Posts

Showing posts from 2021

KERAJAAN WAJIB MENGENAKAN CUKAI KEPADA PEKERJA ASING YANG BEKERJA DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 14 JUN 2021 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) menggesa kepada pihak kerajaan Malaysia untuk mengenakan cukai khas keatas semua pekerja asing yang bekerja di dalam negara. Perkara ini perlu diperhalusi dan perlaksanaan cukai ini sepatutnya telah lama dilaksanakan. Saban tahun warga asing yang telah bekerja lama di negara akan pulang ke negara asal mereka dengan membawa jutaan ringgit wang keluar dari negara. 2. Setiap rakyat Malaysia telah menikmati subsidi dari kerajaan melalui barangan asas dan keperluan harian seperti makanan, minyak & gas. Mereka juga menikmati subsidi yang sama dari kerajaan sedangkan mereka tidak membayar apa-apa cukai selain permit & levi semasa mereka ingin masuk kedalam negara ini. Mengapa hal ini terus dibiarkan berlaku begitu saja? Rakyat Malaysia berpendapatan RM3,100 keatas perlu membayar cukai pendapatan bagi memberi keseimbang

PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN SWASTA (IPTA & IPTS) SEMASA PENULARAN KES COVID 19

 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) 08 JUN 2021 PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN SWASTA (IPTA & IPTS) SEMASA PENULARAN KES COVID 19 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia Perihatin hari ingin memohon kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibawah pimpinan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad agar mengkaji semula jumlah yuran pengajian di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta pada ketika ini. Ini berikutan penularan wabak Covid 19 masih lagi berada ditahap membimbangkan kerana negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 2. Pada ketika ini pengajian pejajar di universiti dibuat secara online dan pelajar tidak dibenarkan menghadiri kelas. Oleh yang demikian, sudah tentu banyak fasiliti seperti dewan, kelas dan sebagainya tidak dapat digunakan. Malah, perpustakaan juga digunakan secara online. Jadi penggunaan kemudahan dan semua fasiliti di un

Mencari Rezeki yang Halal

Asalamuaalaikum  Saya amat memahami kesularan mencari rezeki pada masa ini, ramai anak muda yang tidak berkerja mendapat peluang berkerja seperti rider penghantar makanan.  Akan tetapi saya menasihatkan kepada rider-rider penghantar makanan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada dijalan raya. Ada juga yang saya lihat melanggar lampu isyarat, melihat telefon, membawa laju serta bersaing (2 motor bersembang)  Benar mengejar tempahan itu penting demi rezeki tetapi biarlah dengan cara yang betul. Sama juga apabila rider memerlukan melihat HP untuk ke lokasi penghataran tetapi lebih baik berhenti apabila mahu berbuat demikian.  Sentiasa berhati-hati dijalan raya dan utamakan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain.  Wasalam  Irwan Fahmi Ideris  4 Ramadhan 1442  3:10pm

Kerajaan juga perlu memainkan peranan penting

Image
Asalamuaalaikum  Kerajaan menyarankan supaya rakyat mengikut SOP yang di sarankan oleh KKM. Selepas PKP 1.0 apakah kerajaan juga membuat sanitasi secara berterusan?  Selain rakyat memainkan peranan, kerajaan juga perlu membuat sanitasi secara berterusan, ini juga salah satu cara yang penting supaya apabila habis PKP 2.0 ini COVID-19 dapat dikawal dan juga wajibkan supaya peniaga khususnya pemilik Restoran, Stesyen Minyak, Managment Kondominium, Rumah Pangsa dan lain-lain yang melibatkan sentuhan mewajibkan mereka-mereka melantik satu badan persendirian atau syarikat yang bertauliah untuk membuat sanitasi secara harian.  Peranan kerajaan juga penting supaya “educate” rakyat berkenaan normal baru. Sanitasi ini amat penting, mengapa apabila fogging nyamuk adis boleh dilakukan dan mengapa tidak sanitasi kepada tempat-tempat awam secara berkala. Takkan kita nk tunggu bila mempunyai kes baru buat?  Rakyat rata-rata akur dengan perintah kerajaan walaupun menghadapi kesukaran kehidupan harian,

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Image
 Asalamuaalaikum  Kenyataan ahli politik berkenaan kedudukan parti mereka pada PRU yang akan datang menambahkan kekeliruan kepada rakyat. Seharusnya mereka lebih mementingkan keadaan dan  rakyat pada ketika ini, kita masih lagi melawan Covid-19 yang mana angkanya yang tinggi dan juga banjir yang melanda 6 buah Negeri.  Mereka ini masih lagi mementingkan kedudukan mereka berbanding rakyat yang semakin susah. Majoriti rakyat pada PRU yang lepas telah menolak Barisan Nasional setelah 60 tahun menjadi kerajaan. Mereka diberi peluang, bukan oleh rakyat tetapi daripada ketidak stabilan politik negara dan juga kolibrasi beberapa parti politik dan orang-orang politik.  Kebanyakan rakyat yang sebenarnya rasa diperbodohkan kerana peralihan kerajaan berlaku tetapi hanya sementara. Mereka yang mempunyai masalah-masalah rasuah kembali berkuasa dalam masa yang sama keadaan rakyat masih seperti ditakuk yang sama (tiada perubahan)  Begitu hebat mereka menghentam satu sama lain, didepan ahli-ahli parti