BANK, SYARIKAT GLC SEKTOR UTILITI DAN PERKHIDMATAN JANGAN HANYA KIRA KEUNTUNGAN, RAKYAT MAKIN TERTEKAN.
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI PRIHATIN MALAYSIA (PRIHATIN) PPM-002-10-18072020 28 JUN 2021 1. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (PRIHATIN) menggesa kepada semua bank, Syarikat GLC sektor utiliti dan perkhidmatan agar tidak hanya mengira keuntungan syarikat dan organisasi mereka sahaja semasa pandemik ini. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilaksanakan rakyat dilihat semakin terbeban dan tertekan akibat kesan pandemik yang melanda. 2. Seramai lebih 90 ribu orang telah kehilangan kerja sehingga hujung tahun 2020. Saya percaya angka ini telah melepasi 100 ribu orang sehingga tahun ini. Pastinya mereka akan mencari jalan keluar demi memastikan kelansungan hidup dapat diteruskan. Apa sahaja kerja ataupun cara akan dilakukan bagi memastikan keluarga mereka dapat meneruskan kehidupan. Faktor utama tekanan yang dihadapi oleh rakyat khususnya golongan B40 adalah bebanan hutang. 3. Mereka telah kehilangan kerja, ditambah dengan beban hutang. Saya ingin bert...