Posts

Ini anatara pemimpin paling bodoh abad ini

Kenyataan bodoh oleh Bekas Timbalan Menteri Melayu. Semalam keluar satu kenyataan media yang sangat bodoh dilakukan oleh seorang Bekas Timbalan Menteri Melayu. Menidakkan hak Melayu dan Bumiputera dalam RMK 11 adalah satu perkara yang tidak rasional bagi kami WIRA PERKASA MALYSIA.  Siapa dia yang mahu bersuara untuk menidakkan hak Melayu dan Bumiputra? Selepas menjadi timbalan menteri kini dia berani bersuara untuk memangkah orang-orang Melayu yang dulu mengangkat sehingga menjadi Timbalan Menteri. Dasar kacang lupakan kulit, mudah benar lupa diri. Kalau bukan orang Melayu yang angkat dia dulu siapa dia sekarang? Cuba menjadi pembela bangsa asing dan sebenarnya dia membangsatkan diri dihadapan orang Melayu! Contoh orang Melayu yang lupa dri dan bodoh amat teserlah.  Apa agenda dia dalam manjadi pejuang bangsa asing? Benar kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa. Inilah buktinya! Jika kita nak jadi pemimpin tak pelu mempopularkan diri dengan mengeluarkan kenyataan bodoh seperti in...

Ditipu Hanya Sekali

Keputusan PRU 13 yang lepas membuktikan hasil kerja buat kerajaan yang tidak dapat menarik undi kaum Cina setelah semuanya digadai. antaranya adalah:- 1. Membenarkan pencetakan dalan Negara dan mengimpot bible daripada Indonesia (Dalamnya mempunyai Kalimah Allah) dan mengedarkan di Seluruh Malaysia. Yang mana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal 11(4) 2) BR1M 3) Memberi jutaan ringgit kepada sekolah cina sedangkan banyak sekolah Tahfiz yang tidak dibantu. Sebanyak 87% kaum ini keluar mengundi dan ianya sejarah yang terbanyak keluar mengundi tetapi kerajaan hanya mendapat 3% ke 5% undi sahaja dan sehingga kini Hj Najib masih lagi membuat perkara yang sama sedangkan segala kerja buat nya tidak membuahkan hasil. PRU13 yang lepas orang-orang melayu tiada pilihan terpaksa memilih Barisan Nasional. Kerajaan harus ingat kerana UNDI MELAYU mereka berkuasa. Kita lihat Hj Najib masih lagi sombong dan angkuh menjawab persoalan rakyat dengan sindiran. Harus diingat de...

Tabung Haji atau pun Tabung 1MDB ???

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 19 Rejab 1436/1437 Saya amat merasa dukacita dan kesal dengan tindakan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez yang membenarkan Tabung Haji terlibat dalam urusan pembelian tanah 1MDB. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? Dimana letak keperihatinan dan tanggungjawab Pengerusi dan Pegawai Eksekutif Operasi Tabung Haji? Apa kepentingan Tabung Haji membeli tanah tersebut? Tabung haji adalah badan kewangan yang memegang amanah rakyat yang menyimpan wang bagi urusan mengerjakan Haji di Mekah. Jadi apa kaitan tanah 1MDB dengan Tabung Haji?  Perkara ini telah mengundang kritikan dan kemarahan rakyat kepada Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez apabila beliau menafikan dakwaan bloger didalam laman sosial beliau. Setelah isu ini semakin hangat diperkatakan akhirnya beliau menjelaskan bahawa Tabung Haji telah membeli satu lot tanah 1MDB. Tindakan seperti ini tidak harus berlaku. Seperti yang dijangka semasa perlantikan beliau didalam Tabung Haji...

TPPA??? APAKAH AKAN TERGADAI NEGARA KITA???

