Apakah Perdana Menteri mengkhianati umat Islam di Malaysia???
Kenyataan Media oleh Irwan Fahmi Ideris 14 Febuari 2018 | 07.00 petang 1. Negara Malaysia dikejutkan dengan kehadiran diplomat Israel secara rasmi menurut portal berita Malaysiakini pada 13 Febuari 2018. Ini merupakan satu perkhabaran yang mengejutkan buat semua. 2. Pertamanya sebagai seorang rakyat Malaysia yang umumnya kita tahu bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, saya ingin bertanya apakah motif utama kedatangan diplomat ini? Jika dia hadir ke persidangan yang diadakan, siapa yang jemput mereka? Siapa juga membenarkan kemasukan diplomat ini dan delegasi yang lain ke dalam negara ini? Sememangnya jelas ia menunjukkan tindakan ini telah mencabar kewibawaan dan maruah negara. 3. Bebrapa bulan yang lepas rakyat Malaysia jelas telah menyampaikan mesej menolak dari mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara selepas pengumuman pengiktirafan itu telah dibuat oleh sekutu kuatnya Amerika Syarikat. Saya lihat juga pimpinan kerajaan juga turut buat perkara yang ...