Posts

Showing posts from October, 2016

MAC lebih baik jaga bangsa kamu

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 30 Oktober 2016 | 29 Muharram 1438H 1. Wira Perkasa Malaysia ingin menasihati Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bimbang pihak berkuasa Islam mencampuri pihak bukan Islam agar lebih baik berdiam dari membuat kenyataan yang lebih mengelirukan orang ramai. 2. Ini berikutan isu burger tidak halal P.Ramly yang dijual dipasaraya secara terbuka di pusat membeli belah di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam hal ini beliau  digesa menasihati peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti masyarakat umum. Bukan bimbang akan peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa agama Islam. 3. Pihak berkuasa agama Islam tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka bertindak atas aduan yang dibuat. Sudah semestinya mereka menyiasat aduan tersebut. Dalam hal ini, premis tersebut disiasat oleh kerana dakwaan pengguna bahawa maklumat tentang penjualan makanan tersebut mengelirukan. Tindakan pihak berkuasa agama Islam memang w

Shiddiq, Amanah, Tabligh & Fathonah

Shiddiq Shiddiq ertinya benar. Bukan hanya perkataannya yang benar, tapi juga perbuatannya juga benar. Sejalan dengan ucapannya. berbeza dengan kebanyakan pemimpin sekarang yang kebanyakan hanya kata-katanya yang manis, namun perbuatannya berbeza dengan ucapannya. Mustahil Nabi itu bersifat pembohong/kizzib, dusta, dan sebagainya. وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌۭ يُوحَىٰ Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” [An Najm 4-5] Amanah Amanah ertinya benar-benar boleh dipercaya. Jika suatu urusan diserahkan kepadanya, niscaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.  Oleh karena itulah Nabi Muhammad SAW digelar oleh penduduk Mekkah dengan gelaran “Al Amin” yang ertinya terpercaya jauh sebelum beliau diangkat jadi Nabi. Apa pun yang beliau ucapkan, penduduk Mekkah mempercayainya karena beliau bukanlah orang yang