Khabarnya Kerajaan akan menandatangani perjanjian TPPA. Saya difahamkan ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada Negara, jika ianya baik sekali pun mengapa ianya tidak diterangkan kepada rakyat? dan ianya seperti menyembunyikan sesuatu. Adakah disebabkan agenda TPPA ini sehingga Barak Obama datang ke Malaysia dan boleh meluangkan masa bermain golf pada waktu krismas tempoh hari?  Jika ianya memudaratkan negara saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia membantah Kerajaan menandatangani TPPA. Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia

Sudah Cukup segalanya digadai 2

Kenyataan Wira PERKASA Malaysia 17 Jamadilakhir 1436 / 7hb April 2015 Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Umum mengetahui kritikan Tun Mahathir kepada Dato Seri Najib baru baru ini telah memberi kesan yang sangat hebat. Saya merasakan bahawa kritikan Tun Mahathir adalah jelas kerana apa yang kita lihat hari ini bahawa Dato Sri Najib telah gagal dalam pentadbiran beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Kritikan Tun Mahathir adalah relevan. Pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai pemerintah negara telah membuktikan bahawa Malaysia telah diangkat dimata dunia. Jasa Tun Mahathir kepada negara amat besar dan tidak ternilai. Sumbangan beliau terhadap Agama, Bangsa dan Negara sangat beharga. Pembangunan pesat, penstrukturan ekonomi yang kukuh dan kehadiran Tun di Majlis-majlis rasmi serta Kongres dunia telah membuktikan bahawa Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang berkaliber.  Kami akan bersama dgn Tun M...

Alhamdullillah akhirnya Hudud dilaksanakan

Assalamualaikum WBT Saya bersama kepimpinan Wira PERKASA Malaysia menyokong penuh dengan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan. Hukum hudud yang sekian lama menjadi buah mulut masyarakat kini akhirnya akan dilaksanakan di Kelantan selepas pembentangan rang undang-undang syariah awal telah pun diluluskan di sidang dewan Kelantan. Kita sebagai seorang Islam seharusnya kita harus bersedia dalam apa jua perlaksanaan dan tindakan dalam melaksanakan perintah Allah. Tidak perlu lagi kita berdolak dalih dalam perkara wajib yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Saya ingin mengingatkan bahawa negara ini adalah negara Islam menurut dalam Perlembagaan negara. Perlembagaan Negara ada menyatakan bahawa Agama Islam adalah Persekutuan. Justeru tidak perlu lagi menjadi pertikaian bagi mana-mana pihak tentang perlaksanaan hukum Hudud.  Mengapa perlu membuat provokasi dan kempen yang mahu mengalihkan pandangan masyarakat Islam khususnya bagi menolak hukum hudud? Kita umat Islam di Malaysia ini t...

GST: EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI, ANTARA REALITI DAN FANTASI

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 30 Jamadil Akhir 1436 / 21hb Mac 2015 Pelaksanaan GST kini memasuki Fasa Terakhir. Sesi penerangan GST sedang giat diperhebatkan di seluruh pelusuk negara. Namun begitu, berdasarkan satu kajian rambang menunjukkan kesan pelaksanaan GST ke atas pendapatan bulanan seorang rakyat adalah diantara 1.0% hingga 1.2%. Ini bermakna jika pendapatan bulanan seorang rakyat ialah RM3,000.00, maka kesan GST adalah sebanyak RM30.00 sebulan dan RM360.00 setahun setiap seorang. Oleh yang demikian, KEPIMPINAN WIRA PERKASA menggesa pihak kerajaan untuk menangguhkan sahaja pelaksanaan GST sehingga satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas impak sebenar perlaksanaan GST atas ekonomi seorang rakyat marhean. Walaupun langkah penangguhan ini akan dilihat sebagai membantutkan pertumbahan ekonomi Negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai balasan keatas hasrat kerajaan melaksanakan GST ini, KEPIMPINAN WIRA PERKASA berpendapat, antara langkah terbaik yang patut dilakuk...