Posts

Showing posts from March, 2015

Alhamdullillah akhirnya Hudud dilaksanakan

Assalamualaikum WBT Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh dengan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan. Hukum hudud yang sekian lama menjadi buah mulut masyarakat kini akhirnya akan dilaksanakan di Kelantan selepas pembentangan rang undang-undang syariah awal telah pun diluluskan di sidang dewan Kelantan. Kita sebagai seorang Islam seharusnya kita harus bersedia dalam apa jua perlaksanaan dan tindakan dalam melaksanakan perintah Allah. Tidak perlu lagi kita berdolak dalih dalam perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Saya ingin mengingatkan bahawa negara ini adalah negara Islam menurut dalam Perlembagaan negara. Perlembagaan Negara ada menyatakan bahawa Agama Islam adalah Persekutuan. Justeru tidak perlu lagi menjadi pertikaian bagi mana-mana pihak tentang perlaksanaan hukum Hudud.  Mengapa perlu membuat provokasi dan kempen yang mahu mengalihkan pandangan masyarakat Islam khususnya bagi menolak hukum hudud? Kita umat Islam di Malaysia ini t...

GST: EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI, ANTARA REALITI DAN FANTASI

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 30 Jamadil Akhir 1436 / 21hb Mac 2015 Pelaksanaan GST kini memasuki Fasa Terakhir. Sesi penerangan GST sedang giat diperhebatkan di seluruh pelusuk negara. Namun begitu, berdasarkan satu kajian rambang menunjukkan kesan pelaksanaan GST ke atas pendapatan bulanan seorang rakyat adalah diantara 1.0% hingga 1.2%. Ini bermakna jika pendapatan bulanan seorang rakyat ialah RM3,000.00, maka kesan GST adalah sebanyak RM30.00 sebulan dan RM360.00 setahun setiap seorang. Oleh yang demikian, KEPIMPINAN WIRA PERKASA menggesa pihak kerajaan untuk menangguhkan sahaja pelaksanaan GST sehingga satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas impak sebenar perlaksanaan GST atas ekonomi seorang rakyat marhean. Walaupun langkah penangguhan ini akan dilihat sebagai membantutkan pertumbahan ekonomi Negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai balasan keatas hasrat kerajaan melaksanakan GST ini, KEPIMPINAN WIRA PERKASA berpendapat, antara langkah terbaik yang patut dilakuk...