Posts

Kenyataan Media Ketua Wira Perkasa Malaysia

KJ d minta jaga pemuda umno,BN & menyatukan pemuda supaya sealiran dgn kerajaan memerintah kerana UMNO adalah Parti kerajaan memerintah manakala Perkasa adalah NGO yg mana mendesak supaya kebajikan Rakyat khusunya Melayu terjamin, Kenyataan Persiden Perkasa "pada 9hb ini apa boleh berlaku" itu juga ada kebenarannya, kerana Bersih 2.0 juga tidak boleh menjamin tiada Huru hara yg berlaku.Jika KJ menyarankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat dibawah ISA kerana mahu melibatkan diri dlm himpunan bersih,KJ juga bukan Hakim dan bukan Ketua Polis Negara yg perlu mengajar Polis & pihak berkuasa kerana mereka tahu Kerja mereka ..sama ada Presiden Perkasa perlu d siasat oleh polis kerana d kata menghasut,terserah pd polis..kenyataan Presiden Perkasa d spin oleh M.Insider dgn memberi makna berlainan dari apa yg d maksudkan.wartawan cina mana nak faham melayu..Wira Perkasa nak tengok berapa ramai pemuda umno d bawah Jutawan KJ dapat kumpul ...

Lapuran Wira Perkasa

Kami dari Wira Perkasa Malaysia memandang serius dan berat laporan dari Akhbar Utusan Malaysia yg mendedahkan ikrar paderi dari seluruh negara utk menjadikan Kristian sbg agama rasmi dan perdana menteri dr agama kristian Kami juga memandang serius senario2 sejak kebelakangan ini yg kerap menguji perlembagaan negara dan sensitiviti umat Islam semuanya atas alasan Artikel 10(kebebasan bersuara), Artikel 11(kebebasan beragama) dan Artkel 12 (kebebasan mendapatkan pendidikan) Provokasi dan pelanggaran berterusan terhadap perasaan dan sensitiviti umat Islam ini akan mencetuskan ketegangan dan akan mengundang reaksi drpd kelompok Islam yang mungkin sukar dikawal dan dibendung oleh sesiapa. Mereka2 ini perlu faham dan menerima hakikat Islam ini bukan agama rasmi, Islam ini agama persekutuan dan mustahil utk ditukar. Dan ia diletakkan didalam kedudukannya yg tersendiri, tertinggi, teristimewa dan dilindungi didalam perlembagaan, undang2, raja2 melayu, para pemerintah dan umatnya. Kedua ke...

Melayu Bangkit !!!!! di Pasir Salak.

Image
Asalamualikum.... Buat julung-julung kalinya perhimpunan Melayu yang dianjurkan oleh Perkasa & Ahli Parlimen Pasir Salak,bertempat di Pasir Salak mendapat sambutan yang luar biasa. Puluhan ribu Melayu dari Pasir Salak & seluruh Perak hadir. Ucaptama adalah Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yg menyampaikan amanat kepada orang-orang Melayu kususnya. Ini juga memperlighatkan Melayu semakin sedar akan pentingnya mengekalkan 'Kuasa' untuk membolehkan bangsa itu sendiri tidak merintih di bumi sendiri. Di sini menyatakan bahawa pentingnya penyatuan bangsa supaya bersatu, kita lihat sekarang ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sudah berani mempertikaikan Agama Islam. Kita lihat laungan Azan sudah berani mereka pertikaikan, kalimah ALLAH sudah mula mahu digunakan oleh Kristian dan sebagainya. Apa yang kita lihat disini dapat menyatakan bahawasanya Melayu mampu untuk bersatu. Sejarah banyak mengajar kita supaya lebih berhati-hati. Kita lihat apa sudah jadi de...

Konvoi Kereta Hindraf Hanya Untuk Provokasi Murahan

Image
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan kumpulan Hindraf yang mengadakan konvoi kereta bagi mendesak kerajaan mengharamkan novel Interlok selain menyifatkan perhimpunan itu sebagai cara untuk membuat provokasi murahan. Naib Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi memberitahu tindakan kumpulan semalam jelas menunjukkan Hindraf sengaja menimbulkan ketegangan diantara masyarakat kaum India dengan kerajaan sedangkan beberapa bahagian di dalam novel tersebut telah dipinda. Jelas beliau, Hindraf bukan sahaja dilihat telah membuat provokasi yang menyentuh sentimen perkauman malah kumpulan berkenaan juga dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina kerajaan ketika menjalankan konvoi berkereta itu semalam. “Dengan mengeluarkan kata-kata kesat bukanlah satu-satunya cara untuk menekan kerajaan sebaliknya perkara itu hanya akan memburukkan keadaan. Tindakan kumpulan ini jelas menunjukkan mereka langsung tidak menghormati kerajaan yang telah membuat kepu...

Al-Fatihah

Adun Kerdau BN Dalam Parliman Kuala Krau Pahang Datok Zaharudin Abu Kassim Telah meninggal dunia ekoran penyakit jantung Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 MEI 1969

Image
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat...

Pembentukan sesebuah negara

Pembentukan sesebuah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama. Dalam sesetengah tempat di dunia seperti Mesopotamia dan lembah sungai Nil, faktor keadaan semulajadi seperti kesuburan sesetengah tanah b...