Kelemahan kita


Asalamuaalaikum

Terima kasih kepada frontlines yang bertugas siang dan malam yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, malangnya saya melihat masih ada sekatan jalan raya yang seperti tiada sekatan, hanya papan tanda pemeriksaan pihak berkuasa tetapi tidak diperiksa khasnya di kawasan lembah kelang.

Saya memahami frontline kita kepenatan dan stress dgn tugas dan tanggungjawab. Akan tetapi kes-kes #Covid19 meningkat dengan mendadak sehingga hari ini 2188 kes baru. Vaksin yang berkesan yang telah kita lakukan sebelum ini adalah dengan mengurangkan pergaulan dan mengelak daripada berkunjung ke tempat-tempat yang sesak.

Saya amat berharap supaya pohak berkuasa bertindak dengan lebih tegas supaya kita dapat mengawal dan mengurangkan kes-kes Covid-19 di negara kita.

Kita pula sebagai masyarakat yang bertanggungjawab seharusnya menjaga diri sendiri dan keluarga kita sendiri. Masing-masing mempunyai peranan dalam melawan Virus Covid-19 ini

Irwan Fahmi Ideris
24hb Nov 2020
7:09pm

Comments

Popular posts from this blog

Tidak Adil Kepada Melayu

KRONOLOGI KONFRONTASI 1963-1965 INDONESIA TERHADAP MALAYSIA YANG PERLU ANDA KETAHUI.

CAKAP TAK SERUPA BIKIN