Posts

Showing posts from August, 2021

PEMBUKAAN SEKOLAH MENGIKUT FASA

 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 31 OGOS 2021 TERUSKAN PDPR DAN TUTUP SEKOLAH SEMENTARA WAKTU. 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) ingin mendesak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), agar meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) dan tidak membuka lagi sesi persekolahan 2021 buat sementara waktu. Hal ini berikutan peningkatan kes jangkitan Covid 19 yang semakin tinggi yang telah mencecah sebanyak 20 ribu kes sehingga hari ini. 2. Saya yakin ibu bapa pasti sangat bimbang dengan melihat angka kes baru hari ini. Walaupun anak-anak mereka sering dipantau oleh guru di sekolah, namun risiko jangkitan masih ada dan ia boleh berlaku. Kebimbangan ini dikuti dengan penyebaran varian Delta yang boleh menjangkiti manusia dalam masa yang singkat. Walaupun pihak kerajaan sedang giat menjalankan program vaksinasi sehingga mencapai imuniti kelompok, namun kita perlu peka bahawa anak-ana

JANGAN BAZIRKAN WANG RAKYAT

Image
 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 TEMPAT PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) PERLU DIKAJI SEMULA. 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) membantah penggunaan tempat yang tidak bersesuaian dalam menajalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dikelolai oleh pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV). Hal ini berikutan timbul rungutan beberapa pihak khususnya penduduk sekitar tempat pusat pemberian vaksin tersebut.  2. Terdapat beberapa tempat yang tidak disenangi penduduk dalam mejalankan PICK ini, antaranya kawasan Golf Resort yang didalamnya mempunyai kediaman dan penduduk yang ramai. Penduduk sekitar bimbang akan berlakunya penularan wabak Covid19 didalam kawasan berkenaan. Lebih lagi dengan varian delta yang boleh menjangkiti sesiapa dalam masa yang singkat. Selain itu kesan dari kehadiran orang ramai dikawasan tesebut menyebabkan kesesakan di tempat tersebut. 3. Saya ingi