Posts

Showing posts from November, 2020

Kelemahan kita

Image
Asalamuaalaikum Terima kasih kepada frontlines yang bertugas siang dan malam yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, malangnya saya melihat masih ada sekatan jalan raya yang seperti tiada sekatan, hanya papan tanda pemeriksaan pihak berkuasa tetapi tidak diperiksa khasnya di kawasan lembah kelang. Saya memahami frontline kita kepenatan dan stress dgn tugas dan tanggungjawab. Akan tetapi kes-kes #Covid19 meningkat dengan mendadak sehingga hari ini 2188 kes baru. Vaksin yang berkesan yang telah kita lakukan sebelum ini adalah dengan mengurangkan pergaulan dan mengelak daripada berkunjung ke tempat-tempat yang sesak. Saya amat berharap supaya pohak berkuasa bertindak dengan lebih tegas supaya kita dapat mengawal dan mengurangkan kes-kes Covid-19 di negara kita. Kita pula sebagai masyarakat yang bertanggungjawab seharusnya menjaga diri sendiri dan keluarga kita sendiri. Masing-masing mempunyai peranan dalam melawan Virus Covid-19 ini Irwan Fahmi Ideris 24hb Nov 2020 7:09pm

Covid-19 dan Pam minuak

Asalamuaalaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari yang lalu, ada beberapa kekeliruan yang berlaku yang mana orang yang mengisi minyak jika tidak masuk ke dalam petrol station dan hanya berurusan di pam minyak sahaja tidak perlu mendaftar My Sejehtera. Saya berpandangan keperluan mendaftar My Sejahtera adalah WAJIB. Salah satu punca jangkitan Covid-19 adalah melalui sentuhan. Sebagai contoh Jika seorang yang mempunyai Covid-19 tidak mendaftar My Sejahtera menyentuh pum minyak dan tempat pin card yang berada di pam minyak bagaimana kita mahu menjejaki orang tersebut apabila ianya merebak? Adalah lebih baik setiap urusan meWAJIBkan setiap orang mendaftar My Sejahtera bukan sajaha di station minyak. Mari kita sama-sama mempunyai sifat brtanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Bersama kita putuskan rangkain Covid-19. Kerana buat masa ini, inilah Vaksin yang ada untuk melawan Covid-19. Terima Kasih Irwan Fahmi Ideris