Posts

Showing posts from July, 2015

Iftar Wira Perkasa bersama OKU

Image
Asalamualaikum  Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga OKU anjuran Wira Perkasa Malaysia pada : Tarikh : 8 Julai 2015 (Rabu) Masa : Jam 6.30 petang Tempat: No.G21, Jalan Bandar 4, Taman Melawati Hulu Kelang, Selangor. Turut sama hadir Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar (Timbalan Presiden Perkasa), Sdr Syed Hassan Syed Ali (Setiausaha Agung Perkasa), Ustaz Hassan Basri (Ketua Penerangan Perkasa), Sdr Abu Bakar Yahya (YDP Perkasa Selangor), Encik Zakaria Yahya (Penasihat Persatuan Cacat Penglihatan Islam Malaysia), Jawatankuasa Wira Perkasa Malaysia. Seramai lebih 170 org hadir termasuk 70 warga OKU yg hadir dan diraikan dlm majlis tersebut. Sumbangan berupa kain pelikat dan duit saguhati hari raya disampaikan kepada warga OKU oleh Sdr Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira Perkasa.

Semua seperti dijangka.

Image
Negara kita sudah tercalar di mata dunia akibat daripada sikap ambil mudah dan budaya mengampu pemimpin-pemimpin. Inilah yang dahulu tahun 2013 saya perkatakan dan cuba sampaikan demi kebaikan semua, akan tetapi ia dipandang mudah akhirnya?, semua telahan menjadi nyata. Meraka sudah tiada rasa takut kepada pencipta.  Mungkin mereka lupa Menzalimi itu adalah menzalimi diri sendiri. Kuasa yang ada pada manusia adalah bersifat sementara.  "Berkata benar walaupun ianya pahit"  Ya ALLAH, selamatkanlah Agama Mu, bangsa ini dan bumi bertuah ini Allahuakhbar!!! Irwan Fahmi Ideris

DBKL PERLU AWASI PAPAN TANDA ELETRONIK

Image
KENYATAAN WIRA PERKASA MALAYSIA 6 JULAI 2015 | 19 RAMADHAN 1436/1437 Pada 1.15 jam petang, 6 Julai 2015, Wira Perkasa Malaysia telah berkumpul dan menyerahkan Memo Bantahan terhadap paparan iklan oleh syarikat Servcorp di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Memo bantahan tersebut diserahkan oleh Ketua Wira Perkasa Malaysia Sdr. Irwan Fahmi Ideris dan diterima oleh Pembantu Peribadi kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, En.Shukri. Kedatangan Wira Perkasa  disambut baik oleh pihak DBKL. Wira Perkasa Mendesak supaya DBKL lebih bertanggungjawab bagi menentukan kelulusan apa jua iklan papan tanda supaya menepati segala perundangan dan ciri2 budaya identiti negara(termasuk mendaulat Bahasa Kebangsaan) selaras dgn prinsip2 rukun negara serta Islam Agama Persekutuan dan memainkan peranan yg penting supaya perkara seperti syarikat Servcorp  menggunakan gambar binatang untuk pakaikan pakaian rasmi orang Melayu Islam tidak berulang dan juga membuat ucapan Selamat Hari ...

Dihimpit dan terus dihimpit.

Kepimpinan Wira Perkasa merasa kesal akibat penambahan kadar toll. Ini bukalah masa untuk menaikkan kadar toll. Ini kerana rakyat sekarang ini dibebani dengan masalah kos kehidupan yang tinggi. Sepatutnya kerajaan harus memikirkan suatu cara untuk mengatasi masalah dengan tidak membebankan rakyat. Kita lihat rakyat dihari ini yang mana rata-rata terhimpit akibat kenaikan barang- barang asas.  Ketidak cekap kerajaan yang menguruskan kewangan Negara dan akibatnya yang ditanggung oleh rakyat. Sedangkan memanda-memanda menteri yang menggunakan kenderaan kerajaan, tidak perlu membayar toll dan tidak perlu membayar petrol yang mungkin tidak dapat memahami keadaan kesusahan rakyat.  Kita juga perlu melihat keamanan hari ini adalah daripada kepimpinan pemimpin dahulu yang begitu cekap mengtakbir negara sehingga krisis kewangan dunia kita dapat mengatasi dan menyelamatkan negara kita daripada hutang dengan IMF. Inilah sepatutnya menjadi contoh kepada kepimpinan kerajaan hari ini supaya...