Sudah sudahlah.
Asalamuaalaikum. Hari ini sudah genap setahun apabila saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia pernah mendesak Dato Seri Hj Najib meletakkan jawatan kerana gagal mentakbir urus Negara. Malahan ramai yang menyatakan pelbagai pendapat membangkang dan juga menyokong. Sebelum ini ada yang menyatakan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan ada juga yang menyatakan saya dibiayai oleh Dato Seri Anwar dan sebagainya. Desakan tempoh hari adalah diatas tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan saya bersama kepimpinan saya telah membuat keputusan bahawa Dato Seri Najib gagal. Untuk makluman sebelum itu saya bersama beberapa kepimpinan Perkasa Pusat seramai 10 orang sudah pun berjumpa dengan Dato Seri Najib secara tertutup di pejabatnya dan memberi pandangan dan serta keadaan selepas PRU13 dan juga bukti bahawa segalanya gagal termasuk 1 Malaysia. Dato Seri Najib gagal menyakinkan kaum cina untuk mengundi Barisan Nasional malahan kaum ini mencatat sejarah, peratusan yang paling tinggi keluar men...