Posts

Showing posts from 2016

MAC lebih baik jaga bangsa kamu

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 30 Oktober 2016 | 29 Muharram 1438H 1. Wira Perkasa Malaysia ingin menasihati Ketua Biro Keharmonian Kaum dan Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang bimbang pihak berkuasa Islam mencampuri pihak bukan Islam agar lebih baik berdiam dari membuat kenyataan yang lebih mengelirukan orang ramai. 2. Ini berikutan isu burger tidak halal P.Ramly yang dijual dipasaraya secara terbuka di pusat membeli belah di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam hal ini beliau  digesa menasihati peniaga supaya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti masyarakat umum. Bukan bimbang akan peranan dan tanggungjawab pihak berkuasa agama Islam. 3. Pihak berkuasa agama Islam tahu akan peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka bertindak atas aduan yang dibuat. Sudah semestinya mereka menyiasat aduan tersebut. Dalam hal ini, premis tersebut disiasat oleh kerana dakwaan pengguna bahawa maklumat tentang penjualan makanan tersebut mengelirukan. Tindakan pihak berkuasa agama Islam mema...

Shiddiq, Amanah, Tabligh & Fathonah

Shiddiq Shiddiq ertinya benar. Bukan hanya perkataannya yang benar, tapi juga perbuatannya juga benar. Sejalan dengan ucapannya. berbeza dengan kebanyakan pemimpin sekarang yang kebanyakan hanya kata-katanya yang manis, namun perbuatannya berbeza dengan ucapannya. Mustahil Nabi itu bersifat pembohong/kizzib, dusta, dan sebagainya. ÙˆَÙ…َا ÙŠَنطِÙ‚ُ عَÙ†ِ ٱلْÙ‡َÙˆَÙ‰ٰٓ Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ø¥ِÙ†ْ Ù‡ُÙˆَ Ø¥ِÙ„َّا ÙˆَØ­ْÙ‰ٌۭ ÙŠُوحَÙ‰ٰ Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” [An Najm 4-5] Amanah Amanah ertinya benar-benar boleh dipercaya. Jika suatu urusan diserahkan kepadanya, niscaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.  Oleh karena itulah Nabi Muhammad SAW digelar oleh penduduk Mekkah dengan gelaran “Al Amin” yang ertinya terpercaya jauh sebelum beliau diangkat jadi Nabi. Apa pun yang beliau ucapkan, penduduk Mekkah mempercayainya karena beliau bukanlah orang y...

PDRM Harus bertindak

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 02 OGOS 2016 | 28 SYAWAL 1437H 1. Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini yang bertarikh 02 Ogos 2016, berkenaan penutupan kes iaitu laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun pada minggu lepas. Wira Perkasa Malaysia ingin mempertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia. Menurut dakwaan dalam kenyataan tersebut, penutupan kes ini berdasarkan ia hanya andaian yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun. 2. Saya amat terkejut dengan ulasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Mengapa begitu mudah kes ini ditutup? Menurut dakwaan Khairul Azwan pada kenyataan lepas dia mendakwa terdapat satu penyaluran maklumat ke agensi luar termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Tambahan lagi ada beberapa dokumen dipalsukan demi kepentingan individu yang terlibat. Setiap laporan polis dibuat perlu disertakan dengan alasan yang kukuh serta bukti. 3. Tindakan Khairul Azwan Harun ini telah mengaibkan ...

