Jangan disebabkan bangsa lain kita berpecah belah
KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 24 Rabiul Akhir 1436 / 16hb Febuari 2015 Wira perkasa merasa amat tidak berpuas hati malah sangat marah apabila melihat kenyataan Suhaizan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang amat biadap dan kurang waras apabila menyatakan 'cadangan boikot peniaga cina adalah setaraf Perkasa' di dalam sebuah laman web. Siapa dia untuk memperkatakan sedemikian dan memperlekehkan Perkasa sebegini?. Adakah dia mengenali Perkasa? Tahukah dia tentang Perkasa serta halatujunya? Pernah dia duduk bersama Perkasa? Jangan hanya pandai melabelkan sahaja tanpa mengenali. Beliau sudah lupa yang Wira Perkasa pernah menghantar untuk memohon membuat kunjungan hormat bersama Pemuda PAS dengan sebab wira Perkasa ingin mencari tiik persamaan dalam perjuangan Islam serta Melayu tetapi amat mengejutkan permintaan kami itu dibatalkan atas sebab tidak munasbah. Tidak layak langsung untuk dia mengata apa-apa tentang Perkasa. Orang seperti dia lah yang merenggang kan lagi...