LAKSANA MANA YANG LEBIH PENTING


 Asalamuaalaikum 

Rang Undang Undang Kawalan Tembakau dan Merokok yang bakal dibentangkan di Parlimen akan mengundang pelbagai reaksi masyarakat, undang undang ini baik kerana ianya melarang daripada rakyat yang lahir pada 2007 keatas diharamkan membeli, menghisap, menyimpan dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan tembakau dan vape. 

Sebelum kerajaan melaksanakan undang undang tersebut adalah lebih baik kerajaan menyekat atau membuat operasi membenteras rokok seludup, rokok seludup sudah berleluasa kerana jika penjual yang ada menjual rokok seludup sudah tentu penjual juga mampu menjuak kepada pembeli yang bawah umur, ini juga menyababkan kerajaan rugi berjuta ringgit daripada kutipan cukai. Jika kita lihat rokok seludup ini dijual secara terbuka. 

Cadangan saya adalah lebih baik kerajaan menunpukan kepada perkara yang perlu diselesaikan dahulu daripada menambah perkara yang saya rasa tak mampu di tangani. Ini juga menambah beban kerja penguatkuasa,  rokok seludup pun tak selesai masalah, masalah harga barang pun tidak selesai ini menambah pula, pastikan supaya menyesaikan perkara yang lebih penting seperti meringankan beban rakyat dengan segala kenaikan 

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris 

1:58pm, 30hb Julai 2022

Maal Hijrah 

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH