Posts

TUN DR MAHATHIR SELAKU PENGURUSI PERIKATAN NASIONAL

​ Asalamuaalaikum WBT  Pada hemat saya, saya mencadangkan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui Perikatan Nasional sebagai tokoh penyatuan dan pemacu hala tuju, dengan syarat yang jelas bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hasrat untuk kembali sebagai Perdana Menteri serta tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Peranan Tun M wajar tertumpu kepada membimbing, menasihati dan memastikan perjuangan Perikatan Nasional kekal berteraskan kepentingan negara, rakyat serta kedaulatan Perlembagaan, sambil memberi ruang sepenuhnya kepada kepimpinan generasi baru. Irwan Fahmi Ideris  Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

JANGAN GADAI ASET NEGARA: PERKASA BANTAH PENJUALAN ASET STRATEGIK NEGARA SECARA BERTERUSAN

Image
 KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) 4 Jun 2025 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menzahirkan kebimbangan yang amat serius terhadap tindakan berterusan pihak kerajaan menjual aset-aset strategik negara kepada pihak asing dan pelabur luar, yang semakin membimbangkan serta mencetuskan keresahan rakyat. Terkini, kami merujuk kepada laporan mengenai cadangan pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh konsortium yang melibatkan entiti asing termasuk GIC dari Singapura dan Global Infrastructure Partners (GIP), yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan firma luar negara termasuk BlackRock. Apakah mesej yang sedang dihantar oleh kerajaan apabila sebuah aset kritikal seperti MAHB – yang mengurus lebih 30 lapangan terbang di Malaysia – diserahkan ke tangan pemilik luar negara? Sebelum ini, kita telah menyaksikan: Penjualan Proton Holdings Berhad kepada Geely (China); Pegangan IHH Healthcare Berhad dijual kepada Mitsui (Jepun); Tan...

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

 Kenyataan media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)  14/06/2024 *Rakyat Malaysia harus menghormati Kontrak Sosial? Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengikuti Perkembangan semasa politik Tanah Air yang semakin membimbangkan terutamanya bila melibatkan kepentingan Orang Melayu yang menjadi majoriti di dalam Negara ini.  Kebimbangan orang melayu semakin terserlah apabila ada pihak pihak yang sudah Mula mencabar secara terbuka Hak-Hak kepentingan orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara Perkasa melihat terlalu banyak cabaran yang telah melukakan hati orang melayu dan sudah sampai masanya untuk orang melayu memberitahu kepada seluruh Rakyat Malaysia apakah makna definisi Kontrak Sosial  Asas Perlembagaan Tanah Melayu yang kita perlu tahu sangat berkait dengan Kontrak Sosial. Kontrak Sosial di asaskan dari 5 hak Orang Melayu dan dari situlah, Perlembagaan Malaysia di gubal: 1) Perkara 3- Islam sebagai Agama Persekutuan 2) Perkara ...

KHIANAT PADA JANJI SENDIRI

Image
Asalamuaalaikum Ternyata kerajaan tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran dalam mengurus kewangan Negara. Masalah rakyat tidak dapat diselesaikan malah menambah kesusahan rakyat. Dalam masa 2 tahun mereka memerintah pelbagai isu dan keharmonian kaum tidak terjamain. Dua tahun lepas dalam konvension PKR Anwar Ibrahim ada berkata 'bagaimana harga minyak nak turun kita tidak memerintah' sebelum berkuasa kini apabila kamu ditampuk kuasa janji tinggal janji. Kamu khianat pada rakyat, apa yang kamu niat, apa yang kamu ucapkan / kata dan perbuatan kamu adalah berbeza. Kamu seharusnya turun dan kamu juga menjadi Perdana Menteri atas gabungan parti politik yang mempunyai kepenting masing masing. Kamu tidak mendapat mandat rakyat. Kamu harus ingat doa orang yang teraniaya. Rakyat menghadapi kos sara hidup yang meningkat setiap hari. Kerajaan pula menarik pelbagai subsidi yang sekian lama dinikmati oleh rakyat.Mana formular formular? Mana pembatalan PTPTN? mana pendidikan percuma? Mana tu...

BLACK FRIDAY 24 MEI 2024

Image
Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)  24 MEI 2024  Black Friday Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada Teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak(JAIPk) yang menyeru Umat Islam untuk menghentikan kempen memboikot produk kepada syarikat Pro-Israel yang di baca oleh Imam Imam seluruh masjid di Negeri Perak.  Perkasa akan terus menyokong pembebasan Negara Palestin dengan bersolidariti bersama rakyat palestin dengan jihad memboikot segala produk dari syarikat yang menyalurkan sumbangan kewangan kepada Rejim Zionis Israel yang sedang bermaharaja lela membunuh Insan yang tidak berdosa di Palestin.  Perkasa berasa hairan apabila Jabatan Agama Islam Perak mengeluarkan Teks Khutbah yang menyeru Umat Islam di Malaysia untuk berhenti melancarkan kempen memboikot ini? Di manakah tahap kesedaran yang ada pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) apabila isu sensitiviti Umat Islam cuba di hapuskan? Apakah jihad kita kepada rakyat Palestin selain dari be...

PENGUMUMAN DAN PERLAKSANAAN ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA

Image
Asalamuaalaikum Pembangkang yang hari ini sudah menjadi kerajaan, semasa menjadi pembangkang disajikan kepada rakyat begitu banyak fomular fomular yang dapat menyesaikan masalah rakyat. Kini pembangkang tersebut sudah menjadi kerajaan, fomular mereka adalah menaikkan cukai, menarik subsidi, kos harga barang meningkat, barangan asas hilang daripada pasaran, menutup mulut rakyat yang mengkritik kerajaan, pelabur yang ada lari dan pelbagai lagi. Kini setelah hampir 2 tahun setengah memerintah bukan meringankan beban rakyat tetapi menambah beban kepada rakyat. Kerajaan ini selalu membuat pengumuman dan tetapi tiada perlaksanaan. Selesaikan masalah rakyat yang kian hari dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat. Irwan Fahmi Ideris Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) 10:26am, 23 Mei 2024

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

Image
Asalamuaalaikum WBT Seharusnya dalam keadaan Ringgit menjunam kerajaan perlu merangka rancangan jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka panjang. Menerangkan kepada rakyat dan juga meyakinkan para pelabur yang baru dan yang sedia ada bagaimanakah rancangan kerajaan dan cara-cara menyesaikan masalah ringgit yang kian merosot. Kerajaan seperti tidak berbuat apa-apa dan seperti tiada rancangan bagaimana mahu menyesaikan masalah ringgit. Kerajaan juga bukan sekadar gagal mengukuhkan ringgit tetapi juga gagal merancang ataupun tiada rancangan. Harvard dan Oxford telah mengeluarkan kenyataan bahawasanya ekonomi dunia pada tahun ini 2024 akan meleset. Bayangkan kini dengan keadaan ekonomi negara amat lemah dilanda pula dengan masalah ekonomi dunia yang bakal melanda. Kerajaan dan juga pembangkang seharusnya bersama dalam menyesaikan masalah rakyat dan juga bakal menghadapi  masalah kemelesetan ekonomi dunia. Masalah rakyat adalah masalah yang lebih utama yang perlu diselesaikan. Jika k...

Mingkin Pesta Chap Go Meh Lebih Penting daripaya Nyawa Rakyat

Image
 Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA)  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA) merujuk kepada portal berita kesihatan Codeblue yang menerbitkan surat daripada seorang pesara yang dikatakan tidak boleh menerima rawatan di Institut Jantung Negara(IJN) baru baru ini.  Perkasa terkejut dengan cadangan yang di buat oleh pihak KKM yang akan discaj ke semua pesakit Penjawat Awam dan pesara di IJN sebagai langkah penjimatan kos yang di lihat sebagai menggadaikan nyawa rakyat yang sedang mendapatkan rawatan di IJN.  Sedangkan penjawat awam ini juga berjasa kepada Negara, membangunkan Negara. Perkasa juga ingin bertanya adakah pihak KKM bercadang untuk mengeluarkan ke semua pesakit pesakit Penjawat Awam dan pesara di IJN seperti mana dakwaan yang di buat oleh KKM?   Perkasa juga ingin bertanya apakah ada jaminan pemantauan yang akan di buat oleh pihak KKM bila pesakit pesakit yang telah di discaj dari IJN nanti? Apakah nyawa mereka ini tidak p...

Kerajaan yang tidak bertanggungjawab

Image
Asalamuaalaikum  Kos sara hidup seharian meningkat, rakyat tidak mahu tahu siapa yang kenakan hukuman dan sebagainya, kos kehidupan seharian makin meningkat ianya seperti pemimpin tidak memperdulikan masalah rakyat.  Dalam keadaan rakyat terhimpit kerajaan terus menarik pelbagai subsidi. Diesel akan meningkat, apabila meningkat sudah pasti kos-kos pengankutan juga akan meningkat. Kesannya sudah tentu kepada rakyat dan masalah rakyat  tidak selesa dan mungkin akan bertambah masalah.  Nampaknya kerajaan kini GAGAL menyesaikan masalah rakyat dan menambah pula masalah kepada rakyat.  Ingat kamu melihat kami kerdil di bawah dan juga kami selaku rakyat melihat kamu juga kerdil di atas.  Irwan Fahmi Ideris  Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia  12:02am, 21 Feb 2024

Hari ini Sejarah Hitam untuk Undang Udang Syariah

Image
Asalamualaikum Seharusnya Raja-raja Melayu berbincang berkenaan undang undang Syariah disetiap negeri hendaklah sama. Kini undang undang Syariah disetiap negeri berbeza.  Seharusnya Raja-raja Melayu bersepakat undang-undang dan juga hukuman hendaklah sama disetiap negeri. Seharusnya perkara ini dibincangkan dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu, bukan sekadar bermesyuarat memilih Perdana Menteri. Kepentingan umat Islam seharusnya menjadi agenda penting. Keputusan Mahkamah hari ini adalah suatu tamparan hebat kepada Raja-raja Melayu selaku ketua Agama di Negeri masing-masing.  #BlackFriday  Irwan Fahmi Ideris  Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia  3:21pm, 9 Feb 2024 

MEREKA MEWAH DIKALA RAKYAT MENDERITA

Image
Asalamuaalaikum. Apabila persempadanan kawasan-kawasan pilihanraya berlaku siapa yang rugi dan siapa yang untung? Sudah tentu apabila persempadanan semula ini berlaku maka bertambahlah kos-kos untuk membayar gaji-gaji Ahli Parlimen. Kini jumlah Ahli Parlimen adalah 222 Setiap tahun Ahli-ahli Parlimen diberi sejumlah gaji dan elaun untuk mereka menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Peruntukan ini termasuklah gaji sebagai Ahli Parlimen, kehadiran ke sidang Dewan Rakyat, elaun ke mesyuarat dan banyak lagi yang jika dikira boleh mencecah hampir RM40,000. Kami senaraikan gaji dan elaun Ahli Parlimen menurut infografik yang disediakan Malaysiakini, yang memetik sumber: Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 Nota: Nilai dan angka ini berdasarkan maklumat sehingga tahun 2020. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perubahan. Artikel ini hanya ingin memberi gambaran kasar tentang tangga gaji Ahli Parlimen. 1. Gaji: RM16,000 sebulan 2. Elaun kehadiran sidang Parlimen: RM400 sehari 3. Mesyuarat/bengkel ag...

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Image
Kenyataan Media PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA 28 OKT 2023 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merujuk kepada kenyataan gesaan untuk mengkaji semula Minggu Solidariti Palestin yang di anjurkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). Perkasa menyambut baik saranan dengan program Minggu Solidariti Palestin yang di ilhamkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan program ini dapat mendidik pelajar pelajar di peringkat persekolahan tentang nilai nilai kemanusian yang di anjurkan oleh pihak sekolah dengan mencari dan membuat aktiviti aktiviti yang melambangkan kedamaian seperti melukis, melakukan Solat hajat bagi yang beragama islam untuk umat islam di palestin sebagai contoh. Dalam masa yang sama Perkasa juga merasa terkilan dan kecewa serta mengecam kerana ada segelintir pihak yang cuba untuk mengotorkan Minggu Solidariti dengan adegan dan aksi seperti memegang senjata mainan di dalam Minggu Solidariti ini. Sepatutnya insiden ini tidak harus berlaku di sekola...

