Sudah sudahlah.

Asalamuaalaikum.

Hari ini sudah genap setahun apabila saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia pernah mendesak Dato Seri Hj Najib meletakkan jawatan kerana gagal mentakbir urus Negara. Malahan ramai yang menyatakan pelbagai pendapat membangkang dan juga menyokong. Sebelum ini ada yang menyatakan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan ada juga yang menyatakan saya dibiayai oleh Dato Seri Anwar dan sebagainya.

Desakan tempoh hari adalah diatas tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan saya bersama kepimpinan saya telah membuat keputusan bahawa Dato Seri Najib gagal. Untuk makluman sebelum itu saya bersama beberapa kepimpinan Perkasa Pusat seramai 10 orang sudah pun berjumpa dengan Dato Seri Najib secara tertutup di pejabatnya dan memberi pandangan dan serta keadaan selepas PRU13 dan juga bukti bahawa segalanya gagal termasuk 1 Malaysia. Dato Seri Najib gagal menyakinkan kaum cina untuk mengundi Barisan Nasional malahan kaum ini mencatat sejarah, peratusan yang paling tinggi keluar mengundi yang sebanyak 87%. Barisan Nasional hanya mampu memperolehi 5% daripada kaum itu.

Sudah banyak yang tergadai masih lagi kita lihat setiap keputusan Dato Seri Najib  masih lagi merugikan kamu majoriti yang mengundi Barisan Nasional tempoh hari. Kita melihat Islam dan juga bangsa Melayu masih lagi ditempat yang paling bawah sedangkan Perdana Menteri, Melayu, Timbalan Perdana Menteri, Melayu, menteri menteri kanan, Melayu, pegawai pegawai kanan, Melayu dan majoriti kakitangan awam pun Melayu, tetapi dimanakah hak dan kedudukan bangsa Melayu?

Sedangkan sebelum ini saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia mendesak supaya ISA dikembalikan dan kali ini pula Akta Hasutan 1948 pula yang akan menjadi mangsa yang akan dihapuskan. Ini juga tindakan tidak bijak Dato Seri Najib yang tidak belajar daripada penghapusan ISA? Sekarang ini sudah ramai yang berani menghina Agama, Raja Raja dan inilah kesan kesan apabila ISA dihapuskan, manakala mahu pula menghapuskan Akta Hasutan 1948 (1969) pula. 

Akta ini juga cukup penting kerana ianya menghalang mana mana individu atau organisasi daripada menghasut rakyat. Dengan adanya akta ini ianya melindungi Raja Raja dan pemerintah supaya taat kepada undang undang. Tetapi ini tidak mengapa kerajaan mahu menghapuskan akta ini yang mana sudah menjadi bukti ianya menjamin keamanan Negara sejak sekian lama. Satu keputusan yang tidak bijak dan merugikan orang orang Islam dan Melayu. Ini adalah kerana Raja Raja kita adalah Melayu dan sudah tentu perlu ada undang undang yang melindungi kepentingan ini dan kita perlu menghormati institusi ini.

Saya masih melihat tiada perubahan masih lagi membuat kerja kerja yang sama, mengheret rakyat berpolitik. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pun telah menempelak kepimpinan Dato Seri Najib secara terbuka dalam blognya. Apakah Tun Dr Mahathir tidak betul? Sedangkan selama 22 tahun Tun Dr Mahathir mengtakbir negara dengan membangunkan negara kita sehingga terkenal diseluruh dunia. Tun Dr Mahathir juga tidak pernah akur dengan desakan Negara Barat. Saya melihat seperti Dato Seri Najib seperti sudah akur dengan Barat.

Mungkin saya ini kurang arif dalam pentakbiran Negara tetapi saya juga sayangkan bangsa saya. Bangsa saya yang sedang menuju kehancuran disebabkan kelemahan pemimpin yang tidak boleh memimpin. Saya bersama kepimpinan Wira Perkasa Malaysia sudah merasakan sampai ke penghujungnya setiap keputusan masih lagi merugikan orang orang Islam dan Melayu. Yakinlah tiap yang bermula akan ada akhirnya. Pandanglah hakikat yang tidak boleh dinafikan. Rakyat sudah jelak dan sudah tidak tahan lagi kerana pemimpin yang mereka amanahkan sudah tidak amanah lagi. Berkorban lah demi bangsa mu.
Sudah sudahlah...

"Apabila ALLAH mengkehendaki kebaikan bagi suatu kaum maka dijadikan pemimpin pemimpin mereka orang orang yang bijaksana dan dijadikan ulamak ulamak mereka menangani hukum dan keadilan. Juga ALLAH jadikan harta benda ditangan orang orang yang dermawan. Namun jika ALLAH mengkehendaki keburukan bagi suatu kaum maka Dia menjadikan pemimpin pemimpin mereka orang orang yang berakhlak rendah. DijadikanNya orang orang dungu (Bodoh) yang menangani hukuman dan keadilan, dan harta benda ditangan orang orang yang kikir (bhakil)
(HR. Ad-Dailami)

Ikhlas.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH