Kerajaan juga perlu memainkan peranan penting
Asalamuaalaikum Kerajaan menyarankan supaya rakyat mengikut SOP yang di sarankan oleh KKM. Selepas PKP 1.0 apakah kerajaan juga membuat sanitasi secara berterusan? Selain rakyat memainkan peranan, kerajaan juga perlu membuat sanitasi secara berterusan, ini juga salah satu cara yang penting supaya apabila habis PKP 2.0 ini COVID-19 dapat dikawal dan juga wajibkan supaya peniaga khususnya pemilik Restoran, Stesyen Minyak, Managment Kondominium, Rumah Pangsa dan lain-lain yang melibatkan sentuhan mewajibkan mereka-mereka melantik satu badan persendirian atau syarikat yang bertauliah untuk membuat sanitasi secara harian. Peranan kerajaan juga penting supaya “educate” rakyat berkenaan normal baru. Sanitasi ini amat penting, mengapa apabila fogging nyamuk adis boleh dilakukan dan mengapa tidak sanitasi kepada tempat-tempat awam secara berkala. Takkan kita nk tunggu bila mempunyai kes baru buat? Rakyat rata-rata akur dengan perintah kerajaan walaupun menghadapi kesukara...