Ketidakwajaran kenaikan taraf elektrik sebanyak 20% pada 2014
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 26 Muharam 1435 / 29 Nov 2012 Sebagai sebuah kerajaan yang diwawarkan dalam mengutamakan rakyat dalam segala aspek, isu kenaikan elektrik yang bakal dinaikan sehingga 20 peratus pada awal 2014 adalah tidak wajar jika ianya dilihat dari pelbagai segi walaupun jaminan ianya tidak akan membebankan pada masyarakat yang berpendapatan rendah.Kadar yang sediaada sudahpun cukup untuk menjadi beban kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dan kita cuba bayangkan bilamana kenaikan itu dilaksanakan. Alasan kerajaan seperti memberi penekanan terhadap masalah pembaziran tenaga elektrik serta merasionalkan subsidi. Jika kita teliti alasan alasan tersebut ianya bukanlah cara yang betul dalam mendidik rakyat bagi mengelakan pembaziran dan menghadkan subsidi. Realitinya adalah keuntungan yang diutamakan oleh pihak syarikat utiliti tersebut. Saban tahun kita baca, dengar dan lihat keuntungan diperolehi oleh syarikat utiliti tersebut. Maka dengan itu, seb...