Melayu Pulau Pinang terus di Tindas

Isu perobohan kedai/gerai milik orang orang Melayu di Teluk Bahang Pulai Pinang pada 22hb Januari 2014, Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya berterima kasih kepada Ketua Wira Pulau Pinang Saudara Rizuad dan rakan rakan Wira Perkasa yang lain yang mana telah sedaya upaya menyelamatkan pegawainya daripada terus dikasari dan dipukul dan dalam masa yang sama dapat menenangkan situasi hura hara yang belaku.

Walaubagaimanpun usaha beliau dan rakan rakan telah dimanupulasi oleh sesetengah pihak yang mengambarkan beliau adalah salah seorang individu mengasari dan memukul pegawai tersebut. Akibat daripada manupulasi tersebut pihak polis telah menahan beliau untuk siasatan lanjut. Untuk pengetahuan umum Saudara Rizuad telah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan kerana beliau menghormati undang undang.
Satu kawat cam telah dijalankan bagi membantu siasatan  pada 23hb Januari 2014 yang mana yang dikasari dan  beberapa orang pegawai pegawai lain yang terlibat didalam operasi tersebut telah mengakui bahawasanya beberapa ahli ahli Perkasa termasuklah Saudara Rizuad telah membantu untuk tidak dikasari oleh pemilik kedai yang mahu dirobohkan dan penduduk kampung. 

Berikutan daripada kenyataan pegawai2 tersebut Saudara Rizuad dan rakan rakan Perkasa lain telah dibebaskan. Jelas sekali disini  ada pihak yang sengaja memutar belit isu ini bagi memburukan imej Perkasa.
Disini Wira Perkasa Malaysia mahu mengingatkan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengamalkan Double Standard  dalam melaksanakn undang undang terhadap peniaga peniaga Melayu di negeri itu. Sudah berapa banyak kedai/premis/gerai dirobohkan semenjak Lim guan eng memegang jawatan ketua menteri? Terlalu banyak..Padahal kedai/premis/gerai peniaga peniaga  cina yang secara terang terang menggangu lalulintas dan menimbulkan kesesakan jalan raya dibeberapa lokasi dan tidak mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan. Mengapa dan kenapa kedai/premis/gerai yang sering menjadi mangsa kepada perlaksanaan undang undang doubles standard ini.

Jika perkara ini berlarutan tanpa keadilan yang seadil adilnya, kemungkinan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku di Pulau Mutiara suatu hari nanti. Wira Perkasa akan terus menerus akan membantu peniaga peniaga Melayu di Pulau Pinang dalam mempertahankan hak hak mereka daripada terus menerus dicabul oleh perlaksanaan undang undang double standard ini. Secara tidak langsung ini memperlihat betapa RASIS nya Ketua Menteri P.Pinang terhadap orang Melayu dibawah pemerintahannya. Jangan dicabar semangat orang Melayu sesu guhnya orang Melayu pantang dicabar!

Ambil iktibar atas apa yang sudah berlaku bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. Sekali lagi Wira Perkasa Malaysia sentiasa menyokong perjuangan dan apa jua tindakan yang  sudah atau akan dilaksanankan oleh Ketua Wira Perkasa P.Pinang kerana apa yang  beliau lakukan sentiasa selari dengan tujuaan dan matlamat perjuangan Perkasa tanpa membelakangi  undang undang negara yang sedia ada dan kami yakin insiden ini tidak mematahkan semangat juang beliau untuk terus memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu di Pulau Mutiara itu.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH