Inilah akibat drp Kepimpinan Negara yang lemah II
Islam serang daripada pelbagai sudut, Ini berita yang terbaru daripada Pulau Pinang, tertera di beberapa kawasan di bahagian Pulau, terdapat bena bena yang menyatakan JESUS ANAK ALLAH. Ini sudah pasti mencabar orang orang islam. Apakah motif sebenar disebalik bena bena tersebut. Sedangkan undang undang Negara ini ada dalam perlembagaan Negara Fasal 11 (4) tidak boleh agama lain mengajar kepercayaan mereka terhadap orang orang yang beragama Islam. Apakah agama kristian tidak mengajar umatnya menghormati agama lain? Betapa biadapnya agama ini. Kami umat islam diajar menghormati agama orang lain. Sedangkan dalam mahkamah rayuan telah menyatakan bahawa Allah adalah khusus kepada umat Islam. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong juga telah menyatakan pendirian bahawa Allah adalah khusus untuk umat islam dan baginda bertitiah atas Ketua Agama dan Ketua Negara. Kita dapat melihat kepimpinan Negara amat lemah sehinggakan tidak dapat mempertahankan kalimah in...