Posts

Showing posts from 2021

COVID19 VACCINE ARE FAIL

Image
Is the #Covid19 vaccine works? If it works why do we need the boosters? Are the boosters vaccine the same as the 1st and 2nd japs or different? They will answer the reason we need boosters is that the #Covid19 keeps mutating. In that case, if the Covid19 keeps mutating how many boosters or japs do we need to take? If all this? I can say the vaccination program were failed. Find an option to kill the Covid virus, not by japs the people.

PEMBUKAAN SEKOLAH MENGIKUT FASA

 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 31 OGOS 2021 TERUSKAN PDPR DAN TUTUP SEKOLAH SEMENTARA WAKTU. 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) ingin mendesak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), agar meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) dan tidak membuka lagi sesi persekolahan 2021 buat sementara waktu. Hal ini berikutan peningkatan kes jangkitan Covid 19 yang semakin tinggi yang telah mencecah sebanyak 20 ribu kes sehingga hari ini. 2. Saya yakin ibu bapa pasti sangat bimbang dengan melihat angka kes baru hari ini. Walaupun anak-anak mereka sering dipantau oleh guru di sekolah, namun risiko jangkitan masih ada dan ia boleh berlaku. Kebimbangan ini dikuti dengan penyebaran varian Delta yang boleh menjangkiti manusia dalam masa yang singkat. Walaupun pihak kerajaan sedang giat menjalankan program vaksinasi sehingga mencapai imuniti kelompok, namun kita perlu peka bahawa anak...

JANGAN BAZIRKAN WANG RAKYAT

Image
 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 TEMPAT PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) PERLU DIKAJI SEMULA. 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) membantah penggunaan tempat yang tidak bersesuaian dalam menajalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dikelolai oleh pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV). Hal ini berikutan timbul rungutan beberapa pihak khususnya penduduk sekitar tempat pusat pemberian vaksin tersebut.  2. Terdapat beberapa tempat yang tidak disenangi penduduk dalam mejalankan PICK ini, antaranya kawasan Golf Resort yang didalamnya mempunyai kediaman dan penduduk yang ramai. Penduduk sekitar bimbang akan berlakunya penularan wabak Covid19 didalam kawasan berkenaan. Lebih lagi dengan varian delta yang boleh menjangkiti sesiapa dalam masa yang singkat. Selain itu kesan dari kehadiran orang ramai dikawasan tesebut menyebabkan kesesakan di tempat tersebut. 3. ...

Politik tidak akan reda walaupun PRU 15

Image
 Apa jua keadaan jika pru 15 sekali pun keadaan ianya tetap sama jalan yg terbaik adalah dengan mendapat 2/3 majoriti dan terus buat persempadanan semula. Utk mendapatkan persempadanan semula juga adalah mustahil kerana keadaan orang2 politik yang ada penyakit gila kuasa. Keadaan Malaysia akan sentiasa bercakaran kerana keadaan kerusi parlimen tidak mengikut pengagihan posisi kaum di Malaysia, Mengikut populasi penduduk pada tahun 2019  1)Melayu 16 juta 2) Cina 8 juta  3) Orang asal, bumiputra dan lain-lain 6 juta  4) India 2 juta Persoalan apakah patut suara bukan melayu sama ramai dengan ahli parlimen melayu? Kali terakhir persempadanan semula adalah pada tahun 1999.  Renung2kan selagi persempadanan semula tidak dibuat selagi itulah keadaan politik negara tidak akan stabil Irwan Fahmi Ideris

BANK, SYARIKAT GLC SEKTOR UTILITI DAN PERKHIDMATAN JANGAN HANYA KIRA KEUNTUNGAN, RAKYAT MAKIN TERTEKAN.

Image
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 28 JUN 2021 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) menggesa kepada semua bank, Syarikat GLC sektor utiliti dan perkhidmatan agar tidak hanya mengira keuntungan syarikat dan organisasi mereka sahaja semasa pandemik ini. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilaksanakan rakyat dilihat semakin terbeban dan tertekan akibat kesan pandemik yang melanda. 2. Seramai lebih 90 ribu orang telah kehilangan kerja sehingga hujung tahun 2020. Saya percaya angka ini telah melepasi 100 ribu orang sehingga tahun ini. Pastinya mereka akan mencari jalan keluar demi memastikan kelansungan hidup dapat diteruskan. Apa sahaja kerja ataupun cara akan dilakukan bagi memastikan keluarga mereka dapat meneruskan kehidupan. Faktor utama tekanan yang dihadapi oleh rakyat khususnya golongan B40 adalah bebanan hutang.  3. Mereka telah kehilangan kerja, ditambah dengan beban hutang. Saya ingin bert...

KERAJAAN WAJIB MENGENAKAN CUKAI KEPADA PEKERJA ASING YANG BEKERJA DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 14 JUN 2021 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) menggesa kepada pihak kerajaan Malaysia untuk mengenakan cukai khas keatas semua pekerja asing yang bekerja di dalam negara. Perkara ini perlu diperhalusi dan perlaksanaan cukai ini sepatutnya telah lama dilaksanakan. Saban tahun warga asing yang telah bekerja lama di negara akan pulang ke negara asal mereka dengan membawa jutaan ringgit wang keluar dari negara. 2. Setiap rakyat Malaysia telah menikmati subsidi dari kerajaan melalui barangan asas dan keperluan harian seperti makanan, minyak & gas. Mereka juga menikmati subsidi yang sama dari kerajaan sedangkan mereka tidak membayar apa-apa cukai selain permit & levi semasa mereka ingin masuk kedalam negara ini. Mengapa hal ini terus dibiarkan berlaku begitu saja? Rakyat Malaysia berpendapatan RM3,100 keatas perlu membayar cukai pendapatan bagi memberi keseimbang...

PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN SWASTA (IPTA & IPTS) SEMASA PENULARAN KES COVID 19

 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) 08 JUN 2021 PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN SWASTA (IPTA & IPTS) SEMASA PENULARAN KES COVID 19 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia Perihatin hari ingin memohon kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibawah pimpinan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad agar mengkaji semula jumlah yuran pengajian di semua Institusi Pengajian Awam dan Swasta pada ketika ini. Ini berikutan penularan wabak Covid 19 masih lagi berada ditahap membimbangkan kerana negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. 2. Pada ketika ini pengajian pejajar di universiti dibuat secara online dan pelajar tidak dibenarkan menghadiri kelas. Oleh yang demikian, sudah tentu banyak fasiliti seperti dewan, kelas dan sebagainya tidak dapat digunakan. Malah, perpustakaan juga digunakan secara online. Jadi penggunaan kemudahan dan semua fasiliti d...

Mencari Rezeki yang Halal

Asalamuaalaikum  Saya amat memahami kesularan mencari rezeki pada masa ini, ramai anak muda yang tidak berkerja mendapat peluang berkerja seperti rider penghantar makanan.  Akan tetapi saya menasihatkan kepada rider-rider penghantar makanan supaya sentiasa berhati-hati ketika berada dijalan raya. Ada juga yang saya lihat melanggar lampu isyarat, melihat telefon, membawa laju serta bersaing (2 motor bersembang)  Benar mengejar tempahan itu penting demi rezeki tetapi biarlah dengan cara yang betul. Sama juga apabila rider memerlukan melihat HP untuk ke lokasi penghataran tetapi lebih baik berhenti apabila mahu berbuat demikian.  Sentiasa berhati-hati dijalan raya dan utamakan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain.  Wasalam  Irwan Fahmi Ideris  4 Ramadhan 1442  3:10pm

Kerajaan juga perlu memainkan peranan penting

Image
Asalamuaalaikum  Kerajaan menyarankan supaya rakyat mengikut SOP yang di sarankan oleh KKM. Selepas PKP 1.0 apakah kerajaan juga membuat sanitasi secara berterusan?  Selain rakyat memainkan peranan, kerajaan juga perlu membuat sanitasi secara berterusan, ini juga salah satu cara yang penting supaya apabila habis PKP 2.0 ini COVID-19 dapat dikawal dan juga wajibkan supaya peniaga khususnya pemilik Restoran, Stesyen Minyak, Managment Kondominium, Rumah Pangsa dan lain-lain yang melibatkan sentuhan mewajibkan mereka-mereka melantik satu badan persendirian atau syarikat yang bertauliah untuk membuat sanitasi secara harian.  Peranan kerajaan juga penting supaya “educate” rakyat berkenaan normal baru. Sanitasi ini amat penting, mengapa apabila fogging nyamuk adis boleh dilakukan dan mengapa tidak sanitasi kepada tempat-tempat awam secara berkala. Takkan kita nk tunggu bila mempunyai kes baru buat?  Rakyat rata-rata akur dengan perintah kerajaan walaupun menghadapi kesukara...

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Image
 Asalamuaalaikum  Kenyataan ahli politik berkenaan kedudukan parti mereka pada PRU yang akan datang menambahkan kekeliruan kepada rakyat. Seharusnya mereka lebih mementingkan keadaan dan  rakyat pada ketika ini, kita masih lagi melawan Covid-19 yang mana angkanya yang tinggi dan juga banjir yang melanda 6 buah Negeri.  Mereka ini masih lagi mementingkan kedudukan mereka berbanding rakyat yang semakin susah. Majoriti rakyat pada PRU yang lepas telah menolak Barisan Nasional setelah 60 tahun menjadi kerajaan. Mereka diberi peluang, bukan oleh rakyat tetapi daripada ketidak stabilan politik negara dan juga kolibrasi beberapa parti politik dan orang-orang politik.  Kebanyakan rakyat yang sebenarnya rasa diperbodohkan kerana peralihan kerajaan berlaku tetapi hanya sementara. Mereka yang mempunyai masalah-masalah rasuah kembali berkuasa dalam masa yang sama keadaan rakyat masih seperti ditakuk yang sama (tiada perubahan)  Begitu hebat mereka menghentam satu sama ...