Posts

Showing posts from October, 2014

Apakah Ketua Pemuda UMNO lupa asal usul?

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia  3 Muharam 1436 / 27hb Oktober 2014 Wira Perkasa merasakan begitu aneh sekali bila Ketua Pemuda UMNO membuat kenyataan mempertikaikan penjelasan AG dalam isu yg dibangkitkan oleh Presiden Perkasa berkaitan membakar Bible bahasa Melayu yg ada perkataan Allah dan tulisan jawi. Inikah sikap seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia bertaraf Menteri? Jika beliau berkat a itu pandangan peribadi beliau, Wira Perkasa mencabar beliau buat mesyuarat tergempar Exco Pemuda UMNO Malaysia dan keluarkan satu ketetapan Pemuda UMNO Malaysia bahawa mereka mahu Presiden Perkasa perlu didakwa atas akta hasutan atas isu tersebut. Kami cabar mereka buat atas nama Pemuda UMNO Malaysia. Sebagai orang muda, kami Wira Perkasa impikan seorang tokoh pemimpin muda yang lantang pertahankan kepentingan Islam apa lagi semakin banyak kes cubaan memurtadkan anak-anak muda Islam. Tetapi apa yang kami boleh harapkan dengan pemimpin muda dari UMNO skrg? Pihak yang mengedar Bible dalam b...

Sekat daripada rakyat asing mengisi minyak subsidi

PETALING JAYA : Kerajaan seharusnya memikirkan satu kaedah agar pemberian subsidi minyak tidak diberikan kepada rakyat dan kenderaan asing. Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, kenderaan asing tidak sepatutnya mendapat subsidi minyak seperti rakyat Malaysia. “Masalah ini tetap akan datang. Apabila ditarik subsidi minyak ini, yang merananya adalah rakyat Malaysia. “Sebagai contoh boleh dikatakan setengah daripada rakyat Singapura mengisi minyak di Johor dan mereka memperoleh subsidi daripada pengisian minyak tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini berkata harga petrol RON 95 mungkin kekal pada kadar RM2.30 seliter sehingga Jun tahun depan. Rasionalisasi subsidi petrol yang baharu mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015. Irwa...

Sungguh hebat kita dihina

Asalamuaalaikum Saudara dan saudari yg dirahmat Allah.. 1. Kita sbg Khalifah yg memegang amanah Allah SWT sentiasa diuji dengan penghinaan, cacian, provokasi, leberalisasi agama (seperti program pegang/belai anjing, babi dibaling ke dalam Masjid, isu tudung/ugut, comango, gambar hina Kaabah, buka puasa sup tulang babi, ada pemimpin yang mempertikaikan isi kandungan khutbah Jumaat , guna Surau untuk Buddha, Surau dibaling cat, Azan & Tahrim dipertikai (di Pulau Pinang telah diberhenti), gambar superimpose pelbagai penghinaan dan lain² 2. Kita dituduh sbg rasis oleh pelbagai pihak termasuk orang² Melayu sendiri. 3. Kita dituduh pendatang. Yg tersirat bagi puak² 'musuh' Melayu utk 'membunuh' Melayu. Kita tak prlu terikut² dengan agenda mereka. Ya..kita perlu respon..! Tetapi...yg kritikal pada kita ialah SURVIVAL MELAYU dari segi ekonomi, termasuk pegangan ekuiti, pemilikan hartanah, perniagaan dan lain² Yang paling penting adalah Fokus kepada survival...

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. Isnin 25 Zulkhijah 1435 / 21hb Oktober 2014

Image
PETALING JAYA: Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris menyangkal keras kenyataan seorang ahli Gerakan Batu Pahat Johor, Tan Lai Soon kerana mengeluarkan kenyataan biadap dan menghasut mengatakan Melayu juga adalah pendatang di negara ini. Kenyataan ini wajar diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghasut umum dengan mengatakan orang Melayu juga pendatang. “Saya ingin beri amaran, jangan bersikap kurang ajar terhadap bangsa Melayu, kaji dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. “Cakap itu dengan akal bukan main buat kenyataan tanpa usul periksa. Ini tidak, malah sebagai seorang pemimpin mengajar bangsa lain untuk menghasut dan mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar,” katanya ketika dihubungi oleh FMT. Tambahnya, beliau menegaskan kepada ahli Gerakan supaya menghormati persetujuan ‘Social Contract’ sebelum zaman kemerdekaan lagi. “Janganlah semata-mata ingin mendapatkan sokongan undi, tetapi mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan dan menimbulkan p...

Selamat Hari Raya Aidiladha (Korban)

Sabda Nabi SAW: "إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء"، فقيل: وما هن يا رسول الله؟ قال: "إذا كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة مغنمًا، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ زوجته، وعقَّ أمه، ...