Memo Bantahan Terhadap HLBB

MEMORANDUM BANTAHAN

Wira Perkasa Malaysia dengan ini ingin menyampaikan Memorandum Bantahan terhadap Hong Leong Bank Berhad. Memorandum ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan pekerja-pekerja berbangsa Melayu yang masih bekerja dan yang telah diberhentikan oleh HLBB.

Perkasa telah didatangi oleh beberapa pekerja dan bekas pekerja HLBB yang mana mereka mengadu telah berlaku beberapa insiden dan tindakan yang dilihat sebagai menindas mereka. Perkasa amat mengambil berat keatas perkara tersebut. Pengaduan mereka, yang kebanyakkannya, kalau tidak semua, yang terdiri dari ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan atau NUBE, adalah disertakan bukti dan kronologi yang kelihatan jelas kepada Wira Perkasa sebagai tulen dan benar-benar memberikan persepsi bahawa HLBB telah bertindak dengan tidak professional, malah mungkin kearah bersikap rasis.

Memorandum ini juga mengutuk sekeras-kerasnya, jika benar ianya berlaku, insiden yang berlaku di Johor Baharu. Kami diberitahu, berlakunya penindasan daripada segi pemilihan pertukaran tempat kerja terhadap kakitangan berbangsa Melayu. Dakwaan mereka yang terlibat menyebut bahawa pemilihan tersebut tidak dilakukan dengan adil dan professional. Terdapat juga aduan bahawa Pengurusan Cawangan HLBB di Johor yang memilih perkataan berbaur perkauman apabila menegur kakitangan bawahan.

Dakwaan berkenaan cara HLBB mengurus kakitangan Melayu ini mula kami terima dari NUBE beberapa bulan yang lepas yang mana ianya menyebut tentang bagaimana sejumlah 24 kakitangan berbangsa Melayu telah diberhentikan oleh HLBB. Bukti yang menyokong dakwaan tersebut telah diserahkan oleh NUBE untuk perhatian Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa Malaysia. Ekoran aduan tersebut kami telah meniliti laporan-laporan tersebut dan kami dapati dakwaan ahli-ahli NUBE yang berbangsa Melayu ini sekali lagi kelihatan ditindas oleh HLBB. Perkasa berpendapat bahawa mereka yang terlibat telah diurus dengan tahap profesionalisma yang boleh dipersoal. Justeru, Wira Perkasa mendesak HLBB mempertimbangkan semula kedudukan jawatan mereka yang terlibat.

Bersama Memorandum ini kami sertakan dokumen-dokumen yang diserahkan oleh pihak NUBE sebagai sokongan dakwaan tersebut.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH