Posts

Showing posts from June, 2021

BANK, SYARIKAT GLC SEKTOR UTILITI DAN PERKHIDMATAN JANGAN HANYA KIRA KEUNTUNGAN, RAKYAT MAKIN TERTEKAN.

Image
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 28 JUN 2021 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) menggesa kepada semua bank, Syarikat GLC sektor utiliti dan perkhidmatan agar tidak hanya mengira keuntungan syarikat dan organisasi mereka sahaja semasa pandemik ini. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilaksanakan rakyat dilihat semakin terbeban dan tertekan akibat kesan pandemik yang melanda. 2. Seramai lebih 90 ribu orang telah kehilangan kerja sehingga hujung tahun 2020. Saya percaya angka ini telah melepasi 100 ribu orang sehingga tahun ini. Pastinya mereka akan mencari jalan keluar demi memastikan kelansungan hidup dapat diteruskan. Apa sahaja kerja ataupun cara akan dilakukan bagi memastikan keluarga mereka dapat meneruskan kehidupan. Faktor utama tekanan yang dihadapi oleh rakyat khususnya golongan B40 adalah bebanan hutang.  3. Mereka telah kehilangan kerja, ditambah dengan beban hutang. Saya ingin bertanya

KERAJAAN WAJIB MENGENAKAN CUKAI KEPADA PEKERJA ASING YANG BEKERJA DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 14 JUN 2021 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) menggesa kepada pihak kerajaan Malaysia untuk mengenakan cukai khas keatas semua pekerja asing yang bekerja di dalam negara. Perkara ini perlu diperhalusi dan perlaksanaan cukai ini sepatutnya telah lama dilaksanakan. Saban tahun warga asing yang telah bekerja lama di negara akan pulang ke negara asal mereka dengan membawa jutaan ringgit wang keluar dari negara. 2. Setiap rakyat Malaysia telah menikmati subsidi dari kerajaan melalui barangan asas dan keperluan harian seperti makanan, minyak & gas. Mereka juga menikmati subsidi yang sama dari kerajaan sedangkan mereka tidak membayar apa-apa cukai selain permit & levi semasa mereka ingin masuk kedalam negara ini. Mengapa hal ini terus dibiarkan berlaku begitu saja? Rakyat Malaysia berpendapatan RM3,100 keatas perlu membayar cukai pendapatan bagi memberi keseimbang

PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN SWASTA (IPTA & IPTS) SEMASA PENULARAN KES COVID 19

 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) 08 JUN 2021 PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN SWASTA (IPTA & IPTS) SEMASA PENULARAN KES COVID 19 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia Perihatin hari ingin memohon kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibawah pimpinan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad agar mengkaji semula jumlah yuran pengajian di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta pada ketika ini. Ini berikutan penularan wabak Covid 19 masih lagi berada ditahap membimbangkan kerana negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 2. Pada ketika ini pengajian pejajar di universiti dibuat secara online dan pelajar tidak dibenarkan menghadiri kelas. Oleh yang demikian, sudah tentu banyak fasiliti seperti dewan, kelas dan sebagainya tidak dapat digunakan. Malah, perpustakaan juga digunakan secara online. Jadi penggunaan kemudahan dan semua fasiliti di un