Posts

Showing posts from July, 2013

Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra bertarikh 17 Jun 1969

Batu 6, Titi Gajah, Alor Star, 17hb. Jun 1969 Y.T.M. Tunku, Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya. Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu. Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang ter...

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya retak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kelas dua Melayu mudah lupa Dulu bangsanya hina Melayu mudah lupa Dulu bangsanya sengketa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil Melayu mudah lupa Tiada daulat Tiada maruah Tiada bebas Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena Tanah lahirnya yang merekah berdarah Ingatlah Ingatlah Ingatlah Wahai bangsaku Jangan mudah lupa lagi Kerana perjuanganmu belum selesai... Tun Dr Mahathir Mohammad   2001

Kontrak sosial

Apa itu KONTRAK SOSIAL MALAYSIA? Mari kita baca dan FAHAMI. 1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. 2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman. 3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah. 4. Melalui perj anjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu. 5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sep...

Ucapan kontroversi Tun Dr Mahathir yang diucap Dalam Sesi Tertutup pada 26 Julai 2013 lalu.

Fokus kepada pembangunan kaum2 yang mengundi BN ya DSN...jgn kisah sgt dgn mereka2 tu...tanpa undi mereka pun UMNO/BN masih berkuasa.... 1 - “Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”. 2 - “Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”. 3 - “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan” 4 - “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi” 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua s...

A Solutions for Batter Future, Malaysia

Apakah dengan menukar sistem perundangan dapat membuat sesebuah Negara menjadi lebih baik? Selama DS Najib menjadi PM kebanyakan keputusan beliau merugikan Umat Islam & Melayu Jalan terbaik untuk umat Islam & Melayu adalah DS Najib melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri, kerana inilah satu2nya jalan menyelamatkan survaival agama bangsa, Damage has been done, to repair it is impossible,  solution is Hj Najib must step down

MELAYU", nukilan Dato' Usman Awang (1929-2001)

MELAYU Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu...

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA 6 Ramadan 1434 / 15hb Julai 2013 Siapa Joseph Marino untuk bersuara dan mencabar perlembagaan di Malaysia? Tindakan Joseph Marino selaku Duta Vatican ke Malaysia yang bertindak menyokong penuh langkah Gereja Katolik di Malaysia mengunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang kurang sopan serta kurang bijak dalam menyokong sesuatu tindakan yang mana isu tersebut dibincangkan dan telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 82 bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus dan eksklusif bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu sebagai umat Islam kita wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut makan ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Wira ...

Perkasa Bukan Perkakas UMNO

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam A Tanasekharan diberi amaran keras oleh speaker Pulau Pinang Law Choo Kiang kerana mengaitkan kumpulan pendesak Melayu PERKASA dengan Umno. Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan PERKASA untuk mengadakan demonstrasi antikerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum, lapor Bernama. "Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," beliau dipetik sebagai berkata pada persidangan dewan di George Town semalam. Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menuntut wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut. "Umno adalah Umno, PERKASA adalah PERKASA. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara. "Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid, seperti dilaporkan agensi berita nasional. Penampilan pertama PERKASA lepas PRU Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Presiden ...

UMNO Parti perjuangan Melayu?

Apakah UMNO masih memperjuangkan hak-hak Melayu? Suatu persoalan yang masih bermain di minda masyarakat. Kita dapat melihat sebelum PRU 13 tempoh hari kita dapat melihat kerajaan telah banyak memberi keutamaan kepada masyarakat Cina. Telah banyak peruntukan dan pembangunan diberikan kepada kaum ini. Tetapi kebijaksanaan kaum ini menyebakkan mereka ini mendapat kebanyakan habuan daripada kerajaan. Malang kepada bangsa Melayu kerana berpecah disebabkan kepartian. Kaum cina ini menjadi penentu kepada kerajaan. Tetapi berlaku sebaliknya kebanyakan kaum majoriti di Negara ini memberi peluang kepada kerajaan mentakbir sekali lagi. Segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan gagal. Menjadi lebih malang selepas PRU 13, nampak kerajaan masih lagi meminta pada yang tak sudi, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sepatutnya kerajaan yang baru mendapat mandat dari pada rakyat menjaga yang memberi mandat, tetapi kerajaan masih lagi berharap supaya kaum cina kembali. Kita lihat apabila berbicara ...

Apakah benar berita ini?

Benarkah tanah seluas 6 ekar di berikan kepada Dr Subra? Khabarnya tanah tersebut terletak di belakang rumah Pengakap, kawasan bersebelahan dengan Pangsapuri flat Ashby Road Di Ipoh, Perak. Apakah akan tergadai tanah melayu seperti tanah kurniaan kepada UMNO Ipoh Barat? yang tanah tersebut telah dijual kepada cina-cina? Rakyat memberi kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin Melayu memerintah tetapi malangnya mereka ini tidak menjalankan AMANAH yang telah di berikan. Jika benar mengapakah masih lagi tidak menjaga kepentingan Melayu yang secara terang memberi pemimpin-pemimpin Melayu berkuasa. terjemahan adalah PRU ke 13 yang lepas, secara terang yang dijaga tidak memberi undi kepada pemimpin-pemimpin BN. Jika perkara ini benar berlaku, malang sungguh bangsa ku yang memberi kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin sebegini yang merobek hak-hak bangsa sendiri Kepimpinan Wira Perkasa memandang serius tentang perkara ini, jika ianya benar pasti bertanggungjawab atau kita terjemahkan pada PRU 1...