Akibat daripada Pimpinan yang Lemah
Asalamuaalaikum, Kita tentu pernah mendengar cerita Natrah & Lina Joy, kedua-duanya berkaitan dengan Agama, Isu Natrah yang mana sehingga mengorbankan nyawa dan mahkamah Belanda mengarahkan Natrah perlu balik kepada Agama asalnya Kristian. Kerana uundang-undang negara itu apabila kanak-kanak yang berusia bawah 16 tahun agamanya ditentukan oleh keluarganya Isu Lina Joy pula berbeza, Lina Joy atau nama Islamnya Azlina Jailani merupakan wanita Melayu yang berumur 42 tahun tetapi kini mengaku telah murtad (keluar dari agama Islam) dan memeluk agama Kristian Katolik. Lantaran itu beliau cuba menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalan MyKad yang dimilikinya. Rayuan dan permohonannya dibuat dengan mengenepikan kuasa mahkamah syariah, tetapi secara lansung melalui proses undang-undang sivil. Pada mulanya beliau ke Mahkamah Tinggi, kemudian ke Mahkamah Rayuan, seterusnya ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN). Isu murtad merupakan subjek yang sensitif...