ADAKAH KEMENGAN BESAR BN PADA 2 PRN MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT?

Asalamuaalaikum WBT

Kemenagan Barisan Nasional pada 2 pilihanraya negeri pada tempoh hari adalah disebabkan perpecahan yang berlaku kepada parti-parti pembangkang. Pembangkang juga pernah menjadi kerajaan dan dalam masa yang sama tiada peningkatan kepada masalah rakyat seperti yang diharapkan, diantaranya kegagalan kerajaan pembangkang juga adalah kawalan harga barang, kerajaan tidak mesra peniaga, kenyataan pemimpin pada ketika itu juga menyakitkan hati rakyat seperti 'menifesto bukan kitab suci' dan sedikit berkenaan penyakit berjangkit yang melanda dunia #Covid19.

Barisan Nasional yang sudah ada pengundi tetap disetiap kawasan dan antara penyumbang adalah kenyataan Menteri Besar Kedah yang mungkin keliru diantara Prinsip parti dan menjadi Menteri Besar kepada semua bangsa juga antara penyebab kaum Tiong Hua kembali kepada Barisan Nasional yang mana kaum ini memonopoli perniagaan dan juga ekonomi di negara ini.

Kita melihat kemenagan ini juga adalah disebabkan kita OVER KILL pemimpin pemimpin Barisan Nasional, walaupun mereka ini sudah didapati bersalah tetapi mereka ini masih bebas dan rakyat rata-rata tidak faham dengan proses keadilan dan proses mahkamah, apabila mereka ini bebas maka rakyat merasakan mereka ini tidak bersalah sedangkan mahkamah telah menjatuhkan hukuman yang mana mereka bersalah.

Saya juga melihat kurang usaha keras mendapatakan undi mereka ywng berumur 18 tahun ywng mana kali ini di Johor buat pertama kalinya mereka yang berumur 18 tahun keatas boleh mengundi secara automatik. Tidak ada pasukan pemikir "Think Tank" yang sentiasa bersedia, pemikiran pemimpin atasan yang tidak tahu geografi atau masalahan penduduk setempat. Bersatu pula tiada pemimpin tempatan yang mahir dan mempunyai ramai ahli peringakat cawangan untuk menjalankan kerja-kerja akar umbi.

Tidak dinafikan bahawasanya Barisan Nasional mempunyai jentera yang komited dan berpengalaman dalam menjalankan tugas masing-masing. Mobilasasi mereka amat baik, mereka menggunakan kelemahan ketika pembangkang menjadi kerajaan sebagai alasan ketidak stabilan politik untuk mereka menang 2 pilihanraya Negari.

Rakyat juga melihat selama 22 bulan kerajaan pembangkang telah gagal melaksanakan janji-janji yang di katakan. Kelemahan ini menjadi kekuatan Barisan Nasional untuk menyakinkan rakyat mereka memerintah Negara dengan lebih baik. 

Apa pun tahniah kepada Barisan Nasional yang memenagi 2 Pilihan raya Negeri dan membuktikan bahawa strategi mereka berjaya.

Keperluan postmortem pada setiap kekalahan tidak ada dibuat seperti kekalahan di Melaka tidak diperincikan atas sebab apa. Masih tidak belajar daripada kesilapan.

Kini rakyat seperti sudah tidak mempedulikan siapa memerintah ketika ini rata-rata rakyat sedang bergelut dengan kesukaran kehidupan seharian. Ini boleh kita lihat peratusan yang keluar mengundi di Johor, ya mungkin ada yang merasakan ketakutan ketika pendemik Covid19 tetapi ini mungkin sangat kecil bilangannya, tetapi ianya lebih jelas apabila ramai yang tidak keluar mengundi.

Inilah masa kesiapsiagaan dan sentiasa bersedia dan tidak leka dengan jawatan yang ada dan bersifat sementara.

Wasalam 

Irwan Fahmi Ideris
1:45pm, 13 March 2022










Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH