Posts

TPPA??? APAKAH AKAN TERGADAI NEGARA KITA???

Khabarnya Kerajaan akan menandatangani perjanjian TPPA. Saya difahamkan ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada Negara, jika ianya baik sekali pun mengapa ianya tidak diterangkan kepada rakyat? dan ianya seperti menyembunyikan sesuatu. Adakah disebabkan agenda TPPA ini sehingga Barak Obama datang ke Malaysia dan boleh meluangkan masa bermain golf pada waktu krismas tempoh hari?  Jika ianya memudaratkan negara saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia membantah Kerajaan menandatangani TPPA. Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

Sudah Cukup segalanya digadai 2

Kenyataan Wira PERKASA Malaysia 17 Jamadilakhir 1436 / 7hb April 2015 Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Umum mengetahui kritikan Tun Mahathir kepada Dato Seri Najib baru baru ini telah memberi kesan yang sangat hebat. Saya merasakan bahawa kritikan Tun Mahathir adalah jelas kerana apa yang kita lihat hari ini bahawa Dato Sri Najib telah gagal dalam pentadbiran beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Kritikan Tun Mahathir adalah relevan. Pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai pemerintah negara telah membuktikan bahawa Malaysia telah diangkat dimata dunia. Jasa Tun Mahathir kepada negara amat besar dan tidak ternilai. Sumbangan beliau terhadap Agama, Bangsa dan Negara sangat beharga. Pembangunan pesat, penstrukturan ekonomi yang kukuh dan kehadiran Tun di Majlis-majlis rasmi serta Kongres dunia telah membuktikan bahawa Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang berkaliber.  Kami akan bersama dgn Tun M...

Alhamdullillah akhirnya Hudud dilaksanakan

Assalamualaikum WBT Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh dengan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan. Hukum hudud yang sekian lama menjadi buah mulut masyarakat kini akhirnya akan dilaksanakan di Kelantan selepas pembentangan rang undang-undang syariah awal telah pun diluluskan di sidang dewan Kelantan. Kita sebagai seorang Islam seharusnya kita harus bersedia dalam apa jua perlaksanaan dan tindakan dalam melaksanakan perintah Allah. Tidak perlu lagi kita berdolak dalih dalam perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Saya ingin mengingatkan bahawa negara ini adalah negara Islam menurut dalam Perlembagaan negara. Perlembagaan Negara ada menyatakan bahawa Agama Islam adalah Persekutuan. Justeru tidak perlu lagi menjadi pertikaian bagi mana-mana pihak tentang perlaksanaan hukum Hudud.  Mengapa perlu membuat provokasi dan kempen yang mahu mengalihkan pandangan masyarakat Islam khususnya bagi menolak hukum hudud? Kita umat Islam di Malaysia ini t...

GST: EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI, ANTARA REALITI DAN FANTASI

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 30 Jamadil Akhir 1436 / 21hb Mac 2015 Pelaksanaan GST kini memasuki Fasa Terakhir. Sesi penerangan GST sedang giat diperhebatkan di seluruh pelusuk negara. Namun begitu, berdasarkan satu kajian rambang menunjukkan kesan pelaksanaan GST ke atas pendapatan bulanan seorang rakyat adalah diantara 1.0% hingga 1.2%. Ini bermakna jika pendapatan bulanan seorang rakyat ialah RM3,000.00, maka kesan GST adalah sebanyak RM30.00 sebulan dan RM360.00 setahun setiap seorang. Oleh yang demikian, KEPIMPINAN WIRA PERKASA menggesa pihak kerajaan untuk menangguhkan sahaja pelaksanaan GST sehingga satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas impak sebenar perlaksanaan GST atas ekonomi seorang rakyat marhean. Walaupun langkah penangguhan ini akan dilihat sebagai membantutkan pertumbahan ekonomi Negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai balasan keatas hasrat kerajaan melaksanakan GST ini, KEPIMPINAN WIRA PERKASA berpendapat, antara langkah terbaik yang patut dilakuk...

Jangan disebabkan bangsa lain kita berpecah belah

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 24 Rabiul Akhir 1436 / 16hb Febuari 2015  Wira perkasa merasa amat tidak berpuas hati malah sangat marah apabila melihat  kenyataan Suhaizan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang amat biadap dan kurang waras apabila menyatakan 'cadangan boikot peniaga cina adalah setaraf Perkasa' di dalam sebuah laman web. Siapa dia untuk memperkatakan sedemikian dan memperlekehkan Perkasa sebegini?. Adakah dia mengenali Perkasa? Tahukah dia tentang Perkasa serta halatujunya? Pernah dia duduk bersama Perkasa? Jangan hanya pandai melabelkan sahaja tanpa mengenali. Beliau sudah lupa yang Wira Perkasa pernah menghantar untuk memohon membuat kunjungan hormat bersama Pemuda PAS dengan sebab wira Perkasa  ingin mencari tiik persamaan dalam perjuangan Islam serta Melayu tetapi amat mengejutkan permintaan kami itu dibatalkan atas sebab tidak munasbah.  Tidak layak langsung untuk dia mengata apa-apa tentang Perkasa. Orang seperti dia lah yang merenggang kan lagi...

Syabas.....

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 11 RabiulAkhir 1436 / 3hb Febuari 2015 Kenyataan Ketua Wira Perkasa Malaysia Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Dato' Seri Ismail Sabri atas keberanian beliau dlm mengeluarkan kenyataan baru baru ini. Beliau meminta kepada peniaga kaum cina agar menurunkan harga barang disebabkan pihak kerajaan telah menurunkan harga minyak sejak Disember lalu. Namun kenyataan ini telah diputar belitkan beberapa pihak hingga mengakibatkan timbul salah faham dan menyebabkan Dato Seri Ismail Sabri dikatakan menegeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Mengapa perlu diperlakukan sedemikian? Apa lagi yang mereka mahu? Jangan cuba menyimbah minyak kedalam api. Kita sedia maklum bahawa peniaga berbangsa cina boleh mempengaruhi harga barangan kerana mereka sememangnya menguasai perniagaan barangan asas di Malaysia. Jangan hanya kerana permintaan dibuat oleh seorang menteri berbangsa Melayu maka kenyataan ini mudah dipusing dan di...

Tidak menggangu gugat agama bangsa lain.

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 10 RabiulAkhir 1436 / 2hb Febuari 2015 Setinggi tahniah dan terima kasih diucapkan pada Datuk Ustaz Kazim Elias atas perkara yang dinyatakan dalam ceramah beliau yang saya tonton melalui applikasi whatsapp baru baru ini. Beliau telah menyedarkan segelintir orang orang melayu yang kini ramai yang telah berpaling arah untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa Melayu. Saya rasa sesiapa saja yang menonton pasti akan terkesan kerana kini sudah ramai yang tidak mahu ambil kisah tentang pejuang negara yang majoriti berbangsa Melayu yang mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air. Persetankan kepada mereka yang hanya tahu mengeji mencaci memaki usaha kita dalam mempertahankan maruah agama bangsa dan negara ini. Tidak ada manfaat yang kita peroleh dari mereka pun. Apa salah Datuk Ustaz Kazim Elias hingga ada antara mereka sanggup membuat laporan polis dengan menyatakan bahawa Datuk Ustaz Kazim Elias membuat kenyataan yang berbaur perkauman..?? Apa y...