuk dan bertanya dahulu. 

6. Saya ingatkan sekali lagi, kita tidak pernah melarang dan menganggu masyarakat lain menjalani kehidupan dan menganuti agama masing-masing. Kita juga tahu menjaga sensitiviti masyarakat lain. Beliau harus peka bahawa dalam hal ini pihak penguatkuasa agama Islam telah mengambil langkah sewajarnya. Jadi mengapa sampai beliau kata kita tidak sensitif? Janganlah butakan mata dan pekakkan telinga untuk berpihak kepada sebelah pihak sahaja.

7. Wira Perkasa Malaysia merasakan tindakan yang dilakukan oleh penguatkuasa agama Islam adalah wajar dan saya minta kepada Datuk Seri Ti Lian Ker agar lebih baik banyak berdiam dari berkata-kata tentang perkara yang menyusahkan semua orang. Sebelum beliau pertikaikan kredibiliti dan integriti orang lain lebih baik beliau melihat kembali adakah beliau sudah cukup layak untuk menilainya. 

Sekian,
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Tuesday, October 4, 2016

Shiddiq, Amanah, Tabligh & Fathonah

Shiddiq

Shiddiq ertinya benar. Bukan hanya perkataannya yang benar, tapi juga perbuatannya juga benar. Sejalan dengan ucapannya. berbeza dengan kebanyakan pemimpin sekarang yang kebanyakan hanya kata-katanya yang manis, namun perbuatannya berbeza dengan ucapannya.
Mustahil Nabi itu bersifat pembohong/kizzib, dusta, dan sebagainya.

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ

Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya.

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌۭ يُوحَىٰ

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” [An Najm 4-5]

Amanah

Amanah ertinya benar-benar boleh dipercaya. Jika suatu urusan diserahkan kepadanya, niscaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 
Oleh karena itulah Nabi Muhammad SAW digelar oleh penduduk Mekkah dengan gelaran “Al Amin” yang ertinya terpercaya jauh sebelum beliau diangkat jadi Nabi. Apa pun yang beliau ucapkan, penduduk Mekkah mempercayainya karena beliau bukanlah orang yang pembohong.
“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasehat yang terpercaya bagimu.” [Al A’raaf 68]
Mustahil Nabi itu khianat terhadap orang yang memberinya amanah.
Ketika Nabi Muhammad SAW ditawari kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, beliau menjawab:
”Demi Allah…wahai paman, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur karena-Nya”……
Walaupun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Nabi, namun Nabi tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang  diterima.
Seorang Muslim harusnya bersikap amanah seperti Nabi.

Tabligh

Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Nabi. Tidak ada yang disembunyikan walaupun itu menyinggung Nabi.

لِّيَعْلَمَ أَن قَدْ أَبْلَغُوا۟ رِسَٰلَٰتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَىٰ كُلَّ شَىْءٍ عَدَدًۢا

“Supaya Dia mengetahui, bahwa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya) ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” [Al Jin 28]
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
karena telah datang seorang buta kepadanya” [‘Abasa 1-2]
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa firman Allah S.80:1 turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah saw. sambil berkata: “Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah.” Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap mengahadapi pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: “Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Ayat ini (S.80:1-10) turun sebagai teguran atas perbuatan Rasulullah saw.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.)
Sebetulnya apa yang dilakukan Nabi itu menurut standar umum adalah hal yang wajar. Saat sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita tidak suka diinterupsi oleh orang lain. Namun untuk standar Nabi, itu tidak cukup. Oleh karena itulah Allah menegurnya.
Sebagai seorang yang tabligh, walaupun ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi.
Tidak mungkin Nabi itu Kitman atau menyembunyikan wahyu.

Fathonah

Fathonah ertinya Bijak. Mustahil Nabi itu bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan 6.236 ayat Al Qur’an kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadits membolehkan kecerdasan yang luar biasa.
Nabi harus mampu menjelaskan firman-firman Allah kepada kaumnya sehingga mereka mau masuk ke dalam Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.
Apalagi Nabi mampu mengatur ummatnya sehingga dari bangsa Arab yang bodoh dan terpecah-belah serta saling perang antar suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan dalam 1 negara yang besar yang dalam 100 tahun melebihi luas Eropa. Negara tersebut membentang dari Spanyol dan Portugis di Barat hingga India Barat.
Itu semua membutuhkan kecerdasan yang luar biasa.
Bahkan Michael H Hart yang sebetulnya membenci Muslim pun menempatkan Nabi Muhammad sebagai tokoh nomor 1 mengungguli Yesus dan tokoh-tokoh dunia lainnya karena prestasi Nabi Muhammad yang luar biasa di bukunya yang berjudul “The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Bukan hanya dari segi agama, tapi juga dari segi dunia.