Posts

Showing posts from August, 2015

Rakyat Malaysia tidak lagi Merdeka

Assalamuaalaikum WBT Isnin  16 Zulkaedah 1436 /  31 Ogos 2015    Negara kita mengalami keadaan ekonomi yang amat sukar. Dengan kedudukan mata wang menjadi rendah ada juga yang menyatakan beberapa buah Negara sudah mula tidak menerima mata wang kita. Mengapa ini berlaku? Ini semua kerana pelabur asing telah tidk percaya (Lost confident) kepada Negara kita, juga keadaan pemimpin kerajaan gagal mentadbir urus Negara dengan baik. Ini juga cukup untuk menurunkan mata wang Negara kita. Saya difahamkan bahawasanya perlaksanaan GST tidak mencapai matlamat kerajaan. Mengapakah tindakan kerajaan mengenakan cukai GST terhadap seluruh rakyat Malaysia? Adakah disebabkan kerajaan ingin membayar segala hutang-hutang negara dan membuat keputusan mengenakan GST? Rakyat semakin hari semakin membenci kerajaan kerana himpitan kehidupan seharian dan dalam pada masa yang sama Rakyat perlu bersusahan dan pemimpin pada hari ini bermewahan. Isu 1MDB juga adalah suatu perkara yang ama...

Kene betindak lebih bukan sekadar becakap

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 24 Syawal 1436 / 9hb Ogos 2015 Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini amat melucukan. Tidak takut kehilangan jawatan atas mempertahankan SPRM berikutan isu 1MDB. Setakat bersuara lantang dan beri kenyataan sesiapa pun boleh buat. Bercakap soal perjuangan, kita harus ikhlas dalam mengambil tindakan. Jangan asyik bercakap walhal tidak nampak apa pun hasilnya. Pemimpin muda seperti dia harus jadikan dirinya contoh kepada masyarakat. Jika dia benar berani, lakukanlah apa sahaja demi menegakkan kebenaran seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Mayhuddin Yassin. Menyuarakan kebenaran hingga dipecat.  Itu barulah seorang pemimpin yang berani dan tegas. Tidak berpura-pura seperti ini dalam menyatakan kebenaran. Lakukan dan buktikan sesuatu dari kenyataan tersebut. Jika tidak sokong, nyatakan saja. Apa yang nak dikhuatir kan? Nyatakan dengan jelas. Jika kenyataan seperti ini lebih baik dia berdiam diri saja. Kenyataan ini seperti sekad...