Siapakah Timbalan Perdana Menteri semasa Dato’ Seri Anwar Menjadi Perdana Menteri?

Asalamuaalaikum 

Setelah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengumumkan baton Perdana Menteri akan diberikan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim selepas sidang APEC 2020 nanti. Kenyataan ini hampir pasti bahawasanya Tun Dr Mahathir berpegang pada janjinya. 

Sebelum Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil pucuk tertinggi kepimpinan Negara, Dato Seri Anwar perlu menyesaikan kepincangan yang berlaku didalam parti PKR. Kepincangan ini yang akan menjadi kayu ukur sama ada adakah Dato Seri Anwar Ibrahim benar-benar layak menjadi Perdana Menteri? Rakyat memerhati dengan teliti disebabkan beberapa perkara dan janji-janji menifesto masih belum dipenuhi. Keadaan rakyat yang masih ditahap yang sama kesusahan dan kehidupan seharian masih ditahap yang sama. 

Kepincangan didalam parti masih belum selesai dan selepas kongres di Melaka tempoh hari semakin tegang. Pertelingkahan pemimpin tertinggi parti telah meresap ke akar umbi parti. Penyokong-penyokong pemimpin tertentu bertindak extrem. Rakyat melihat Presiden parti gagal mengawal keadaan, jika didalam parti Presiden gagal mengawal keadaan apatah lagi mengawal Negara dan rakyat? Jangan disebabkan kerakusan kuasa kerajaan ini mentabir hanya sepenggal. 

Persoalan yang lebih penting adalah siapakah Timbalan Perdana Menteri? Apakah bukan Melayu yang akan menjadi Timbalam Perdana Menteri? Jika ditanya kepada saya kita hendaklah adil, komposisi kedudukan rakyat Malaysia adalah Majoritinya adalah Melayu. Melayu didalam Negara ini lebih kurang 16 juta mana kala Cina 8 juta, bumiputra Sabah dan Sarawak 4 juta dan kaum India 2 juta daripada 30 juta keseluruhan rakyat Malaysia. 

Kita lihat angka-angka tersebut sudah tentu Negara ini perlu diterajui oleh orang-orang Melayu. Kerana komposisi kaum Majoriti adalah yang berbangsa Melayu. Kita lihat pada hari ini juga kedudukan kerusi-kerusi dan pengaihan menteri-menteri juga tidak adil. Ini jiga keperluan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim menyesaikan isu-isu ini. Ini bukan kenyataan yang bersifat rasis tetapi ini adalah kenyataan dan keadilan untuk kaum majoriti. 

Rakyat perlu diutamakan kerana rakyat tidak merasakan perubahan tetapi rakyat sedang melihat drama-drama dan pelakon-pelakon yang tidak pandai pun belakon. Harus dingat agenda rakyat adalah menjadi keutamaan daripada merebut kuasa.

Melayu perlu dikekalkan Timbalan Perdana Menteri kerana komposisi kaum di Negara Melayu masih lagi Majoriti. 

Irwan Fahmi Ideris 
Ahli Parti Keadilan Rakyat 
11hb Dec 2019
6:36pm 




Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH