Posts

Daulat Tuanku

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 27 Zulhijjah 1436H | 10 Oktober 2015 Wira Perkasa Malaysia ingin menyatakan sokongan penuh terhadap titah DYMM Raja-Raja Melayu yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sesungguhnya Raja-Raja Melayu perihatin dengan kemelut isu 1MDB yang masih belum selesai. Apabila sesuatu masalah berlaku dalam negara khususnya melibatkan isu besar dan kepentingan rakyat, Raja berhak menitahkan kepada pentadbiran kerajaan untuk menyelesaikan dengan kadar segera. Siasatan terhadap 1MDB harus diselesaikan dengan kadar segera, kerana ia jelas ini adalah masalah paling besar yang negara sedang alami kini. Siasatan yang telus dan adil harus dilaksankan. DYMM Raja-Raja menitahkan agar jangan ada tangan-tangan luar yang cuba mencampuri siasatan kes 1MDB. Ini sangat penting dalam kita memelihara kedaulatan negara Malaysia. Kami Wira Perkasa Malaysia menyokong ucapan titah yang disampaikan oleh Baginda Sultan Johor Tuanku Sultan Ibra...

Berita daripada Israel

Berita daripada Israel

Apa Itu TPPA?

Image
Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah salah satu cara lain untuk kepentingan-kepentingan korporat US mengongkong negara-negara yang sedang membangun dari sudut geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Asia-Pasifik. Sebenarnya, apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan kepentingan-kepentingan korporat dari Negara itu, dan akan merugikan kita. Mereka mengatakan ia adalah perdagangan bebas; tapi ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil; cuba dikawal ketat melalui undang-undang antarabangsa. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat peluang monopoli perolehan kerajaan dan pasaran Malaysia selepas ia dibuka kepada syarikat asing tanpa kawalan. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan, seperti hak untuk kesihatan dan hak u...

Sedangkan Singapura tidak mengamalkan Sek Jenis Kebangsaan,

Image
Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 11 Zulkhijah 1436 / 24hb Sept 2015 Wira Perkasa Malaysia menyokong kenyataan Datuk Sirajuddin, Pengerusi Biro Pendidikan terhadap sekolah satu aliran mewujudkan kestabilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan. Cadangan ini harus di ambil perhatian terutamanya oleh pihak kerajaan dan semua lapisan bangsa. Wira Perkasa berpandangan jika sekolah satu aliran ini diterapkan ia akan memberi impak yg besar terutamanya pada perpaduan kaum. Tambahan pula sejak kebelakangan ini permasalahan kaum makin merebak dan menyular dengan begitu pantas. Kami melihat tiada permasalahan atau kesan negatif tentang sekolah satu aliran. Jadi agak musykil jika masih ada pihak yg masih tidak bersetuju dengan perkara yg baik seperti ini. Kami mengiktirafkan mereka yg menolak sekolah satu aliran ini adalah rasis dan tidak bersama dalam perpaduan kaum. Puak2 seperti ini harus diperlucutkan kerakyatan mereka sahaja. Hanya sekadar bercakap pasal perpaduan kaum tp tidak menyokong terhada...

Bakal penganti wajib mempunyai sifat-sifat ini.

Carilah penganti pemimpin yang mempunyai 4 sifat-sifat ini:- Pertama Siddiq Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya. Kedua Amanah  Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.   Ketiga Tabligh  Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda...

Rakyat Malaysia tidak lagi Merdeka

Assalamuaalaikum WBT Isnin  16 Zulkaedah 1436 /  31 Ogos 2015    Negara kita mengalami keadaan ekonomi yang amat sukar. Dengan kedudukan mata wang menjadi rendah ada juga yang menyatakan beberapa buah Negara sudah mula tidak menerima mata wang kita. Mengapa ini berlaku? Ini semua kerana pelabur asing telah tidk percaya (Lost confident) kepada Negara kita, juga keadaan pemimpin kerajaan gagal mentadbir urus Negara dengan baik. Ini juga cukup untuk menurunkan mata wang Negara kita. Saya difahamkan bahawasanya perlaksanaan GST tidak mencapai matlamat kerajaan. Mengapakah tindakan kerajaan mengenakan cukai GST terhadap seluruh rakyat Malaysia? Adakah disebabkan kerajaan ingin membayar segala hutang-hutang negara dan membuat keputusan mengenakan GST? Rakyat semakin hari semakin membenci kerajaan kerana himpitan kehidupan seharian dan dalam pada masa yang sama Rakyat perlu bersusahan dan pemimpin pada hari ini bermewahan. Isu 1MDB juga adalah suatu perkara yang ama...

Kene betindak lebih bukan sekadar becakap

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia 24 Syawal 1436 / 9hb Ogos 2015 Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Khairy Jamaluddin baru-baru ini amat melucukan. Tidak takut kehilangan jawatan atas mempertahankan SPRM berikutan isu 1MDB. Setakat bersuara lantang dan beri kenyataan sesiapa pun boleh buat. Bercakap soal perjuangan, kita harus ikhlas dalam mengambil tindakan. Jangan asyik bercakap walhal tidak nampak apa pun hasilnya. Pemimpin muda seperti dia harus jadikan dirinya contoh kepada masyarakat. Jika dia benar berani, lakukanlah apa sahaja demi menegakkan kebenaran seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Mayhuddin Yassin. Menyuarakan kebenaran hingga dipecat.  Itu barulah seorang pemimpin yang berani dan tegas. Tidak berpura-pura seperti ini dalam menyatakan kebenaran. Lakukan dan buktikan sesuatu dari kenyataan tersebut. Jika tidak sokong, nyatakan saja. Apa yang nak dikhuatir kan? Nyatakan dengan jelas. Jika kenyataan seperti ini lebih baik dia berdiam diri saja. Kenyataan ini seperti sekad...