KRONOLOGI KONFRONTASI 1963-1965 INDONESIA TERHADAP MALAYSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI.
1. Konfrontasi ini disebabkan oleh pembangkang politik dan tentera Indonesia yang tidak menyetujui penyatuan Tanah Melayu dengan tanah jajahan Mahkota British iaitu, Sabah dan Sarawak. 2. Penentangan ini dilakukan oleh Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang masa depan. 3. Di Brunei, pemberontak Kalimantan melakukan cubaan menculik Sultan Brunei dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Tetapi, berjaya dipatahkan oleh Angkatan tentera Malaysia dan Gurkha dari Singapura. 4. Pada awalnya, Filipina & Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia selepas mendapat pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. 5. Namun, dengan sikap Indonesia yang lalang bertukar menjadi penentangan keras penubuhan Malaysia daripada sebuah negara bebas. Soekarno mengutuk Malaysia secara terus-menerus dalam sidang kemuncak yang diadakan di Manila. 6. Selain mengutuk, Soekarno juga memutuskan hubungan diplomatik...