Negara sedang di Gadai Satu persatu
Kebanyakan pekerja dan pemilik syarikat swasta tidak mempunyai pilihan. Mereka dipaksa untuk mencarum kedalam KWSP. Dalam masa yang sama pencarum KWSP tidak mempunyai hak untuk menggunakan wang tersebut kecuali dengan beberapa sebab contoh membeli atau mengurangkan pembelian rumah, pengeluaran hilang upaya, meninggalkan negara, pengeluaran pendidikan dan sebagainya. Hanya ada beberapa sebab ianya boleh dikeluarkan. Kerajaan harus ingat bahawasanya pencarum dan syarikat-syarikat tiada pilihan untuk tidak mencarum. Dengan mudah kerajaan memaklumkan akan membantu pembagunan infrastruktur Negara Amerika Syarikat dengan menggunakan wang simpanan pencen rakyat. Dengan mudah kerajaan berbelanja wang rakyat. Inilah sikap pemimpin yang tidak ada amanah membuat keputusan sendiri. Sedangkan ini secara terang simpanan wang rakyat dan kerajaan hanya menguruskan sahaja. Mungkin juga mak bapak pemimpin kita ada menyimpan didalam KWSP tetapi keseluruhan KWSP wang ters...