Posts

Showing posts from January, 2024

MEREKA MEWAH DIKALA RAKYAT MENDERITA

Image
Asalamuaalaikum. Apabila persempadanan kawasan-kawasan pilihanraya berlaku siapa yang rugi dan siapa yang untung? Sudah tentu apabila persempadanan semula ini berlaku maka bertambahlah kos-kos untuk membayar gaji-gaji Ahli Parlimen. Kini jumlah Ahli Parlimen adalah 222 Setiap tahun Ahli-ahli Parlimen diberi sejumlah gaji dan elaun untuk mereka menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Peruntukan ini termasuklah gaji sebagai Ahli Parlimen, kehadiran ke sidang Dewan Rakyat, elaun ke mesyuarat dan banyak lagi yang jika dikira boleh mencecah hampir RM40,000. Kami senaraikan gaji dan elaun Ahli Parlimen menurut infografik yang disediakan Malaysiakini, yang memetik sumber: Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 Nota: Nilai dan angka ini berdasarkan maklumat sehingga tahun 2020. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perubahan. Artikel ini hanya ingin memberi gambaran kasar tentang tangga gaji Ahli Parlimen. 1. Gaji: RM16,000 sebulan 2. Elaun kehadiran sidang Parlimen: RM400 sehari 3. Mesyuarat/bengkel ag