Sokong buat rebah

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 27 Julai 2016 | 22 Syawal 1437H 1. Wira Perkasa Malaysia ingin mempersoalkan tindakan Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia) yang telah membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Abdul Ghani Patail bekas peguam negara, Tan Sri Zetty Akhtar Aziz bekas gabenor bank negara dan Tan Sri Abu Kasim Mohamed bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mereka ini terlibat dalam konspirasi ingin menjatuhkan Perdana Menteri semalam. 2. Bagaimana Khairul Azwan yang lebih mengetahui hal ini?  Di manakah dia mendapat bukti? Dia mendakwa bahawa dia mengesyaki yang ketiga-tiga bekas kakitangan kerajaan ini mempunyai niat yang jahat terhadap Perdana Menteri. Kalau tiada bukti pihak polis pasti polis tidak melayan tindakan dia untuk membuat laporan polis. Jadi persoalan yang perlu dijawab disini adalah mana dia dapat bukti itu dan apakah ia telah diserahkan kepada pihak polis?  3. Saya merasakan dia tidak la...

Kepimpinan Melalui Teladan

Agama adalah landasan dan juga batas-batas kehidupan, ada yang boleh dan ada yang tidak. Saya yakin semua Agama mengajar kebaikan dan menghindarkan keburukan.  Akan tetapi kebanyakan pemimpin-peminpin pada hari ini tidak lagi takut kepada dosa, mungkin mereka ini tidak yakin dengan kehidupan selepas kematian. Mereka juga lupa bahawasanya apabila kita berbohong sebenarnya kita membohongi diri sendiri dan sama juga dengan zalim, ianya sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mungkin akan mendapat pembalasan di dunia ini juga.  Sepatutnya pemimpin menjadi contoh "Kepimpinan Melalui Teladan" hari ini ramai yang bertuhankan wang ringgit. Demi wang ringgit sanggup berbuat apa sahaja. Sehingga sanggup menipu, khianat dan pelbagai lagi. Benar wang juga perlu tetapi perolihi lah dengan cara yang halal dan berkat. Janganlah sehingga kita mengambil kesenarang orang lain dan berikan kesusahan kita pada orang lain. Apakah dengan adanya beberapa insiden yang tidak pernah kita jangka dan terli...

"Kes Sivil bukan kes jenayah" Kata Perdana Menteri

Beberapa hari ini negara dikejutkan dengan kenyataan daripada kerajaan Amerika yang menyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia ditipu yang berkaitan dengan 1MDB. Kata Perdana Menteri ianya "Civil case" bukan "Crime case" dan apa pun panggilan ianya tetap bermasalah yang sebelum ini Perdana Menteri sendiri menyatakan ianya tidak bermasalah.  Kebanyakan Rakyat Malaysia dihimpit daripada kos-kos kehidupan seharian yang makin meningkat. Secara jelas himpitan kehidupan Rakyat tidak diendahkan, tetapi mereka hidup bermewahan. Ini jelas kerajaan yang ada sudah tidak boleh dipercayai dan tidak memegang amanah yg diberikan oleh rakyat pada PRU yang lepas.  Para memanda-memanda menteri janganlah kamu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh atau pun sengaja menyakiti hati rakyat. Apakah kamu-kamu semua bodoh atau pun sengaja memperbodohkan rakyat? Isu syarikat 1MDB amat memalukan Negara sehingga negara kita terkenal dengan persepsi rasuah di seluruh dunia dan kita selaku ra...

Masuk Islam jika mahu mengenal Islam

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 02 Julai 2016 | 27 Ramadhan 1437H 1. Merujuk kenyataan dari potal berita Malaysiakini pada 01 Julai 2016, Wira Perkasa Malaysia hari ini ingin mempersoalkan tentang tindakan yang dilakukan oleh Syed Azmi Alhabshi tentang isu berbuka puasa di sebuah gereja. 2. Persoalannya, apakah motif utama yang mereka mahu tunjukkan?  Adakah sekadar mahu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang penyayang masih wujud? Tujuan penganjuran majlis mereka pun tidak ada asas yang kukuh. Apakah rakyat Malaysia yang ada pada pada hari ini sudah tidak mempunyai sifat penyayang? Ini semua perkara yang tidak masuk akal. 3. Saya ingin bertanya kepada dia, apakah dia sedar di Malaysia ini kita mempunyai undang2 dan perlembagaan yang perlu kita patuhi? Adakah dia sedar atau tidak tentang sensitiviti agama dalam masyarakat yang berbilang kaum? Jangan hanya buat perkara semata-mata menurut akal. Ini bukan melibatkan adab dan budaya sahaja tapi melibatkan akidah umat islam. Ada...

Jangan biadap Ketua Pemuda MIC

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 11 April 2016 | 03 Rejab 1437H Wira Perkasa Malaysia mahu pemuda MIC agar berhenti daripada terus bercakap dan masuk campur dalam isu yang melibatkan hal ehwal Agama Islam. Ini adalah berikutan tentang mereka mahu menghalang Dr. Zakir Naik yang akan mengadakan syarahan di Melaka. Umum mengetahui bahawa Dr. Zakir Naik merupakan seorang tokoh agama yang amat disenangi. Cara penyampaian ceramah dan menjawab soalan sangat dikagumi ramai. Saya nak tanya mereka mengapa perlu menghalang Dr. Zakir dari memberi ceramah? Apakah disebabkan tajuknya iaitu persamaan agama Hindu dan Islam? Saya menyeru agar mereka duduk dan fikir seketika. Kebanyakan penyampaian ceramah oleh Dr. Zakir Naik disampaikan dengan penuh ilmiah. Beliau mengupas sesuatu isu dengan cukup teliti dan penuh yakin. Beliau juga mengupas jawapan kepada setiap persoalan dengan lebih jelas dan terpeinci. Saya ingatkan mereka sekali lagi, jangan cuba mencurah minyak didalam api. Datanglah ceramah...

Rasuah....Rasuah.... Rasuah

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 21 Mac 2016 | 12 Jamadilakhir 1437H Wira Perkasa amat kecewa berhubung isu rasuah yang bernilai RM100juta yang melibatkan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Isu ini amat besar kerana ia melibatkan dana kerajaan. Apakah YB Menteri Khairy tidak sedar dalam hal ini? RM100juta bukan sikit. Kejadian ini telah lama berlaku. YB Khairy mesti mesnjelaskan hal ini. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Alasan YB Khairy hari ini adalah kerana kelemahan teknikal dalam hal ini. Sepatutnya kelulusan setiap aliran wang yang keluar dan masuk harus diperincikan. Inilah yang terjadi akibat mengambil mudah. YB Khairy juga harus perjelaskan hal ini dengan lebih terpeinci. Apakah status penyasiatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia? Selepas laporan dan sisatan siap ia harus dimaklumkan kepada semua. Saya melihat sepanjang Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan ini merupakan isu rasuah paling besar melanda dalam Ke...

Apakah Kemerdekaan kita sudah diragut?

BERIKUT, SENARAI AHLI-AHLI PARLIMEN BN & BEBAS YANG UNDI SOKONG USUL MALAYSIA MERATIFIKASI TPPA PERLIS (3) 1) P001 Zahidi Bin Zainul Abidin, Y.B. Datuk BN - UMNO Padang Besar 2) P002 Shaharuddin Bin Ismail, Y.B. Ir. BN - UMNO Kangar 3) P003 Shahidan Bin Kassim, Y.B. Dato' Seri Dr. BN - UMNO Arau KEDAH (10) 4) P004 Nawawi Bin Ahmad, Y.B. Dato' Ir. BN - UMNO Langkawi 5) P005 Othman Bin Aziz, Y.B. Dato' BN - UMNO Jerlun 6) P006 Mohd Johari Bin Baharum, Y.B. Dato' Wira BN - UMNO Kubang Pasu 7) P007 Mahdzir Bin Khalid, Y.B. Dato' Seri BN - UMNO Padang Terap 8) P011 Othman Bin Abdul, Y.B. Dato' Wira BN - UMNO Pendang 9) P012 Jamil Khir bin Baharom (B), Y.B. Mejar Jeneral Dato' Seri BN - UMNO Jerai 10) P013 Mansor Bin Abdul Rahman, Y.B. Dr. BN - UMNO Sik 11) P014 Ismail Bin Daut, Y.B. Prof. Dr. BN - UMNO Merbok 12) P016 Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Y.B. Dato' Sri BN - UMNO Baling 13) P018 Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir, Y.B. Dato' BN - UMNO Kulim Bandar Bar...

AG lebih berkuasa daripada Mahkamah

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA  17 Rabiulakhir 1437 H / 27hb Januari 2016 Wira Perkasa Malaysia berasa amat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Apandi Ali Peguam Negara yang menyatakan bahawa tiada berlakunya kesalahan berkaitan pemindahan wang RM2.6 bilion semalam dan Kata beliau lagi wang tersebut telah dipulangkan kepada penderma dari Arab Saudi. Berdasarkan apa yang dapat dilihat, Tan Sri Apandi melihat laporan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan akhirnya menyatakan bahawa pemindahan wang RM 2.6 bilion ini tidak mempunyai apa-apa kesalahan.  Wira Perkasa lebih hairan kenapa tidak perkara ini dibawa ke mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Kami juga melihat seperti ada kecurigaan di dalam perkara ini. Adakah perkara ini tidak serius dan bukan dispesifikasikan sebagai satu kes yang besar? Dimana ketelusan dan keadilan para pihak Pendakwa Raya?  Seksyen 3 Akta SPRM menetapkan bahawa jawat...

Hak-Hak Melayu seperti dalam Perlembagaan Negara

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia 11 Rabulakhir 1437 / 21 Januari 2016 Wira Perkasa Malaysia baru-baru ini telah mendapat khabar berita yang mengejutkan dari sebuah akhbar iaitu dari Datuk Dr. Wee Ka Siong mengatakan bahawa kerajaan menggantungkan sementara biasiswa Kementerian Pendidikan untuk program  prauniversiti dengan alasan ketidak tentuan ekonomi global skarang ini. Alasan yang tidak berhati perut malah tidak munasabah langsung untuk diterima. Mudah betul Datuk Dr. Wee Ka Siong membuat kenyataan sedemikian munkin terasa dengan tindakan kerajaan ini adalah Melayu dan bumiputra. Sedangkan ini termaktup dalam perlembagaan Negara yang mana biasiswa adalah hak mutlak Melayu Bumiputra. Wira Perkasa Malaysia terasa terpanggil untuk membela nasib- nasib pelajar ini setelah apa yang kami lihat sendiri apa yang telah terjadi pada pelajar Mesir baru-baru ini. Mereka terpaksa bersusah payah mengikat perut dan berjimat cermat agar dapat terus melanjutkan pelajaran mereka. Wira Perka...

Kenyataan Sdr Ibrahim Ali

KENYATAAN MEDIA TOK HIM  Presiden Perkasa:             Saya terpanggil utk memberi reaksi dan komen mengenai isu UMNO DAN WAKIL RAKYAT BN mahu Dato Mukriz Mahathir di tukar segera sebagai MB  dan Pengurusi UMNO Kedah. Ulasan saya atas kapisiti peribadi dan sebagai seorang ahli politik yg bebas tanpa ada ikatan dgn mana2 pihak.Isu Mukriz di lucut jawatan telah menjadi isu nasional dan tidak setakat rakyat negeri kedah.Secara logik tindakan umno kedah dan wakil rakyat berani bertindak demikian kerana sudah pasti ada restu dari pihak tertentu. Bila masa dlm sejarah pimpinan umno peringkat negeri berani bertindak mendahului Presiden & PM. Apakah mereka tidak percaya keatas perlantikan yg di buat oleh PM dan mereka akan di rujuk kpd JK Disiplin. Rakyat terus di heret ke satu isu , ke satu isu berhahas dan menguntuk antara satu sama lain tanpa henti.Suasana iklim politik dan kehidupan rakyat sejak pru 13 terus bergelora dgn berbagai isu yg belum sel...