MENGAPA DAP SERING KALI MENCAMPURI URUSAN UMAT ISLAM

Image
Kenyataan Media 7 Okt 2023 PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada Kenyataan Media Datok Ngeh Koo Ham https://malaysiagazette.com/2023/10/06/koo-ham-mahu-kerajaan-padam-islam-pada-kad-pengenalan-137-orang-asli/ iaitu Ahli Parlimen Beruas yang menggesa Kerajaan membetulkan status 137 orang asli dengan memadamkan perkataan 'ISLAM' yang ada pada kad pengenalan.  Perkasa mengecam tindakan  dari pengerusi DAP Perak kerana ianya merupakan sikap kurang ajar dan berlaku biadap terhadap Umat Islam.  Tindakan biadap yang di tunjukkan oleh Ahli Parlimen Beruas ini merupakan salah satu cara halus yang hendak menidakkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11(4). Di samping itu pelbagai isu telah di buat oleh pemimpin pemimpin DAP yang telah menggguriskan hati Umat islam seperti tindakan horward lee yang cuba mentafsir ayat Al-Quran baru baru ini. Tiada tindakan oleh penguasa hanya dengan mengambil keterangan dan setelah kafir ini m...

AKAL MENGATASI AKAL

Image
 Asalamuaalaikum  Saya menjangkakan bahawa Presiden UMNO akan ditangkap tetapi mungkin lagi 3 tahun sebelum pru yang akan datang, ini kerana PMx tahu bahawasanya ianya mendatangkan mudarat kpd PMx kerana bersekongkol dgn orang yg mempunyai kes yang masih dibicarakan. PMx telah buat gerakan dengan mungkin melantik Senetor KJ kerana KJ ada juga pengikut anak muda yang menyokong beliau.  Kerana jika dipikirkan dangan akal yang logik KJ tak ada apa2 jawatan mahupun MP dan juga dalam kerajaan dan lebih pelik dia memang berpatah arang dengan Presiden Umno. Mengapa PMx berjumpa dan berbincang berkenaan hala tuju ekonomi negara bersama KJ?  Saya juga merasakan PMx tahu majoriti rakyat juga tidak selesa apabila PMx bersama dengan Umno kerana janji sebelum PRU berbeza dgn sekarang. PMx juga merasakan Menteri formular dan juga menteri MCMC suatu beban kerana menteri formular bercakap hebat tetapi tidak deliver dan menteri Mcmc buat lawak sarkis dengan naik basikal didalam pejab...

TIDAK MENGHORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM

Image
Kenyataan media  PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) 13 JUN 2023 JANGAN KELIRUKAN UMAT ISLAM PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA ( PERKASA)  Merujuk kenyataan media dari menteri perlancongan https://m.malaysiakini.com/news/668523 berhubung promosi makanan bak kut teh sebagai makanan tradisi . Perkasa ingin mengingatkan YB Dato' Seri TIONG KING SING agar tidak mengelirukan umat islam dengan kenyataan kenyataan yang di buat oleh kementerian pelancongan keseniaan dan kebudayaan ini. Kerana dari kenyataan YB Tiong ini "contohnya mi hokkien yang mengandungi minyak babi boleh di tukar kepada minyak lemak ayam supaya lebih ramai dapat menikmatinya" dan "kementeriannya akan meneliti untuk menghasilkan bak kut teh versi halal" merupakan satu kenyataan yang boleh mengelirukan umat islam dan jika ditukar resepinya dimana datangnya tradisional? Ini adalah penghinaan yang jelas dari seorang menteri yang secara terang terangan tidak menghormati sensitiviti masyarak...

KURANG AJAR MCCBCHST

Image
Kenyataan media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pertubuhan pribumi perkasa malaysia( PERKASA) ingin mengingatkan kepada MCCBCHST agar berhenti untuk masuk campur dalam urusan yang melibatkan orang islam. Dakwaan MCCBCHST yang mengatakan cadangan untuk mewujudkan pusat mediasi bagi menyelesaikan isu berkaitan hak penjagaan anak yang beragama islam dan bukan islam mungkin tidak akan dapat di laksanakan. Sedangkan cadangan itu baru sahaja di peringkat cadangan yang di utarakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang masih lagi dalam peringkat kajian bagi membantu masalah isu ini di luar konteks mahkamah. Perkasa ingin mempersoalkan mengapa bila ada isu yang melibatkan Agama islam, MCCBCHST ini seolah olah ingin menunjukkan ianya pandai dalam segala hal. Seperti sebelum ini dia mendesak supaya kerajaan mengkaji semula tentang isu kalimah ALLAH? Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan pelbagai agama seperti MCCBCHST ini, Perkasa...

Akibat Salah Pangkah

Image
 Asalamuaalaikum  Seharusnya kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan terhadap:- 1) Kenderaan luar Negara daripada mengisi minyak bersubsidi 2) Jika kenderaan luar dikenakan saman, pohon mereka menjelaskan saman sebelum keluar daripada Negara.  3) Pantau petani-petani yang menerima subsidi daripada menjual/export ke negara luar beri keutamaan penggunaan dalam Negara  4) Kenakan cukai bulanan (mengikut peratusan gaji) kepada semua pekerja asing kerana mereka menikmati pelbagai subsidi yang tidak sepatutnya dinikmati oleh mereka  Selesaikan perkara ini terlebih dahulu bukan dengan terus menghukum rakyat sendiri. Ketirisan ini bukan salah rakyat tetapi salah tabir urus kerajaan. Kesilapan kerajaan yang berbelanja sedangkan rakyat tidak membuat keputusan untuk kerajaan. Rakyat telah Amanah kan kepada wakil-wakil rakyat supaya menjaga harta benda dan mengurus negara.  Apakah rakyat yang rata rata sedang berperang untuk mengadakan makanan diatas meja dengan kos...

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH

Image
Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)   29 SHAWAL 1444H / 20 MAY 2023 Perkasa ingin merujuk kepada kenyataan di Malaysia kini bertarikh 19 May 2023  bertajuk “Isu kalimah 'Allah': MCCBCHST gesa k'jaan kaji semula enakmen negeri”  https://m.malaysiakini.com/news/665769 Inilah kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah allah.  Kini MCCBCHT memohon kerajaan supaya menyemak pula kepada peringkat Negeri. Secara jelas Raja-Raja Melayu selaku ketua Agama Islam tidak lagi dihormati serrta membelakangkan Raja-Raja Melayu. Adakah benar Kerajaan sudah mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja Melayu supaya kes rayuan tersebut ditarik balik??  Kerajaan seharusnya tegas dan melindungi Agama Islam seperti didalam Perlembagaan Negara dan juga mereka berjanji sebelum menjadi kerajaan terutama Dato Seri Anwar Ibrahim akan melindungi Agama Islam, Raja-Raja Melayu serta Melayu Bumiputra. Perkasa mengecam sikap kurag ajar MCCBCHT . Kamu ken...

MELAYU DIUJI

 Asalamuaalaikum Semenjak beralih kerajaan kedudukan Islam bagaikan tergugat, bangsa minoriti memohon perkara yang tidak sepatutnya. Apakah tidak cukup dengan majoriti kekayaan negara dimiliki oleh bangsa ini? Apakah ianya menjadi rasis apabila mempertahan hak-hak bangsa Melayu yang termaktup dalam perlembagaan dan kini yang Melayu berkedudukan yang paling bawah?  Apakah tidak cukup dengan rumah-rumah mewah kebanyakannya dimiliki oleh bukan Melayu. Mana formular si sotong yang konon-kononnya membantu bangsa Melayu?? Mana janji-janji sebelum pilihanraya? Kamu berjanji dan tidak menunaikan janji-janji? Kalau binatang kita boleh pegang pada tali, kalau manusia berpegang pada apa bukan janji?  Kerajaan kini memperbodohkan rakyat, kluster mahkamah kini dieskot pula oleh penguasa, apa nak jadi ???? Mana maruah? Dunia memerhatikan kita. kaum majoriti dihina, orang miskin diupah kata perintah apa ini??? Inilah akibat daripada perpecahan bangsa Melayu sehingga menjadi minoriti....

MENGECAM KERAS TINDAKAN KERAJAAN MENARIK BALIK RAYUAN KES KALIMAH ALLAH

Image
 Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) 15 Mei 2023 bersamaan 25 Syawal 1444H MENGECAM KERAS TINDAKAN KERAJAAN MENARIK BALIK RAYUAN KES KALIMAH ALLAH  1. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) megecam keras atas tindakan kerajaan Madani dibawah pimpinan Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tindakan menarik balik rayuan kes kalimah Allah seperti yang dilaporkan oleh portal berita FMT pada hari ini. 2. Tindakan ini dilihat melampau dan biadap kerana Agama Islam merupakan Agama rasmi negara dan ia memperlihatkan seolah-olah mencabar kedudukan Agama Islam. Mengapa perlu kita akur kepada seorang individu penganut kristian? Jelas dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan  penganut agama-agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Jadi mengapa masih ingin menyentuh kalimah Allah dan Agama Islam? 3. Soal Agama Islam ini jangan cuba diperkotak katikkan. Apa tidak cukupkah lagi kebebasan bagi meng...